Pernah tak anda mendengar atau melihat spesis anggerik seperti dalam gambar diatas?Anggerik ini merupakan spesis anggerik yang paling jarang di temui di dunia,dan ia di gelar sebagai "Anggerik Selipar"oleh rakyat malaysia dan "Paphiopedilum Barbatum" adalah nama saintifiknya.Di negara kita,Anggeri Selipar hanya boleh di temui di sekitar puncak Gunung Ledang.
Namun kini, kecantikan dan keunikkan Anggerik Selipar boleh kita saksikan kat "Taman Konservasi"anggerik, yang terletak di kaki Gunung Ledang.Sebelum ini Anggerik Selipar,hanya dapat dilihat berdasarkan gambar-gambar sahaja ekoran ia spesis anggerik yang sukar ditemui disamping diancam kepupusan.
"Kerajaan Malaysia"mengketegorikan Anggerik Selipar ini sebagai tumbuhan kawalan.Ini sebagai langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan ia daripada terus pupus kerana ia merupakan khazanah alam yang tak ternilai harganya.Untuk pengetahuan anda semua, nilai pasaran gelap Anggerik Selipar ini mencecah Rm 2500 bagi sebatang pokok kecil.Selain kecantikkannya, nilai pasarannya yang agak tinggi merupakkan faktor Anggerik Selipar sasaran bagi peminat orkid.
Anggerik Selipar kebiasaannya hanya boleh hidup menumpang pada pokop-pokok besar dikawasan yang bersuhu agak sejuk dan pada masa yang sama spesis ini kian pupus.Walaubagaimana pun anda boleh mengunjungi Taman Konservasi di Taman Negara Lagenda Ledang Muar Johor,bagi menikmati keindahan "Anggeri Selipar."
Info
- Boleh membesar hingga 360 mm tinggi.
- Ditemui oleh Hugh Cumming pada 1840.
- Hanya mengeluarkan satu atau dua bunga pada satu masa.
- Kelopak berwarna hijau coklat di pangkal manakala bahagian bibir kelopaknya berwarna coklat gelap.
- Ada kira-kira 100 spesies Anggerik Selipar.
- Ia hidup subur di kawasan lembap, teduh di tanah tinggi antara 700 hingga 1,200 meter dari paras laut.
- Berbunga antara Februari hingga April dan mampu bertahan antara empat hingga lapan minggu.
- Mendapat permintaan tinggi di kalangan peminat anggerik liar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan