Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan. Papar semua catatan

Ahad

Youtube Online Video Conveter

Bagi anda yang gemar menonton video clip dari laman web seperti youtube dan ingin mendownloadnya mahupun mengconvert video tersebut ke fomat lain,seperti fomat mp3 dan mp4 tapi tak tahu macam mana nak melakukannya jika pc kita tidak dilengkapi video downloader dan converter yang sesuai.

Contoh Image Music Clips :


Pos kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua yang gemar mendownload video dari youtube mengenai  sebuah laman web dari german yang menyediakan Music Clips Online Video Converter yang pantas dan sangat mudah digunakan tanpa perlu mendaftar untuk menggunakannya,cuma anda perlu pastekan links urll youtube yang kita ingin download ke laman tersebut pada ruangan yang disediakan.


Diatas ini adalah contoh video cara menggunakan Music Clips yang sangat cool dan simple mudah dan cepat,automatik download setelah digunakan..

Sabtu

Senarai 250 Fakta Menarik Di Dunia

Senarai 250 Fakta Menarik Yang Patut Anda Ketahui :

1. Sebelum Masihi bahasa inggerisnya adalah B.C "Before Christ". Selepas Masihi adalah A.D "Anno Domini".

2. Ikan Yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya akan tumbuh dalam waktu 24 jam.

3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.

4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa Jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

6. Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencernakan organnya sendiri.

7. 98% daripada perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga terdekat atau rakan mangsa.

8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali lebih berat daripada tubuhnya.

9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana

10. Titik diatas huruf i disebut ‘title’.

11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi Champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas

12. Benjamin Franklin adalah anak bongsu daripada orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

13. Paraskevidekatriaphobia adalah perasaan takut terhadap tarikh Jumaat tanggal 13 (ia boleh terjadi antara 1-3 kali setahun). Di Itali, 17 adalah angka sial manakala di Jepun angka sial adalah 4.

14. Panjang lidah zirafah adalah kira-kira 50 cm.

15. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari.

16. Kita bernafas kira-kira 23000 kali setiap hari

17. Perkataan ZIP (kod pos) adalah singkatan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

18. Coca-Cola mengandungi Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

19. Rata-rata kita bercakap 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% nya kita bercakap pada diri sendiri)

20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan terus berasa haus.

21. 4 simbol raja pada kad daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: Spades -King David, Clubs-Alexander the Great, Hearts-Charlemagne Raja Perancis, Diamonds-Julius Caesar.

22. Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75000 liter.

23. Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan bentuk lidahnya tidak akan ada yang sama.

24. Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata merah. Dia merupakan seorang albino.

25. Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita 70 helai.

Fakta Mengenai "Dinosor"

"Dinosor" adalah haiwan purba yang bertahan hidup lebih dari 700 ribu tahun. Penelitian terbaru menyatakan bahawa Dinosor pupus setelah bumi dihentam oleh meteorit yang besar. Di samping itu, ada fakta-fakta menarik mengenai haiwan yang dikenali dengan ukuran badannya yang besar.


1. Dinosor Terberat
Gelaran ini diberikan kepada "Brachiosaurus" dengan berat badan 80 tan,sama berat dengan berat 17 gajah Afrika. Brachiosaurus memiliki tinggi 16 meter dan panjang 26 meter, dan merupakan kerangka terbesar dalam keluarga dinosor yang dipasang di muzium.

2. Dinosor Terkecil
Fosil Dinosaurus dewasa yang terkecil adalah "Burung Berpinggul" kecil pemakan tumbuhan seperti "Lesothosaurus". Dinosor jenis ini hanya berukuran seekor ayam, mengikut ukuran fosilnya yang pernah ditemui.

3. Telur Dinosor Terkecil
Telur dinosor terkecil yang pernah ditemukan hanya berukuran sepanjang 3 centimeter cm, namun belum diketahui jenis spesiesnya.

4. Dinosor Paling Pintar
Salah satu dino paling pintar adalah Troodon. Sehari-hari, Troodon memburu dinosor yang lain. Dia memiliki panjang sekitar 2 m dengan otak sebesar burung atau mamalia. Troodon juga memiliki tangan yang mampu memegang.

5. Dinosor Paling Bodoh.
Jika Troodon Dinosor yang paling pintar maka "Stegosaurus" yang memiliki otak sebesar kacang walnut, panjang hanya 3 cm dengan berat 75 gram, merupakan Dinosor yang paling "Bodoh".

6. Dinosor Paling Tinggi
Dinosor tertinggi adalah kelompok "Brachiosaurid" dari "Sauropoda". Kaki depannya lebih panjang dari kaki belakang, memberi Dinosor jenis ini bersikap seperti Zrafah. Hal ini dikombinasikan dari lehernya yang sangat panjang, yang membolehkan kelompok ini mencapai pohon tertinggi. "Brachiosaurus" Dinosor yang paling tenar dari kumpulan ini memiliki tinggi sehingga 13 meter,manakala jenis yang lain, seperti "Sauroposeidon", boleh mencapai ketinggian sehingga 18,5 m.

7. Dinosor Paling Cepat
Dinosor paling cepat adalah "Dromiceiomimus" yang memiliki sayap dan menyerupai burung unta. "Dromiceiomimus" boleh berlari dengan kecepatan 60 km per jam.

8. Dinosor Tertua
Dinosor paling tua yang pernah ditemui berusia 230 juta tahun dan dijumpai di Madagasgar. Namun, Dinosor jenis berkenaan belum diberi nama rasmi. Sebelum ini "Eoraptor", yang bermaksud "pencuri fajar", telah memegang gelaran Tertua berusia 228 juta tahun.

9. Nama Paling Panjang
Dinosor yang memiliki nama paling panjang adalah "Micropachycephalosaurus" yang bermaksud kadal tebal berkepala kecil. Fosil haiwan ini dijumpai di China dan diberi nama pada 1978 oleh ahli paleontologi China.

Isnin

Serawak Bumi Kenyalang

Sarawak, atau juga dikenali sebagai "Bumi Kenyalang", merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dan terletak Northwest Pulau Borneo.Sarawak mempunyai keluasan sebanyak 124,449 km persegi yang dibahagikan kepada 11 bahagian iaitu Kapit ,Miri ,Bintulu ,Sibu ,Limbang ,Mukah ,Sri Aman ,Samarahan ,Kuching ,Sarikei dan Betong.Sarawak juga berkongsi sempadan dengan wilayah Kalimantan Indonesia di Selatan dan Brunei serta Sabah di Timur Laut.


Sarawak mempunyai sejarah yang panjang dan menarik. Tarikh sejarah awal Sarawak agak lama dimana fosil manusia yang telah ditemui berhampiran Gua Niah wujud sejak 45.000 SM.Sarawak merupakan bekas naungan Kesultanan Brunei. Walau bagaimanapun, pada tahun 1841, Sultan Brunei melepaskan kawalan negeri kepada British di bawah arahan Sir James Brooke.Kemudian, Sir James Brooke mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Sarawak dengan gelaran "Rajah Sarawak" dimana"Rajah putih" pula, merupakan gelaran dipanggil, untuk memerintah negeri.


Semasa Perang Dunia 2, Sarawak diduduki oleh Jepun, dan apabila Jepun menyerah kalah pada tahun 1946, kawalan British yang kembali ke atas Sabah dan Sarawak kemudiannya menjadi sebahagian daripada tanah jajahan British. Pada tahun 1963, Sarawak, bersama-sama dengan Sabah, Singapura dan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia tetapi Singapura telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965.


Hari ini, Sarawak sedang membangunkan negeri dengan jumlah penduduk 2.3 juta orang yang terdiri daripada 27 kumpulan etnik. Kumpulan utama pribumi di sini adalah "Dayak".Suku kaum Dayak ini pula terbahagi kepada 2,iaitu "Dayak Laut" merujuk kepada orang Iban dan "Dayak Darat" merujuk kepada suku kaum Bidayuh. Kumpulan etnik-etnik yang lain pula adalah Kenyah, Kayan, Punan, Sekapan, Penan, Melanau dan banyak lagi. Setiap kumpulan etnik ini mempunyai budaya yang unik dan warisan mereka yang tersendiri.

Khamis

Sebab Terjadinya Tsunami

Pernahkah tak anda terfikir mengapa tsunami berlaku? Dalam artikel ini, saya akan memberikan anda fakta-fakta mengenai ombak besar, supaya anda lebih memahami apa yang menyebabkan tsunami.Tsunami nama disebut "soo-nahm-ee" datang daripada dua perkataan Jepun; tsu bermaksud pelabuhan dan nami makna gelombang, jadi tsunami ertinya pelabuhan-gelombang.


Tsunami disebabkan apabila terdapat gangguan yang jauh di bawah lautan seperti sebuah gunung berapi, gempa bumi, atau tanah runtuh. Gempa bumi di dalam air adalah punca yang paling biasa bagi tsunami, tetapi bukan hanya gempa bumi bawah laut menyebabkan tsunami. Gempa bumi perlu untuk menjadi gempa bumi yang cukup besar sekitar 7.0 magnitud atau lebih besar juga boleh menyebabkan Tsunami.


Gempa bumi di bawah air berlaku kerana lautan dan plat benua, dimana kawasan besar kerak bumi, menolak  antara satu sama lain dan membentuk tekanan.Berlakunya tekanan demi tekanan pada kerak bumi menyebabkan kegelinciran plat benua atau juga dikenali sebagai pergerakkan Tektonik.Gerakan vertikal pada kerak bumi yang terjadi, dapat mengakibatkan dasar laut naik atau turun secara tiba-tiba, yang mengakibatkan gangguan keseimbangan air yang berada di atasnya. Hal ini mengakibatkan terjadinya aliran energi air laut, yang ketika sampai di pantai menjadi gelombang besar sehingga terjadinya Tsunami.


Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di Lautan Hindi lepas pantai barat Aceh yang mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melanda kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia. Pusat gempa terletak pada garis bujur 3,298° utara dan 95,779° timur kira-kira 160 km sebelah barat Aceh sedalam 10 km. Gempa bumi yang sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi waktu Malaysia dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa Ombak Tsunami mencapai ketinggian 10 meter. Dianggarkan sebanyak 182 340 telah terkorban akibat malapetaka ini. 

Sabtu

Bunga Terbesar Di Dunia "Amorphophallus Titanum"

Tahukah anda spesis bunga terbesar di dunia,kalau anda berkata Refflisia adalah spesis bunga yang terbesar anda adalah silap.Sebenarnya ada lagi spesis bunga yang lebih besar dari Refflisia iaitu bunga Amorphophallus Titanum atau lebih dikenali sebagai Bunga Mayat oleh penduduk Sumetera Barat kerana baunya seperti mayat untuk menarik lalat dan serangga lain tujuan pendebungaan.


Tumbuhan ini asalnya di temui di Sumetera Barat Indonesia,merupakan sejenis sayuran berakar yang endemik di mana ia tumbuh di di lereng bukit yang curam yang 120 hingga 365 meter di atas paras laut. Amorphophallus Titanum tumbuh hampir empat meter tinggi dan beratnya mencapai 91kg setakat ini, merupakan spesis bunga yang amat jarang dilihat di luar hutan hujan Sumatera, Indonesia.


Spesies ini telah dibuktikan amat sukar untuk ditanam, dan terdapat hanya beberapa tempat di dunia yang berbuat demikian. Walaupun di bawah keadaan optimum  mengambil masa kira-kira 6 tahun untuk berbunga dari tarikh pembenihan.Amorphophallus Titanum memerlukan suhu yang panas, kelembapan tinggi, dan cahaya terang, dengan beberapa naungan pada musim panas. Tanah harus dibiarkan lembap pada setiap masa, walaupun ketika kedormanan.


Sejarah Amorphophallus Titanum :
Dijumpai kali pertama oleh ahli botani dari Eropah iaitu Odoardo Beccari berasal dari Itali pada tahun 1878 yang mengembara ke Asia Tenggara.Beliau membawa balik benih Amorphophallus Titanum ke Itali dan salah satu anak pokok yang bercambah telah dihantar ke Kew, di mana ia mula berbunga pada tahun 1889 yang menarik minat ramai orang awam yang ingin menyaksikannya. Pada tahun 1926, apabila ia berbunga lagi, ramai yang tertarik dengan fenomena itu tersebut sehingga pihak polis terpaksa dipanggil untuk membuat kawalan.Kew kini mempunyai spesimen beberapa Amorphophallus Titanum.



Fakta Menarik Tentang Sistem Suria

Matahari 

Matahari adalah pusat Sistem Suria, dan gravitinya memegang semua planet di paksi masing-masing.Matahari adalah objek terbesar di dalam Sistem Suria dan membuat sehingga 99% jisim. Matahari mempunyai diameter kira-kira 109 kali lebih besar daripada Bumi, tetapi ia boleh memuatkan lebih SEJUTA Bumi di dalamnya.

Astronomi berpendapat bahawa Matahari (dan planet-planet) terbentuk dari nebula suria kira-kira 4,59 bilion tahun yang lalu, dan ia satu tempoh yang cukup lama! Suhu dipermukaan Matahari adalah 5500 darjah Celsius manakala suhu pada terasnya menjangkau 15,6 juta darjah Celsius.

Suhu matahari tidak sama di seluruh Ahd spot 'sesetengah tempat berlaku di mana ia tidak panas seperti di tempat lain.Matahari terbentuk daripada hampir keseluruhannya hidrogen, helium sedikit dan beberapa gas yang lebih berat termasuk oksigen dan besi.Cahaya dari Matahari mengambil masa dalam 8 minit untuk sampai ke Bumi!

Selasa

Kerjaya Doktor


Doktor
Terus terang saya katakan,setiap kali saya pergi hospital,bila saya nampak doktor-doktor tempatan khasnya melayu perasaan terharu dan bangga lahir dalam jiwa saya kerana kita sudah memiliki ramai doktor tempatan yang terlatih dan berwibawa dan tak kurang jugak yang menjadi pakar.Untuk menyelami kerjaya sebagai doktor jum teruskan membaca entry kat bawah ini.

Doktor membuat orang sihat. Apabila orang sakit, doktor memikirkan mengapa? Mereka memeriksa orang, mendengar kepada mereka terangkan masalah kesihatan mereka, dan melakukan ujian untuk melihat apa yang salah. Mereka memberikan ubat kepada orang dan jenis rawatan yang lain. Mereka juga memberi nasihat mengenai diet, senaman, dan tidur.

Terdapat banyak jenis doktor. Keluarga dan pengamal am doktor orang yangpertama yang ke apabila mereka jatuh sakit. Doktor-doktor ini merawat masalah yang sama. Mereka juga menghantar pesakit kepada doktor lain,dan ianya dipanggil doktor pakar. Pakar pakar dalam jenis masalah kesihatan yang tertentu.

Sebagai contoh, internists memberi tumpuan kepada masalah dengan organ-organ dalaman. pakar kanak-kanak berkaitan dengan penjagaan untuk kanak-kanak dan bayi. Doktor menjalankan operasi, seperti memasang tulang yang patah atau pemindahan organ.

Kebanyakan doktor adalah doktor perubatan (MD). Mereka merawat semua jenis penyakit dan kecederaan. Sesetengah doktor adalah doktor perubatan osteopathic (DO).

Ramai doktor bekerja berjam-jam lamanya, pada setiap masa siang dan malam. Kira-kira 3 daripada 10 pakar perubatan bekerja lebih daripada 60 jam seminggu. Tetapi doktor-doktor yang bekerja di pejabat-pejabat kecil sering mempunyai lebih banyak masa bekerja. Doktor kadang-kadang perlu bergegas ke hospital untuk berurusan dengan kecemasan.

Menjadi seorang doktor memerlukan latihan lebih daripada kebanyakan pekerjaan lain. Ia biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 11 tahun untuk menjadi seorang doktor: 4 tahun kolej, 4 tahun sekolah perubatan, dan 3 tahun bekerja di hospital. 

Bagi sesetengah kepakaran, doktor mungkin perlu untuk bekerja di hospital selama 8 tahun sebelum mereka dilatih sepenuhnya.Untuk menjadi seorang doktor, anda perlu belajar biologi, kimia, fizik, matematik, dan Bahasa Inggeris.Dan ia tidak mudah untuk masuk ke sekolah perubatan. 

Pelajar menghabiskan sebahagian besar daripada 2 tahun pertama sekolah perubatan di makmal dan bilik darjah. Mereka mengambil banyak kursus sains. Mereka juga belajar untuk meminta para pesakit soalan yang betul dan bagaimana untuk memeriksa mereka. 

Mereka juga perlu belajar bagaimana untuk memberitahu apa penyakit pesakitnya. Dalam tempoh 2 tahun yang lepas, pelajar bekerja dengan pesakit dan doktor di hospital-hospital dan klinik. Selepas sekolah perubatan, doktor harus pergi untuk bekerja di hospital untuk beberapa tahun. Mereka dipanggil penduduk. Untuk menjadi seorang penduduk, anda mesti lulus ujian.

Jika anda mahu menjadi doktor, anda perlu bersedia untuk membantu orang. Anda juga harus bersedia untuk belajar banyak.Anda perlu tahu bagaimana untuk bercakap dengan pesakit mereka. Dan anda seharusnya mampu untuk membuat keputusan dan menangani kecemasan.

Jika ada yang tak berkenaan maafkanlah ye sebab saya bukannya pakar perubatan cuma pakar Google je dan kongsikannya di laman blog saya ni.

Jumaat

Hilangnya Nilai Kesopanan Masyarakat Kini

HAKIKAT yang berlaku dalam sistem komunikasi masyarakat Malaysia menampakkan semakin lunturnya budaya kesantunan yang merangkumi nilai kesopanan, keluhuran, ketertiban, hormat, merendah diri serta penggunaan lagu suara yang baik dan menyenangkan. Kini, nilai kesantunan ketika berbahasa tidak lagi dipelihara dan semakin kurang diberi perhatian.

Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek, melecehkan orang lain dan sebagainya kini mengambil tempat yang akhirnya menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif. Lebih malang ialah kini indahnya sesebuah bangsa bukan lagi kerana bahasa yang digunakan.

Sedang suatu ketika dulu bangsa Melayu terkenal dengan ciri-ciri ketimuran yang sarat teguh dengan nilai-nilai mulia dan budi pekerti tinggi. Bahasa diangkat sebagai medium yang berperanan menggabung jalin segala aspek pemikiran, kesopanan, keintelektualan dengan budaya masyarakat Melayu ketika itu.

Gambaran yang dilakukan secara realistik oleh tokoh-tokoh bahasa dan kesusasteraan Melayu seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Hamzah Fansuri, Nuruddin Al-Raniri, Syeikh ’Abd Al-Samad dan sebagainya melalui karya-karya mereka ini dengan gahnya mengaspirasi segala semangat, keadaan masyarakat, cara hidup, nilai budaya, cita rasa dan pemikiran masyarakat Melayu kepada dunia luar.

Bangsa Melayu khususnya sedang berhadapan dengan satu fasa kebejatan budi yang memperlihatkan betapa mudahnya keperibadian bangsa dipengaruhi oleh unsur-unsur luar. Keadaan ini berlaku sealiran pula dengan berkembang dan memuncaknya nilai pembangunan material, teknologi yang bercirikan budaya luar.

Secara tidak langsung keadaan ini telah menghakis sedikit demi sedikit nilai-nilai berbudi dan santun yang selama ini menjadi pasak kemegahan budaya dan bangsa. Krisis ini berlaku tidak mengira peringkat umur, status dan pangkat sama ada golongan kanak-kanak, remaja, dewasa bahkan sektor awam yang seharusnya menjunjung etika berbahasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat semakin kurang ditekankan.

Apa yang berlaku ialah masyarakat sekadar menyampaikan idea yang ada dalam fikiran sehingga lupa mematuhi norma budaya dan tatacara komunikasi verbal yang baik dan sopan. Kesannya, segala nilai negatif seperti sombong, angkuh, bersikap tidak acuh, ego, tidak beradat bahkan kurang ajar berlaku yang boleh membantutkan kelancaran komunikasi.

Begitu juga halnya dengan bahasa yang digunakan oleh media khususnya saluran radio masih menampakkan kegagalan untuk mempraktikkan unsur kesopanan berbahasa dengan baik. Menerusi agenda mempromosikan produk khususnya, media masih gagal mengenal pasti penggunaan kata ganti diri yang tepat. Terdapat iklan mempromosi pakaian yang menggunakan kata ganti diri ‘kamu’ bagi merujuk kepada pendengar sedangkan sudah sedia jelas bahawa pendengar dan media ada jurang yang harus diambil kira, iaitu dari aspek usia, taraf pendidikan dan status gelaran yang secara harfiahnya tidak mempunyai hubungan yang akrab dengan media.

Meskipun kesan kesantunan berbeza-beza mengikut jenis sapaan yang digunakan namun layakkah jika sebahagian pendengar yang terdiri daripada warga emas di‘kamu-kamu’kan sahaja? Kepelbagaian sistem sapaan dalam bahasa Melayu dengan mudah telah menggariskan kepelbagaian fungsi bentuk sapaan yang lebih sesuai dan sopan untuk digunakan bagi menggantikan bentuk sapaan ‘kamu’, iaitu ‘anda’.

Dalam konteks komunikasi verbal dua hala, berlaku juga trend pengucapan yang tanpa disedari sebenarnya boleh menyinggung hati dan perasaan orang lain terutamanya apabila berlaku antara dua peringkat umur yang berbeza. Tentu sekali kita biasa mendengar ungkapan ‘tau tak pe’ yang kini dilihat menjadi kebiasaan pengucapan golongan remaja. Lebih mengecewakan ialah mereka langsung tidak mengetahui negatifnya ungkapan tersebut walaupun bertujuan untuk mengiyakan atau bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan. Tingkah laku komunikasi tersebut sebenarnya secara tidak langsung menggambarkan sikap sombong, berlagak, membangga diri serta memperlihatkan penutur lebih tahu akan perkara yang sedang dibincangkan walaupun melibatkan dua peringkat umur yang berbeza.

Untuk menggantikan ungkapan tersebut, difikirkan wajar menggunakan ungkapan persetujuan yang menunjukkan kerendahan diri, berbudi dan hormat seperti ‘ye, betul tu’, ‘saya setuju’ dan sebagainya. Kelemahan dan ketidakarifan ini akhirnya akan memperlihatkan kurang pekanya masyarakat kita untuk menghalusi nilai kesopanan berbahasa dengan baik.

Selain untuk menggambarkan sahsiah bangsa, kesantunan berbahasa bertujuan untuk melancarkan komunikasi sosial. Akan tetapi, berlakunya krisis kesantunan berbahasa ini sebenarnya tiada lain akibat pengaruh persekitaran, lakonan masyarakat kita sendiri selain pengaruh media yang dilihat amat mudah mempengaruhi perilaku berbahasa anak-anak muda.

Bahasa orang Melayu terus menerus menjadi layu. Tidak kira sama ada dituturkan kepada sesama rakan sebaya atau yang lebih berusia, penggunaan kata ganti nama diri yang sopan dan lebih manis seperti awak, anda, saudara, encik, tuan dan sebagainya telah digantikan dengan panggilan ringkas seperti ‘lu’, ‘gua’, ‘bro’, ‘beb’ dan banyak lagi. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa penerimaan masyarakat secara membabi buta ini secara halusnya telah menidakkan keupayaan bahasa ibunda sebagai kayu ukur yang menentukan tingginya martabat bangsa. Ditakuti apabila bahasa ibunda dicacamarbakan maka budaya, nilai dan corak pemikiran tidak lagi mampu dicorakkan oleh bangsanya sendiri.

Seringkali juga kita berhadapan dengan situasi tiadanya kesedaran mengutamakan soal hormat dan ketertiban terutamanya dalam kalangan remaja dengan cara mengucapkan salam sapaan tanda hormat sebelum memulakan bicara khususnya dalam situasi tidak formal.

Tidak dinafikan bahawa komunikasi tidak formal tidak terikat kepada peraturan linguistik, yang dipentingkan ialah keselesaan dan kesalingfahaman (cooperative principle) pendengar. Akan tetapi, dalam konteks berbahasa tentu sekali menyakitkan hati apabila ada remaja yang berhajatkan sesuatu kepada kita tidak langsung mengucapkan salam terlebih dahulu. Di mana silapnya sedangkan di peringkat sekolah rendah lagi pendedahan sivik dan pengetahuan sosiolinguistik telah diterapkan agar memberi manfaat kepada pelajar untuk disesuaikan dengan masyarakat luar kelak.

Oleh yang demikian, gelombang perubahan untuk menjunjung kembali nilai kesopanan berbahasa perlu dilaksanakan segera. Tibalah masanya untuk semua pihak terutamanya ibu bapa dan institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah atau universiti memberikan penekanan yang total terhadap aspek kesantunan dalam proses belajar dan mengajarkan bahasa yang seharusnya dilakukan secara bersepadu dan kolektif.

Penekanan terhadap beberapa aspek seperti apa yang sebaiknya dikatakan pada waktu dan dalam keadaan tertentu, penggunaan ragam Bahasa yang bersesuaian dengan situasi, mengambil kira bagaimana dan bila kita harus menunggu giliran untuk bercakap atau mencelah, mengetahui kenyaringan suara yang sesuai digunakan ketika berbicara, mengetahui bagaimana sikap dan gerak geri badan yang bersesuaian ketika berbicara dan akhir sekali ialah bila masanya kita harus diam dan mengakhiri sesuatu perbicaraan juga menjadi komponen yang tidak kurang pentingnya dalam objektif kita mewujudkan gaya hidup yang sempurna dan penuh dengan nilai kesantunan agar keperibadian bangsa yang luhur, dihormati dan disegani dapat dikekalkan.


Menangis Dalam Islam


Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan. Di sebalik kenikmatan yang dilihat, terkadang itu manusia tidak dapat lari dari memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata.

Namun, menangis itu merupakan anugerah dan terapi yang berkesan menurut agama Islam dan kajian perubatan.

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Menangis itu merupakan pelajaran terpenting dalam Islam sebagai Muslim untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan diri dengan segala seksaan yang Allah turunkan. Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis. Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis.

Dalam islam ia tidak dinafikan, para Nabi dan Rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka kerana takutkan kepada Allah SWT.

Telah diriwayatkan dalam hadis, ”Barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah sehingga berlinangan air matanya dan air matanya membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.”

Dari segi amalan perubatan, menangis itu dapat menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan. Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

Menangis juga akan meningkatkan kadar degupan jantung. Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

Selain itu, tangisan akan menghalang penyakit menyerang tubuh badan kita. Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat.

Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

Tidak ramai yang mengetahui, air mata mengandungi 25% protein. Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ia dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

Oleh itu, tidak salah untuk manusia menggunakan tangisan sebagai salah satu cara untuk menghadapi sesuatu perkara tidak kiralah perkara yang sedih mahu pun gembira. Seharusnya kita menggunakan anugerah yang Tuhan berikan supaya dapat memberikan kebaikan kepada diri kita. Insyallah,islam itu indah.

Sumber : mynewshub.my

Ahad

Enam perkara Allah Rahsiakan Pada Hambanya

Salam semua,kali ini saya ingin membawa anda kepada enam pekara yang Allah sembunyikan kepada kita,sama-samalah kita hayati enam pekara tersebut:

Sebagai Contoh Sahaja

1.Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatanyang kita persembahkan kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

Sebagai Contoh Sahaja

2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

Sebagai Contoh Sahaja 

3. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

Sebagai Contoh Sahaja

4. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran. 
Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

Sebagai Contoh Sahaja

5.Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari. 
Allah menyembunyikan hari kiamat dan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Sebagai Contoh Sahaja

6.Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam 
Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bernegapmegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

Renung-Renungkanlah..






Khamis

Jumlah Penduduk Dunia 2012



Tahukan anda,berapakah jumlah penduduk dunia hari ini?kalau anda nak tahu,angka populasi penduduk dunia setakat 8 Mac 2012 telah pun mencecah angka 7 bilion orang.Bayi yang ke tujuh bilion,lahir kat Filipina yang diberi nama sebagai Danica seberat 2.5 kilo,lahir dua minit sebelum tengah malam di Jose Fabella Hospital, Manila.Filipina merupakan sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara yang ke 12 paling padat di dunia.


Di masa yang akan datang, kehidupan di dunia akan semakin sesak.Populasi penduduk dunia sentiasa bertambah sediap detik.Menurut kajian setiap tahun, jumlah penduduk dunia bertambah sekitar 83.3 juta orang.Pertambahan jumlah penduduk sebanyak 83.3 juta orang pertahun dihitung dari perkiraan setiap 12 tahun penduduk dunia mengalami bertambah sebanyak satu bilion orang.Dengan kadar penduduk dunia ketika ini mencecah 7 bilion, Anggaran yang dibuat,populasi penduduk dunia 36 tahun akan datang atau sekitar tahun 2048,menjangkau angka 10 bilion orang.


Daripada angka 7 bilion orang penduduk dunia tiga perempat daripada jumlah tersebut adalah tinggal di Asia.Ini bermakna Asia merupakan mempunyai populasi yang paling ramai dan padat di dunia. Tujuh daripada sepuluh negara berpenduduk terbanyak di dunia adalah berada di Asia.Berikut adalah senarai top 10 negara-negara yang mengalami kepadatan penduduk terbanyak di dunia.
Top 10 Carta Populasi Penduduk Dunia 2012 :
  1. China 1,336,718,015
  2. India 1,189,172,906
  3. United States 311,050,977
  4. Indonesia 245,613,043
  5. Brazil 203,429,773
  6. Pakistan 187,342,721
  7. Nigeria 165,822,569
  8. Bangladesh 158,570,535
  9. Russia 138,739,892
  10. Japan 127,469,543


Negara kita Malaysia berada di rangking yang ke 43 dengan jumlah kepadatan penduduk seramai 28 juta orang.

Ahad

Hukumnya Makan Ulat Sagu ATAU Ulat Mulong

Bagi yang terasa was-was berkenaan halal atau haram memakan Ulat Sagu atau Ulat Mulung,hahaha..mari kita sama-sama mengetahui Hukumnya Memakan Ulat Sagu.Khas untuk orang Islam sahaja.


Sedar atau tidak sedar rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini.Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali".Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama-sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. 


Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-"...Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakannya.


"Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. 

Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.

Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram HusinWallahualam.

Apa Akan Terjadi Terhadap Akaun Facebook Kita Selepas Mati


mari kita renung-renungkan bersama...
fikir-fikirkan bersama...
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password,
hanya kita yang boleh access..

dan...

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?...
mungkin ada yang akan ucapkan takziah...
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu...

tetapi...

sedarkah kita,
gambar-gambar kita...
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?...
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna...
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok...
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletkan gambar kita..

walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada...
saham dosa terus meningkat...

macam mana?...
pernah terfikir tak?...

tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?...
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?...
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?...

yang lelaki pula...
Dengan aurat yang terbuka...
berseluar pendek, menampakkan lutut...
menayangkan dada, menonjolkan pusat...

ada pula gambar bersama kekasih...
bukan muhrim, berpeluk erat, melagakan pipi...
ada pula yg hingga sanggup menayangkan...
gambar bibir bertemu pipi... bibir bertemu bibir...

menunjukkan pada semua betapa intimnya hubungan cinta mereka...
yg disaksikan oleh ramai org seluruh dunia...

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita 
dengan gambar-gambar yang cantik, tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat,
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslim 
jagalah jua maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti...persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini

~amin~ renung-renungkan dan selamat beramal

sumber asal dr :

Menangis Dalam Solat


Hari ni saya nak bercerita tentang solat.Korang pernah tak menangis ketika korang bersolat? Tak kisah la samada solat fardhu ke,sunat ke,seorang diri ke,secara makmum ke,pernah tak korang menangis dalam solat?Sejak kebelakangan ni saya selalu menangis ketika bersolat,saya tak tau kenape???Pernah saya bertanya kepada teman baik saya tapi tak terjawab..tanda tanya kian berkembang sehinggalah saya menggoglekannya sehingga saya terjumpa altikal ni yang mungkin jawapannya;


1. Ada orang yang menangis ketika solat kerana dia takut seksaan Allah, bertaubat. 

2. Ada orang yang menangis ketika solat kerana dia dalam kesusahan.

3. Ada orang yang menangis ketika solat kerana dia cintakan Allah.

Orang yang menangis ketika solat kerana takut seksaan Allah atau mengharap keampunan Allah, adalah orang yang meletakkan Allah sebagai Pemerintah Alam Yang Maha Berkuasa.Macam bos kita nak pecat kita kerana kita selalu datang lewat ke ofis.Kita betul-betul merayu dekat bos supaya jangan pecatkan kita,kita menangis, kita berjanji takkan datang lewat lagi kat bos kita.Dalam situasi ni, kita meletakkan yang bos kita ni ada kuasa untuk menentu karier kita.Sama juga dalam situasi menangis dalam solat,kita adalah hamba manakala Allah adalah bos (pemerintah).Allah yang menentukan nasib kita.


Orang yang menangis ketika solat kerana dia dalam kesusahan atau kesedihan,adalah orang yang meletakkan dirinya dalam hina dan meletakkan Allah sebagai Yang Maha Pemurah, Maha Kaya. Orang ni tau yang dia adalah hamba dan tidak punyai apa-apa pun. Macam dalam kisah Nabi Ayob,Nabi Ayob menangis, mengadu dan mohon kepada Allah tentang penyakit dirinya. Dia kehilangan orang rapat kerana penyakitnya, kehilangan harta kerana penyakitnya dan dibenci orang kerana penyakitnya. Tapi Nabi Ayob tak pernah putus-putus berdoa kepada Allah.


Orang yang menangis ketika solat kerana dia cintakan Allah,adalah orang yang meletakkan Allah sebagai kekasihnya. Umpama orang Indonesia yang bermaustatin di Malaysia, setahun sekali dia balik raya.Bila dia pulang ke Indonesia balik raya, dia menangis kegembiraan berjumpa dengan keluarga.Seronok sehingga menitis air mata sebab dia bersyukur berpeluang lagi berjumpa dengan ahli keluarga.Sama juga seperti menangis ketika solat,seseorang tu boleh menangis kalau betul-betul dia cintakan Allah atau betul-betul dia mensyukuri nikmat Allah.

Solat dalam istilah bahasa adalah doa. Istilah bahasa untuk doa adalah wirid. Apa maksud wirid?Memuji-muji Allah.

Bila kita berdoa, kita menadah tangan.Bila masa kita menadah tangan?Semasa kita meminta.Kita juga menadah tangan apabila kita bersyukur..

Korang yang pernah menangis solat, korang dalam kategori mana???

Rabu

Apa itu blog

Blog apa itu blog?bagi yang tak tahu lagi apa itu blog mari sini saya nak bagi tahu sedikit pengertian apa itu blog.Blog adalah singkatan dari perkataan weblog,istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1997.Jorn Barger menggunakan istilah weblog untuk menyebut kelompok website pribadi yang selalu diupdate secara selanjar dan berisi link-link ke website lain yang mereka anggap menarik disertai dengan komen-komen sesama mereka sendiri.

Sekadar contoh : comuniti Blog

Blog kemudian berkembang mencari bentuk sesuai dengan kemahuan para pembuatnya atau para Blogger. Blog yang pada mulanya merupakan “catatan perjalanan” seseorang di Internet, yaaitu link ke website yang dikunjungi dan dianggap menarik, kemudian menjadi jauh lebih menarik daripada sebuah daftar link. Hal ini disebabkan karana para blogger juga selalunya memberikan komen-komen yang membina dan“cerdas” terhadap isu atau link yang mereka buat hingga para blogger boleh berkongsi makluat sesama mereka.

Contoh Blog

Daripada komen-komen tadi menyebabkan blog kemudian menjadi jendela yang membolehkan kita mengintai atau berkongsi dengan isi kepala dan kehidupan harian dari penciptanya. Blog adalah cara mudah untuk mengenali keperibadian seseorang blogger. Topik-topik apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka,apa yang dia fikirkan terhadap link-link yang dia pilih dan apa tanggapannya pada suatu isu.

Contoh Blog

Keseluruhnya kita dapat gambaran yang jelas dari blog-nya. Kerana itu blog lebih bersifat personal. Roger Yim, seorang kolumnis San Francisco Gate pada artikelnya di Februari 2001,menyatakan bahawa sebuah blog adalah persilangan antara diary seseorang dan daftar link di Internet.Majalah online salon pada may 1999,Scott Rosenberg menyimpulkan bahawa blog berada pada batasan website yang lebih bernyawa daripada sekadar kumpulan link,tapi kurang instrospektif dari sekadar sebuah diary yang disimpan di internet.So macam mana sekarang?dah faham dengan apa itu blog.Jika anda ingin berjinak-jinak dalam dunia blog macam saya ni,anda boleh daftar blog anda kat blogspot.com secara percuma klick kat link ni http://www.blogger.com ok selamat berblog..