Tahukan anda,berapakah jumlah penduduk dunia hari ini?kalau anda nak tahu,angka populasi penduduk dunia setakat 8 Mac 2012 telah pun mencecah angka 7 bilion orang.Bayi yang ke tujuh bilion,lahir kat Filipina yang diberi nama sebagai Danica seberat 2.5 kilo,lahir dua minit sebelum tengah malam di Jose Fabella Hospital, Manila.Filipina merupakan sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara yang ke 12 paling padat di dunia.
Di masa yang akan datang, kehidupan di dunia akan semakin sesak.Populasi penduduk dunia sentiasa bertambah sediap detik.Menurut kajian setiap tahun, jumlah penduduk dunia bertambah sekitar 83.3 juta orang.Pertambahan jumlah penduduk sebanyak 83.3 juta orang pertahun dihitung dari perkiraan setiap 12 tahun penduduk dunia mengalami bertambah sebanyak satu bilion orang.Dengan kadar penduduk dunia ketika ini mencecah 7 bilion, Anggaran yang dibuat,populasi penduduk dunia 36 tahun akan datang atau sekitar tahun 2048,menjangkau angka 10 bilion orang.
Daripada angka 7 bilion orang penduduk dunia tiga perempat daripada jumlah tersebut adalah tinggal di Asia.Ini bermakna Asia merupakan mempunyai populasi yang paling ramai dan padat di dunia. Tujuh daripada sepuluh negara berpenduduk terbanyak di dunia adalah berada di Asia.Berikut adalah senarai top 10 negara-negara yang mengalami kepadatan penduduk terbanyak di dunia.
Top 10 Carta Populasi Penduduk Dunia 2012 :
- China 1,336,718,015
- India 1,189,172,906
- United States 311,050,977
- Indonesia 245,613,043
- Brazil 203,429,773
- Pakistan 187,342,721
- Nigeria 165,822,569
- Bangladesh 158,570,535
- Russia 138,739,892
- Japan 127,469,543
Negara kita Malaysia berada di rangking yang ke 43 dengan jumlah kepadatan penduduk seramai 28 juta orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan