Tahukah anda spesis bunga terbesar di dunia,kalau anda berkata Refflisia adalah spesis bunga yang terbesar anda adalah silap.Sebenarnya ada lagi spesis bunga yang lebih besar dari Refflisia iaitu bunga Amorphophallus Titanum atau lebih dikenali sebagai Bunga Mayat oleh penduduk Sumetera Barat kerana baunya seperti mayat untuk menarik lalat dan serangga lain tujuan pendebungaan.
Tumbuhan ini asalnya di temui di Sumetera Barat Indonesia,merupakan sejenis sayuran berakar yang endemik di mana ia tumbuh di di lereng bukit yang curam yang 120 hingga 365 meter di atas paras laut. Amorphophallus Titanum tumbuh hampir empat meter tinggi dan beratnya mencapai 91kg setakat ini, merupakan spesis bunga yang amat jarang dilihat di luar hutan hujan Sumatera, Indonesia.
Spesies ini telah dibuktikan amat sukar untuk ditanam, dan terdapat hanya beberapa tempat di dunia yang berbuat demikian. Walaupun di bawah keadaan optimum mengambil masa kira-kira 6 tahun untuk berbunga dari tarikh pembenihan.Amorphophallus Titanum memerlukan suhu yang panas, kelembapan tinggi, dan cahaya terang, dengan beberapa naungan pada musim panas. Tanah harus dibiarkan lembap pada setiap masa, walaupun ketika kedormanan.
Dijumpai kali pertama oleh ahli botani dari Eropah iaitu Odoardo Beccari berasal dari Itali pada tahun 1878 yang mengembara ke Asia Tenggara.Beliau membawa balik benih Amorphophallus Titanum ke Itali dan salah satu anak pokok yang bercambah telah dihantar ke Kew, di mana ia mula berbunga pada tahun 1889 yang menarik minat ramai orang awam yang ingin menyaksikannya. Pada tahun 1926, apabila ia berbunga lagi, ramai yang tertarik dengan fenomena itu tersebut sehingga pihak polis terpaksa dipanggil untuk membuat kawalan.Kew kini mempunyai spesimen beberapa Amorphophallus Titanum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan