Ahad

Enam perkara Allah Rahsiakan Pada Hambanya

Salam semua,kali ini saya ingin membawa anda kepada enam pekara yang Allah sembunyikan kepada kita,sama-samalah kita hayati enam pekara tersebut:

Sebagai Contoh Sahaja

1.Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatanyang kita persembahkan kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

Sebagai Contoh Sahaja

2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

Sebagai Contoh Sahaja 

3. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

Sebagai Contoh Sahaja

4. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran. 
Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

Sebagai Contoh Sahaja

5.Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari. 
Allah menyembunyikan hari kiamat dan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Sebagai Contoh Sahaja

6.Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam 
Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bernegapmegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

Renung-Renungkanlah..






Tiada ulasan: