Ahad

Menangis Dalam Solat


Hari ni saya nak bercerita tentang solat.Korang pernah tak menangis ketika korang bersolat? Tak kisah la samada solat fardhu ke,sunat ke,seorang diri ke,secara makmum ke,pernah tak korang menangis dalam solat?Sejak kebelakangan ni saya selalu menangis ketika bersolat,saya tak tau kenape???Pernah saya bertanya kepada teman baik saya tapi tak terjawab..tanda tanya kian berkembang sehinggalah saya menggoglekannya sehingga saya terjumpa altikal ni yang mungkin jawapannya;


1. Ada orang yang menangis ketika solat kerana dia takut seksaan Allah, bertaubat. 

2. Ada orang yang menangis ketika solat kerana dia dalam kesusahan.

3. Ada orang yang menangis ketika solat kerana dia cintakan Allah.

Orang yang menangis ketika solat kerana takut seksaan Allah atau mengharap keampunan Allah, adalah orang yang meletakkan Allah sebagai Pemerintah Alam Yang Maha Berkuasa.Macam bos kita nak pecat kita kerana kita selalu datang lewat ke ofis.Kita betul-betul merayu dekat bos supaya jangan pecatkan kita,kita menangis, kita berjanji takkan datang lewat lagi kat bos kita.Dalam situasi ni, kita meletakkan yang bos kita ni ada kuasa untuk menentu karier kita.Sama juga dalam situasi menangis dalam solat,kita adalah hamba manakala Allah adalah bos (pemerintah).Allah yang menentukan nasib kita.


Orang yang menangis ketika solat kerana dia dalam kesusahan atau kesedihan,adalah orang yang meletakkan dirinya dalam hina dan meletakkan Allah sebagai Yang Maha Pemurah, Maha Kaya. Orang ni tau yang dia adalah hamba dan tidak punyai apa-apa pun. Macam dalam kisah Nabi Ayob,Nabi Ayob menangis, mengadu dan mohon kepada Allah tentang penyakit dirinya. Dia kehilangan orang rapat kerana penyakitnya, kehilangan harta kerana penyakitnya dan dibenci orang kerana penyakitnya. Tapi Nabi Ayob tak pernah putus-putus berdoa kepada Allah.


Orang yang menangis ketika solat kerana dia cintakan Allah,adalah orang yang meletakkan Allah sebagai kekasihnya. Umpama orang Indonesia yang bermaustatin di Malaysia, setahun sekali dia balik raya.Bila dia pulang ke Indonesia balik raya, dia menangis kegembiraan berjumpa dengan keluarga.Seronok sehingga menitis air mata sebab dia bersyukur berpeluang lagi berjumpa dengan ahli keluarga.Sama juga seperti menangis ketika solat,seseorang tu boleh menangis kalau betul-betul dia cintakan Allah atau betul-betul dia mensyukuri nikmat Allah.

Solat dalam istilah bahasa adalah doa. Istilah bahasa untuk doa adalah wirid. Apa maksud wirid?Memuji-muji Allah.

Bila kita berdoa, kita menadah tangan.Bila masa kita menadah tangan?Semasa kita meminta.Kita juga menadah tangan apabila kita bersyukur..

Korang yang pernah menangis solat, korang dalam kategori mana???

Tiada ulasan: