Rabu

Samsung U5 Pemain Mp3


Samsung U5 adalah pemain mp3 yang sesuai untuk di bawa berjalan-jalan dan berjoging.Ia mempunyai rekabentuk yang kecil tetapi  mempunyai kapasiti storan sebanyak dua gigabite dan dilengkapi skrin sebesar satu inci.Saiz U5 hanyalah berukuran 3.5 inci panjang,0.9 inci lebar dan 0.5 inci tebal.


Samsung U5 sesuai sebagai pemain mp3 sekunder kepada iphone mahupun telefon mudah alih anda.Ruangan storannya sebanyak 2gb cukup untuk memuatkan 500 buah lagu dalam satu masa.Semasa anda menggunakan U5 ini dalam aktiviti sukan seperti berjoging,mood sukan akan muncul di skrin kecilnya dimana animasi muncul dengan aksi berlari dan berpeluh.


Samsung U5 juga menyokong format lagu seperti mp3,wma,ogg dan flac.Ia mengunakan sistem enjin bunyi DNS 3.0 iaitu teknologi kesan bunyi Samsung yang boleh membuatkan bunyi lebih lunak dan fungsi bunyi sekeliling.Ia juga mempunyai 6 tetapan EQ.Satu tetapan EQ pengguna,port usb,fon telinga dan ia juga serasi dengan sokongan windows xp,vista dan windows 7.Paparan OLED satu incinya dengan resolusion 128x64 pixel,paparan kelajuan main muzik,paparan lirik,paparan jam dan paparan radio dengan tetapan 30 stesyen radio FM.


Samsung U5 juga berfungsi merakam suara menerusi mikrofon dalaman dengan kadar 128kbps bit.U5 mempunyai kuasa bateri yang agak tahan lama kira-kira 15 hingga 20 jam main muzik berterusan.Jika anda melakukan rakaman mungkin jangka hayat beterinya turun ke 10 jam sahaja.Samsung U5 didatangi dengan 5 warna iaitu merah,hitam,merah jambu,biru dan putih.Jika anda pencinta gajet U5 memang berbaloi untuk dimiliki sebagai koleksi.

Tiada ulasan: