Isnin

Resepi Cheesecake Batik Coklat Sedap Dan Mudah


Untuk peminat kek yang rajin ke dapur tu bolehla cube-cube buat Resepi cheesecake batik coklat yang sedap dan mudah, rugi tak cuba sangat sedap.

Resepi cheesecake batik coklat 

BAHAN BAHAN :

2 biji telur

1 cwn susu pekat

1 cwn gula halus

1 cwn minyak masak

1 cwn serbuk koko

2 cwn tepung gandum

1 s/k baking powder

1 s/k soda bicarbonat

1 s/k esen vanilla

1 s/k cocoa emulco@perisa coklat (x de x pe)

1 cwn air panas...

Bahan bertanda  diayak bersama

LAPISAN CHEESE :

250gm Cream Cheese

1 cwn gula kastor

1 biji telur

Cara-cara Menyediakan

CARAMENYEDIAKAN KEK COKLAT :

1. Pukul telur bersama gula sehingga gula hancur dan kembang

2. Masukkan vanilla + cocoa emulco dan putar sebentar

3. Masukkan susu..putar lagi dan masukkan minyak dan putar sebentar.

4. Masukkan bahan yg telah diayak…apabila dah sebati masukkan air panas dan kacau sehingga sebati

5. Masukkan kedalam loyang yang telah disapu dengan majerin dan alas dengan kertas minyak biar senang nak keluarkan nanti

6. Panaskan oven dahulu…boleh dimasak dalam 30-45minit..sehingga atasnye kering untuk letakkan lapisan cheese nanti

7. Ambil sedikit adunan umtuk buat corak diatas lapisan cheese.

CARA-CARA MENYEDIAKAN CHEESE:

1. Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese.

2. Pukul cream cheese sehingga gebu.

3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.

4. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati

CARA MENYEDIAKAN COKLAT MOIST CHEESE CAKE:

1. Selepas 30-45min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi(bila atas kek sudah kering)

2. Sudukan cream cheese tadi perlahan2..ratakan keseluruh atas kek

3. Paipkan adunan coklat tadi atau blueberry jem atas cheese, & lorekkan ikut suka.

4. Bakar lg selama 15 min atau sehingga cheese masak

5. Dah Siap Biar btul2 sejuk baru potong.

Ahad

Tips Cantik Ala Wanita Korea


Negara korea terkenal dengan sejuta keindahan, apatahlagi dengan wanitanya yang cantik-cantik dan selalu terlihat awet muda, yang membuat semua wanita ingin cantik seperti mereka. Wajah mereka yang cantik dapatkan dari pola hidup yang sehat alami dan pengambilan diet makanan yang selalu terjaga. Bagi yang ingin tampil cantik ala wanita Korea, sebaiknya ikuti beberapa tips rahasia cantik ala wanita korea seperti berikut.

1. Minum air yang cukup

Kebanyakan wanita Korea sentiasa minum air putih atau air masak untuk mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi. Wanita korea juga gemar makan sayuran dan buah-buahan segar untuk memenuhi keperluan cairan dan serat untuk tubuh mereka. Pengambilan cairan yang cukup bagi menjaga kelembapan kulit agar tidak kering dan sentiasa gebu.

2. Mersihkan wajah Secara Rutin

Membersihkan wajah merupakan langkah utama yang dilakukan dalam perawatan wajah. Wajah harus dibersihkan secara rutin agar terhindar dari pelbagai kotoran yang akan menyebabkan masalah kulit seperti jerawat maupun jeragat. Bersihkan wajah dengan menggunakan cleansing, toning, hingga moisturizing. Meraka menggunakan toner agar wajah tampak lebih segar sepanjang hari.

3. Masker Wajah

Selain membersihkan wajah secara teratur, orang Korea juga harus menggunakan masker wajah dalam perawatan kecantikan yang dilakukan. Masker wajah terbaik iaitu masker yang menggunakan bahan alami misalnya menggunakan madu, putih telur atau masker buah-buahan. Agar kecantikan wajah lebih sempurna, mereka menggunakan masker wajah setidak-tidaknya dua kali seminggu. Masker wajah dapat menutrisi kulit wajah agar lebih cantik, halus dan merona.

4. Gunakan Neck Cream

Selain perawatan wajah, wanita Korea juga memperhatikan perawatan leher. Gunakan neck cream untuk perawatan leher agar bisa tampil lebih bersih dan putih. Jadi tampilan wajah dan leher akan seimbang jika perawatan leher juga diperhatikan.

5. Tidur Yang Cukup

Istirahat yang cukup juga sangat berpengaruh terhadap kecantikan. Tidur yang cukup merupakan rahasia cantik ala Korea yang perlu anda cuba. Sebab masa tidur adalah saat-saat terbaik bagi kulit untuk melakukan regenerasi sel. Jika tidur kurang, maka kulit tidak boleh maksimal dalam melakukan regenerasi. Akibatnya akan terjadi gejala penuaan seperti kulit berkedut dan kering. Tidurlah 7 hingga 8 jam sehari bagi menghindari tubuh keletihan.

6. Produk Kecantikan Yang Tepat

Umumnya kebanyakan wanita Korea lebih memperhatikan perawatan dibanding penggunaan make up. Oleh karena itu, jika Anda ingin tampil cantik ala wanita Korea, lakukan perawatan wajah dengan baik. Jangan gunakan make up yang terlalu tebal atau berlebihan. Gunakan make up secukupnya saja agar anda bisa tampil cantik alami seperti wanita Korea.

7. Penataan Rambut

Wanita Korea juga sangat memperhatikan tatanan rambut. Oleh karena itulah mereka bisa tampil maksimal tanpa make up yang menonjol. Tata rambut anda sesuai dengan bentuk wajah agar lebih sesuai, dengan begitu anda boleh tampil maksimal dengan gayavrambut yang tepat.

Khasiat Minyak Argan Dalam Kecantikkan


Minyak argan dihasilkan dari buah Kacang Argan. Sejak dulu lagi minyak argan memang tidak asing pada dunia kecantikan. Popularitinya dalam bidang kosmetik semakin meningkat masa kini sehingga digelar sebagai "liquid gold" dikalangan wanita Eropah kerana khasiatnya yang menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat anti-aging semulajadi terbaik.

Minyak argan bermanfaat untuk rawatan masalah rambut gugur, pertumbuhan dan penjagaan rambut kerana khasiatnya mampu memberi nafas baru kepada rambut kering, beruban, kusut, bercabang, rapuh dan sebagainya. Minyak ini mempunyai ciri yang sama dengan minyak Jojoba tetapi khasiat dan keberkesanan minyak argan lebih luar biasa.

Hasil kajian oleh pakar kecantikan dan kesihatan dunia, minyak argan diperakui sebagai agen anti-penuaan semulajadi terbaik. Sedar akan khasiat minyak argan yang makin popular dalam bidang kecantikan ramai pengeluar kosmetik berlumba-lumba menawarkan produk minyak argan yang diyakini berfungsi sebagai anti-penuaan, namun ada produk yang ditawarkan sudah ditambah dengan bahan kimia dan tidak memberi hasil yang diharapkan. Hanya minyak argan asli yang mampu memberi hasil yang menakjubkan.

Minyak argan asli (100% tulen) tidak dicampur sebarang bahan lain mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia. Minyak argan adalah minyak yang jarang diperolehi kerana pokok argan hanya tumbuh di kawasan bercuaca seperti di negara Moroco, maka tidak hairanlah ia juga dikenali sebagai Moroccan Oil.

KELEBIHAN MINYAK ARGAN ASLI :

Manfaat Minyak Argan Kepada Kulit 
  • Anti-penuaan yang amat berkesan
  • Menyelesaikan masalah kulit berjerawat
  • Menghilangkan masalah parut
  • Melindungi kulit daripada kedutan akibat penuaan pra-matang
  • Mengurangkan kedutan dibawah mata
  • Bertindak sebagai pelembap terbaik untuk kulit. Ia menyegar dan melembut kulit lebih mudah daripada penggunaan krim atau minyak yang lain
  • Kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit yang berfungsi untuk menegangkan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih segar
  • Mampu mengurangkan kegatalan kulit dan cepat menyembuhkan tanda-tanda yang disebabkan oleh menggaru pada kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mampu mencegah stretchmark pada kulit akibat proses kehamilan
Manfaat Minyak Argan Kepada Rambut
  • Menghidrat rambut dengan cara semulajadi, mampu menstabilkan kelembapan pada rambut dan melembutkan rambut yang kasar dengan cepat
  • Mampu menembusi hingga ke liang rambut serta meningkatkan keanjalan rambut. 
  • Berkhasiat untuk pertumbuhan rambut
  • Anti oksidan semulajadi yang terdapat dalam minyak argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih membran sel rosak pada rambut
  • Kehadiran Vitamin E menjadinya agen terbaik untuk rawatan rambut akibat kerosakan agen perosak
  • Mengekalkan kelembapan rambut serta mengembalikan kilauan dan sinar rambut
  • Merawat akar rambut yang rapuh dan meransang pertumbuhan rambut yang terurus
  • Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega3 dan Omega9 yang mengukuhkan struktur akar rambut serta ikatan protein dalam rambut. 
  • Menguatkan struktur rambut dari akar hingga ke hujung rambut.
Manfaat Minyak Argan Kepada Kuku
  • Menguatkan kuku yang lemah dan mudah pecah. 
  • Menguatkan kulit halus di akar kuku dan menjadikannya licin
  • Kuku menjadi segar dan bersinar
  • Meransang pertumbuhan kuku cantik berseri
  • Manfaat Minyak Argan Kepada Sendi
  • Amat berguna dalam rawatan penyakit radang kulit seperti jerawat, cacar air dan psoriasis. 
  • Tompok-tompok merah muncul pada kulit dalam penyakit-penyakit ini
  • Dalam keadaan arthritis dan reumatik di mana sendi dan tisu badan yang rosak, minyak argan mampu melega dan mengurangkan kesakitan.

Nurraysa Softening facial & Body Jelly Scrub


Wangiii sangat macam gula2 strawberry. Garam dia halus je. Sesuai sangat untuk kulit muka.

Cara guna :

Ambil scrub tu sikit campur dengan sedikit air. Ratakan pada kulit muka atau badan dan gosok perlahan lahan. 

Untuk kawasan kulit yang ada jerawat akan terasa pedih sedikit. 

Lepas pakai? 
  • Muka rasa licin sangat
  • Lembut dan gebu!
  • Lepas tu muka pun bau wangi strawberry
Untuk yang ada whitehead tu. Gosok lame sikit bahagian hidung.