Ahad

Filem Chantek (Full Muvie Download)

Apakhabar semua,hari ni saya nak bercerita sikit tentang filem Chantek yang telah di tayangkan pada 16 Februari 2012 yang lalu.Filem ini berbentuk Komedi Romantik dimana jalan ceritanya agak ringan dan sempoi  sepanjang perjalan ceritanya.Memang sesuai unuk tontonan keluarga.


Filem romantik komedi Chantek merupakan arahan Pierre Andre dibawah terbitan Empat Samudra Plantation    Sdn Bhd.Filem gandingan Pierre Andre bersama heroin dari Indonesia  Nurul Ekasari berserta pelakon lain iaitu Maimon Mutalib, Kin Wah dan Abon.


Filem ini mengisahkan tentang Ad,seorang selebriti filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terempak tunangnya berlaku curang "adakah Ad benar-benar buta". Kerana tersangat kecewa, Ad memencilkan dirinya di rumah peranginan dengan dijaga oleh Chantek, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan Ad yang masih fobia dengan perempuan.


Lama-kelamaan kerena kebaikan Ad dan kemesraan mereka berdua. Chantek terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, Ad sedia memaafkannya kerana kejujuran Chantek membantu memulihkannya dan kini mereka berdua telah jatuh cinta. Tetapi apabila Chantek terjumpa sebuah skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, Chantek terasa diperbodohkan oleh Ad yang mempergunakannya sebagai bahan latihan filemnya.


Chantek benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas telah melarikan diri,"Adakah ini penyebabnya Chantek lari". Selama sebulan Ad tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan Chantek. Akbirnya Ad terjumpa Chantek dan setelah dirayu dan dipujuk barulah Chantek menerima semula Ad dan cinta berputik kembali.




INFO FILEM CHANTEK
Filem : Chantek
Genre : Romantik Komedi
Durasi : 90 minit
Tarikh Tayangan : 16 Februari 2012
Klasifikasi Filem : U
Syarikat Penerbit : Empat Semudra Plantation Sdn Bhd
Penerbit : Hisham Bin A.Karim
Pengarah : Pierre Andre
Penulis Skrip : Pierre Andre
Penulis Lakon Layar : Pierre Andre
Pengarah Fotografi : Rahimi Bin Maidin
Pengarah Seni : Mohd Fazreen Bin Mohammad Sabari
Pembantu Pengarah : Dharma Aizat Baharum & Amal Ariff Ahmad Yusri
Penyunting : Ahmad Mustadha
Pengedar & Promosi : Alternate Pictures Sdn.Bhd

Barisan Pelakon
Pelakon Utama : Pierre Andre sebagai AD
Pelakon Utama : Nurul Ekasari sebagai Chantek
Pelakon Pembantu : Maimon Mutalib sebagai Ibu Citra
Pelakon Pembantu : Kin Wah sebagai Sam
Pelakon Pembantu : Abon sebagai Penerbit

Trailer Filem Chantek

Download Link :
MKV (300MB)

Tiada ulasan: