Ahad

Heidi Hankins 4 Tahun,Memiliki IQ 159 Hampir Sama IQ Stephen Hawking

Heidi Hankins,seorang kanak-kanak perempuan yang memiliki IQ yang tinggi daripada kebanyakkan masyarakat Umum.Dengan memiliki tahap skor IQ 159,iaitu satu mata dibawah IQ Albert Einstein dan Stephen Hawking.Heidi Hankins, dari Winchester London, telah diterima ke dalam masyarakat eksklusif "Mensa" selepas ujian menunjukkan dia mempunyai IQ sekitar 159.

Heidi Hankins

Untuk pengetahuan anda purata skor IQ bagi orang dewasa ialah 100, dan Heidi Hankins kini telah menjadi salah satu daripada hanya 90 kanak-kanak di bawah 10 tahun di UK layak menyertai "Mensa", iaitu Pertubuhan masyarakat untuk individu yang mempunyai IQ yang luar biasa tinggi. Untuk layak memasuki "Mensa" seseorang harus memiliki skor minimum IQ 149.


Heidi Hankins dari Winchester London mempunyai IQ 159, mengajar dirinya untuk membaca dan dapat mengira kepada 40 pada usia dua tahun.Selain itu,pada tahun 2009, Oskar Wringley, ketika itu berusia 2 setengah tahun, daripada Reading di Berkshire telah menjadi kanak-kanak termuda untuk menyertai "Mensa" dengan skor IQ sebanyak 160.

Menurut "Mensa", tanda-tanda seorang kanak-kanak yang berbakat termasuk memori yang luar biasa, adalah kebolehan membaca pada usia awal, intoleransi kanak-kanak lain dan kesedaran tentang peristiwa-peristiwa dunia luar. Seorang kanak-kanak berbakat juga akan bertanya soalan pada setiap masa.Untuk maklumat lanjut mengenai "Mensa" Klik SINI.




Tiada ulasan: