Rabu

Siapa Neelofa

Kenalkah anda siapa sebenarnya neelofa,kalau dah kenal tak pe,mari sini saya nak kenalkan secara sedikit mengenai neelofa bagi yang belum tahu sape neelofa.Ok, Neelofa ni sebenarnya anak kacukkan melayu dan pakistan arab yang nama sebenarnya ialah Noor Neelofa Mohd Noor.


Gambar Neelofa

Neelofa  berasal dari pasir mas kelantan dan dilahirkan pada  10 februari 1989.Neelofa merupakan anak ketiga daripada sembilan adik beradik dimana ayah beliau berketurunan melayu manakala ibu Neelofa berdarah atau berketurunan pakistan arab.Neelofa sebenarnya masih menuntut tahun kedua di Sunway University College, dalam bidang  Ijazah Sarjana Muda, Perniagaan Antarabangsa & Pemasaran,Bandar Sunway, Selangor.


Gambar Neelofa

Neelofa mula terjun dalam dunia seni melalui pertandingan dewi remaja 2010.Kalau anda nak tahu pelakon Sacha Al-Yahya dan Rebecca Nur Islam pun melalui flatform yang sama untuk terjun dalam dunia seni ni.Kini neelofa berstatus sebagai seorang pelakon,pengecara dan dunia peragaan modella tu dan memiliki populariti sebaris dengan pelakon terkenal tanahair.


Gambar Neelofa

Neelofa juga pernah muncul dalam iklan-iklan antaranya iklan Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree.Neelofa pernah muncul dalam klip video Kau Bukan Aku nyanyian kumpulan Tilu.Neelofa pernah menjadi artis naungngan KRU Studios selama setahun.Neelofa juga pernah mengacara rancangan Paparazzi terbitan KRU Studios,dimana anda boleh menyaksikannya menerusi http://www.tonton.com.my/,


Gambar Neelofa  bersama adiknya ketika majlis Pelancaran Filem Azura 2012

Drama Kasih Najihah terbitan (TV9) merupakan drama sulungnya dan film Azura 2012 arahan Azis M Osman yang mula ditayangkan pada 2 Februari 2012 yang lalu  merupakan filem sulungnya bersama gandingannya Shah Jaszle.Khabarnya filem Azura 2012 ni tak sehebat filem asalnya.


Poster Filem Azura 2012

Tiada ulasan: