Rabu

Cinta Kura-Kura


Poster Filem Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura,apa dia cinta kura-kura?hahaha..cinta kura kura adalah judul terbaru filem melayu 2012 arahan Nizam Zakaria dibawah Syarikat Terbitan KRU Studios Sdn. Bhd.Selain daripada Tiz dan Aeril, filem ini turut dibintangi Zizan Razak (Raja Lawak), Shy8, Fizz Fairuz, Fara Fauzana, Munir, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.Mungkin anda ingat filem cinta kura-kura ni adalah kisah percintaan antara dua kura-kura bukan?Kalau nak tahu kisahnya teruskan membaca entri selanjutnya..


Heroin Filem Cinta Kura-Kura Tiz Zaqyah

Cinta Kura-Kura ni lebih kurang cinta muka buku lagu najwa tula.Ia mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.


Srenshot Nizam Zakaria Dan Tiz Zaqyah Dalam Filem Cinta Kura-Kura

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi (lawak) ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

Hero filem Cinta Kura-Kura Aeril Zafrel

Kalau anda seorang kaki filem jangan lupa saksikan filem Cinta Kura-Kura yang akan mula di tayangkan bermula 01 Mac 2012 ni,itu pun kalau anda minatla saya syorkan je,tapi nampak macam menarik je ceritanya.Ni link page facebook Cinta Kura-Kura facebook cintakura kura dan ni pulak link  trailer filem Cinta Kura-Kura : Cinta Kura-Kura

Tiada ulasan: