Ahad

Bunker Bawah Tanah Di Temui Di Neenah US



Selepas lebih sedekad menduduki rumah yang dibeli pada tahun 1999 di Neenah Amerika Syarikat,Ken Zwick dan Carol Hollar-Zwick telah menemui Bunker bawah tanah di belakang rumah mereka.Menurut Zwick dan Carol semasa membeli rumah tersebut daripada pemilik asal,mereka difahamkan bahawa rumah tersebut memiliki bilik perlindungan bawah tanah tetapi tidak menyedarinya sehingga ia ditemui pada 2010.


Menurut rekod bandar, kubu tersebut dibina pada tahun 1960 oleh Frank Pansch, seorang pakar bedah tempatan sebagai tempat perlindungan semasa perang dingin Amarika.Pakar perang dingin menganggarkan kos pembinaan kubu tersebut dianggarkan sekitar $1200 hingga $1500 US dolar.Bunker tersebut lengkap dengan sistem bekalan electrik,paip,tandas,pengudaraan dan talian telifon.


Semasa ditemui bunker tersebut siap dilengkap bekalan makanan yang mampu menampung enam orang untuk tempoh dua minggu.Antara barangan lain yang ditemui adalah berupa pakaian, bekalan perubatan, peralatan, lampu suluh dan bateri.









Tiada ulasan: