Isnin

Resepi Cheesecake Batik Coklat Sedap Dan Mudah


Untuk peminat kek yang rajin ke dapur tu bolehla cube-cube buat Resepi cheesecake batik coklat yang sedap dan mudah, rugi tak cuba sangat sedap.

Resepi cheesecake batik coklat 

BAHAN BAHAN :

2 biji telur

1 cwn susu pekat

1 cwn gula halus

1 cwn minyak masak

1 cwn serbuk koko

2 cwn tepung gandum

1 s/k baking powder

1 s/k soda bicarbonat

1 s/k esen vanilla

1 s/k cocoa emulco@perisa coklat (x de x pe)

1 cwn air panas...

Bahan bertanda  diayak bersama

LAPISAN CHEESE :

250gm Cream Cheese

1 cwn gula kastor

1 biji telur

Cara-cara Menyediakan

CARAMENYEDIAKAN KEK COKLAT :

1. Pukul telur bersama gula sehingga gula hancur dan kembang

2. Masukkan vanilla + cocoa emulco dan putar sebentar

3. Masukkan susu..putar lagi dan masukkan minyak dan putar sebentar.

4. Masukkan bahan yg telah diayak…apabila dah sebati masukkan air panas dan kacau sehingga sebati

5. Masukkan kedalam loyang yang telah disapu dengan majerin dan alas dengan kertas minyak biar senang nak keluarkan nanti

6. Panaskan oven dahulu…boleh dimasak dalam 30-45minit..sehingga atasnye kering untuk letakkan lapisan cheese nanti

7. Ambil sedikit adunan umtuk buat corak diatas lapisan cheese.

CARA-CARA MENYEDIAKAN CHEESE:

1. Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese.

2. Pukul cream cheese sehingga gebu.

3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.

4. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati

CARA MENYEDIAKAN COKLAT MOIST CHEESE CAKE:

1. Selepas 30-45min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi(bila atas kek sudah kering)

2. Sudukan cream cheese tadi perlahan2..ratakan keseluruh atas kek

3. Paipkan adunan coklat tadi atau blueberry jem atas cheese, & lorekkan ikut suka.

4. Bakar lg selama 15 min atau sehingga cheese masak

5. Dah Siap Biar btul2 sejuk baru potong.

Tiada ulasan: