Ahad

Gambar Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim

Selebriti Fizo Omar 28 tahun dan pemilik kepada Hot Burger ini hari ini telah selamat melansungkan majlis pernikahannya dengan pengurus kepada Tudung Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim 24 tahun di kediaman pihan perempuan di Country Heights, Kajang pagi tadi dengan sekali lafas dan mendapat siaran secara langsung oleh Tv9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O.


Secara ringkasnya Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun yang lalu dalam pertemuan pertama kali mereka di pejabat Fareeda di Bangi Selangor atas urusan kerja.Sejak pertemuan tersebut Fizo dan Mawar mula mengenali antara satu sama lain,namun khabarnya Fizo berjaya menawan hati dan mendapat nombor telifon Mawar setahun kemudian sejak pertemuan pertama mereka.


Fizo dan Mawar telah mengikat tali pertukangngan mereka sehari sebelum hari pernikahan mereka iaitu 9 November 2013 juga di kediaman sebelah Mawar manakala majlis berinai dilakukan malam tadi.Dalam majlis pernikahan mereka,pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00.Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.


Manakala pihak perempuan pula menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.Fizo dan Mawar memaklumkan bahawa mereka akan ke eropah untuk berbulan madu.Admin mendoakan semoga perkahwinan mereka berbahagia ke akhir hayat..TAHNIAH kepada Fizo dan Mawar.

















Sabtu

Dua Awek Cun Hacker China

Secara fomal kita tak menyangka dua gadis cun,manis berasal dari China ini sebenarnya adalah Hacker yang cukup dikenali di China malah seluruh Dunia.

1 . Xiao Tian




Xiao Tian, dikenali sejak berumur 19 tahun,pernah melakukan serangngan terhadap search engine nombor satu dunia iaitu Google bersama dengan China Girl Security Team.Xiao Tian dan teamnya melakukan serangan canggih terhadap sistem infrastruktur Google di China. Disebabkan tidak tahan dengan serangan Team Xiao Tian, Google telah bertindak menutup smua operasinya di China.China-Girl-Security-Team.

2 . Ying Kracker





Ying Kracker, memiliki wajahnya yang manis dan cantik membuat ramai yang tak menyangka bahawa beliau adalah seorang hacker. Berkerja sebagai seorang guru di Shanghai, China.Ying mengajar langkah-langkah awal sebagai proses hacking, seperti manipulasikan IP Address dan bagaimana manipulasikan password. Ying juga merupakan seorang ahli dalam membuat software khususnya mengenai dunia hacking.

4k Smartphone Display Diperkenalkan.

Baru-baru ini Japan Display Inc (JDI), merupakan sebuah syarikat teknologi paparan mudah alih, telah membangunkan skrin beresolusi tinggi 4k bersaiz 5.4 inci WQHD (1,440 x 2,560 piksel) TFT LCD modul direka khas untuk kegunaan telefon pintar.

Selepas kejayaan resolusi HD 1020 x 720 dan full HD 1920 x 1080 yang terdapat pada skrin smartphone ketika ini,kita tak lama lagi bakal menikmati smartphone yang menyokong resolusi sebesar 4k dipasaran.4K resolusi ini membolehkan kita menikmati sudut pandang yang luas lagi padat.


Paparan ini membolehkan pengguna untuk menikmati imej yang tepat dan dinamik memaparkan kepadatan resolusi tertinggi di dunia iaitu 543ppi perinchi. Suhu rendah poli silikon teknologi paparan (LTPS) bukan sahaja membolehkan penggunaan kuasa yang rendah disebabkan oleh panel meningkat berterusan, malah modul ini juga agak nipis dan padat, sememangnya sesuai dengan peranti mudah alih seperti penggunaan telefon pintar hari ini.

Di samping itu, JDI juga telah membangunkan satu lagi berkepadatan tinggi aitu (473ppi) untuk 6.2-inci TFT WQHD modul LCD dan untuk skrin bersaiz tablet diperkenakkan  saiz 12.1 inchi 4K dengan paparan piksel 3840 x 2160 dan kepadatan 365ppi perinchi.

Rabu

Gambar Banjir Di Cameron Highlands

Cameron Highland dilanda banjir kilat awal pagi tadi akibat daripada pelepasan air dari ampangan Sultan Abu Bakar yang melimpah ke kampung berhampiran terutamanya Lembah Bertam.Difahamkan dalam kejadian dua orang disahkan mati iaitu Md Jahangir warga banglades dan Kesumat warga indonesia sementara seorang lagi juga warga indonesia iaitu Jarwati masih dalam pencarian.

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu,air dari empangan tersebut terpaksa dilepaskan bagi mengelakkan empangan tersebut pecah akibat lebihan bebannan ekoran hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam.Air dari empangan tersebut dilepaskan sebanyak tiga kali secara berperingkat iaitu pelepasan yang pertama dilakukan pada pukul 12 tengah malam diikuti pukul 1 pagi manakala pelepasan yang ketiga dilakukan pada pukul 2.45 awal pagi tadi.

Dibawah ini,beberapa gambar di tempat kejadian : 
















Samsung Galaxy Round Kini Di Pasaran

Hampir setiap bulan kita dapat melihat Samsung mengeluarkan produck smartphonenya dipasaran.Selepas kita disajikan dengan Galaxy Note 3 pada keluarannya bulan lepas kini pihak Samsung maju selangkah lagi dengan yang terbaru memperkenalkan model terkini iaitu Samsung Galaxy Round.


Apa yang menariknya adalah samsung memperkenalkan Galaxy Round sebagai yang pertama di dunia telefon pintar memiliki paparan scren yang melengkung.Galaxy Round mula berada dipasaran Korea pada 10 Oktober yang lalu. Samsung telah menjadi paparan inovasi mudah alih dengan memperkenalkan warna tft-lcd, amoled, dan Super amoled paparan fleksibel untuk produk mudah alihnya ini.



Dengan perintis teknologi paparan melengkung, Galaxy Round menggabungkan inovasi skrin telefon pintar terbaru dengan ciri-ciri reka bentuk yang unik,Anggun dan nipis.Samsung Galaxy Round yang dilengkapi dengan scren bersaiz 5.7 "Full HD Super AMOLED dengan 7.9mm tebal dan berat 154g menawarkan genggaman tangan berasa selesa kepada pengguna, dan pengalaman eksklusif paparan melengkung.

Samsung Galaxy Round Unboxing

Pada keseluruhannya spesifikasi Samsung Galaxy Round ini tak jauh bezanya dengan Samsung Galaxy Note 3,cuma perbazaan ketara pada rekabentuk scrennya yang melengkung dan tidak memiliki pen sepertimana Galaxy Note 3.Untuk melihat secara terperici mengenai spesifikasi Galaxy Round ini Klick Sini.

Selasa

Top 5 Camera Phone Terbaik Di Pasaran

Post kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda lima smartphone yang memiliki kualiti camera yang terbaik dipasaran.Setiap hari ada sahaja smartphone yang terkini dikeluarkan,tetapi bukan semua memiliki kualiti camera yang terbaik.Top 5 camera phone terbaik dipasaran ini adalah rangking yang saya buat berdasarkan perbandingngan yang saya lakukan berdasarkan video-video di youtube  jadi pandai-pandalah anda sendiri membuat penilaian jika ingin membeli smartphone yang berteraskan kualiti camera phone yang terbaik di pasaran.

Senarai top 5 berdasarkan rangking :

1 .Nokia Lumia 1020 - 41mp Camera


2. Galaxy S4 - 13mp Camera


3. Xperia Z1 - 20.7mp Camera


4. Iphone 5s - 8mp Camera


5. HTC ONE - 4mp Camera






Profil Dan Biodata Nur Fathia Abdul Latiff

Nama sebenar : Nur Fathia Abd Latiff
Panggilan : Fathia
Tarikh lahir : 1 September 1987
Tempat lahir : Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga : Anak sulung daripada empat beradik
Kerjaya : Pelakon dan Model
Pendidikan : Penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Drama : Diandra, Stanza Cinta, Hani, Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah   Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut,Dea Sofea,Laila Asyikin,Seruling Cintamu,Cik Cinta,Mengedepankan Setiap Sujud

Telefilem : Bertaut Kasih,Tongkat Arus Dosa,Hotel Hasanah,Rentas Samudera,Cinta Halal

Filem : Al-Hijab,Nasi Lemak 2.0,Darah Panas

Iklan komersial : Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua dan Panasonic.

Laman Sosial : facebook,twitter,webstagram

Koleksi Terbaik Gambar Nur Fathia Abd Latiff






Khamis

Samsung Galaxy S4 Zoom

Hari ini Samsung Electronics Co,mengumumkan pelancaran Samsung Galaxy S4 zoom, telifon mudah alih baru berkuasa yang menggabungkan warisan bergaya keluarga Galaxy S4 sebuah telefon pintar terbaru dengan keupayaan fotografi yang lebih maju.Samsung Galaxy S4 Zoom Sebahagian daripada keluarga S4 GALAXY, Galaxy S4 zoom adalah kesedaran misi Samsung untuk mewujudkan peranti tunggal yang boleh memenuhi peranan kedua-dua telefon pintar terkemuka industri dan kamera kompak mewah. Menggabungkan 10x Zoom optik, 16 Mega Pixel CMOS sensor, OIS dan Xenon Flash dengan yang terkini Samsung GALAXY teknologi S4, SamsungGalaxy S4 zoom menetapkan standard baru untuk fotografi mudah alih yang sempurna. Ia adalah telefon pintar muktamad dan pengalaman kamera dalam satu, dan satu-satunya alat yang anda perlukan.

Samsung Galaxy S4 zoom merupakan satu lagi langkah ke hadapan dengan cara yang Samsung sedang berusaha untuk meningkatkan kehidupan pelanggan-pelanggan mereka di seluruh dunia.Samsung Galaxy S4 Zoom sebagai komunikasi terus dalam visual dalam alam semula jadi, bagi pengguna yang ingin menangkap dan berkongsi detik-detik mereka dalam kualiti tertinggi yang mungkin, tetapi selalunya tidak mempunyai ruang atau kecenderungan untuk membawa kamera khusus untuk tujuan tersebut. Samsung Galaxy S4 Zoom membina perubahan ini untuk selama-lamanya, menggabungkan fungsi industri terkemuka dan sambungan Samsung Galaxy S4 dengan kualiti yang tinggi pengalaman fotografi yang anda harapkan daripada sebuah kamera kompak. Hasilnya adalah benar-benar yang terbaik daripada kedua-dua dunia, tanpa kompromi.




Imej Samsung Galaxy S4 Zoom


Samsung Galaxy S4 Zoom Video Promo

Samsung Galaxy S4 zoom sepintas lalu :
  • Am : GSM 850/900/1800/1900 MHz; UMTS 850/900/1900/2100 MHz, HSDPA 21 Mbps, HSUPA 5.76 Mbps; LTE (pasaran bergantung), Cat3, 50 Mbps UL, 100 Mbps DL
  • Faktor bentuk : bar skrin sentuh telefon dengan kanta zum optik
  • Dimensi : 125.5 x 63.5 x 15.4 mm, 208 g
  • Paparan : 4.25 "16M-warna qHD (540 x 960 piksel) Super AMOLED kapasitif skrin sentuh
  • CPU : Dual-teras Cortex-A9 1.5 GHz pemproses, RAM 1.5GB, Mali-400 GPU
  • OS : Android 4.2.2 (Jelly Bean)
  • Memori : 8 GB (5 GB pengguna ada) simpanan terbina, slot kad microSD
  • Masih Camera : 16 megapiksel auto-fokus kamera dengan zoom optik 10x dan Imej Penstabilan optik; xenon flash dan cahaya LED; kawalan cincin kanta
  • Video Camera : HD rakaman video penuh (1080p) pada 30fps; 720p @ 60fps
  • Kesambungan : Dual-band Wi-Fi a / b / g / n, Wi-Fi hotspot, Bluetooth 4.0 + HS, NFC, standard MHL dibolehkan microUSB pelabuhan, penerima GPS dengan A-GPS dan GLONASS, 3.5mm audio jack, FM radio, USB-on-the-go
  • Bateri : 2330 mah
  • Other : 5.0 TouchWiz UX Alam, sokongan codec DivX / XviD, terbina dalam pecutan, input multi-sentuh, sensor jarak, sensor giroskop, skrin pintar
Lawati laman ini untuk specification penuh : Samsung Galaxy S4 Zoom

Sabtu

Apa Itu PowerBank?

Semakin dunia gajet makin berkembang sepertimana hari ini,semakin itu juga keluarnya eksesori gajet bercambah dengan banyak seperti Power Bank.Untuk pengetahuan kita semua Power Bank adalah sebuah portable charger, iaitu alat yang digunakan untuk menyimpan tenaga elektrik yang kemudian dapat digunakan isian secara berulang atau cas untuk perbagai jenis gadget yang ada seperti hanpone, psp, tablet dan sebagainya.

Power bank ini memiliki kemampuan untuk menyimpan tenaga elektrik berkapisiti 3000 mAh hingga ke 30000 mAh bergantung kepada jenis dan jenama Power Bank itu sendiri disamping harga yang berbeza mengikut jenama dan kapasiti Power Bank itu sendiri.Di negara kita terdapat pelbagai jenis dan jenama Power Bank ini di pasaran tempatan seperti Yoobao,antara jenama yang top di pasaran,baik yg ori mahupun yang ciplak.

Bagi sesiapa yang ingin membeli Power bank tu eloklah buat rujukan dan tanye kepada siapa yang tahu akan produck ni bagi memastikan ia selamat digunakan dan keaslian keluarannya untuk menjaga gajet kesayangan kita daripada rosak.

Contoh Power Bank Jenama Yoobao

Contoh Video Power Bank Kat Youtube


Jumaat

Neng Neng Nong Neng Lagu Indonesia Yang Kian Meletop

Sejak lagu Pengamen Jalanan yang dipopularkan oleh seorang bakat cilik indonesia iaitu Tegar mendapat sambutan atau popular dikalangan peminatnya di Indonesia mahupun di Malaysia sendiri,kini muncul pulak tran terbaru iaitu lagu yang berjudul Neng Neng Nong Neng yang membawa maksud (Ku Ingin Terus Lama Pacaran Disini) yang dibawa oleh kumpulan TRIAD.

Lagu tersebut asalnya dicipta dan dinyanyikan oleh peserta Indonesia Idol iaitu M.Ridho.Ahmad Dhani yang ketika itu merupakan juri kepada Indonesian Idol telah membelikan lagu tersebut dengan harga rm1583 bersamaan 5 juta rupiah daripada M.Ridho.Lagu ini kemudian diberi susunan melodi yang baru oleh Ahmad Dhani dan lagu ini dinyanyikan oleh T.R.I.A.D. (The Rock Indonesian Ahmad Dhani)

TEGAR (Pengamen Jalanan)

TEGAR (Pengamen Jalanan)


T.R.I.A.D

Neng Neng Nong Neng T.R.I.A.D

Ahad

Youtube Online Video Conveter

Bagi anda yang gemar menonton video clip dari laman web seperti youtube dan ingin mendownloadnya mahupun mengconvert video tersebut ke fomat lain,seperti fomat mp3 dan mp4 tapi tak tahu macam mana nak melakukannya jika pc kita tidak dilengkapi video downloader dan converter yang sesuai.

Contoh Image Music Clips :


Pos kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua yang gemar mendownload video dari youtube mengenai  sebuah laman web dari german yang menyediakan Music Clips Online Video Converter yang pantas dan sangat mudah digunakan tanpa perlu mendaftar untuk menggunakannya,cuma anda perlu pastekan links urll youtube yang kita ingin download ke laman tersebut pada ruangan yang disediakan.


Diatas ini adalah contoh video cara menggunakan Music Clips yang sangat cool dan simple mudah dan cepat,automatik download setelah digunakan..

Shila Amzah~Setia Hujung Nyawa

Shila Hamzah..


Shila Amzah

Sudahkah anda menonton klip video diatas ini..kalau dah apa pandangan anda pada si Shila terhapap CINTAnya terhadap bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad?Kat sini apa yang saya boleh beritahu anda adalah betapa sayangnya si Shila pada Bekas kekasihnya Sharnaaz walaupun cinta mereka tak seteguh drama setia hujung nyawa namun melalui luahan video diatas ini kita dapat melihat betapa besarnya kasih sayang Shila terhadap cintanta yang tak kesampaian..mungkin anda juga pernah mengalamainya bukan,tapi siapa yang tahu..apa yang kita mampu lakukan hanyalah berdoa pada tuhan yang maha esa..kerana dia lebih mengetahui..pesanan pada Shila,moga Shila dapat mengharungi perjalan nakhodanya yang penuh cabaran dan dugaan dengan TABAH..Apa yang berlaku hari ini adalah pengajaran untuk hari esok..mungkin esok lebih baik daripada hari ini..siapa yang tahu!

Sebelum anda beredar cuba hayati lirik lagu dibawah ini..

Lirik Lagu Ombak Rindu :

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku.

Kalau anda minat Shila Amzah jangan lupa bertanya khabar padanya kat sini..

Khamis

Lagu 150 Juta Versi Lima Awek Cun

Kenalkan lagu ni?Lagu 150 juta ini sering kali berkumandang di saluran radio tempatan setelah ia di popularkan dan dinyanyikan kembali oleh penyanyi cantik manis Ainan Tasneem.Sebenarnya lagu ni bukan milik asal Ainan Tasneem tetapi milik penyanyi "Fynn Jamal"mungkin anda kurang mengenali Fynn Jamal,kerana dia tak sepopular Ainan Tasneem,walaubagaimana pun anda boleh menganali Fynn Jamal melalui videonya di laman Youtubenya di sini.

Untuk maklumat anda, lagu 150 Juta Kali telah menjadi hak Ekslusif milik Ainan Tasneem oleh pihak rakaman setelah mendapat persetujuan daripada penyanyi dan pencipta asal lirik lagu tersebut Fynn Jamal so jangan salah faham pulak ye.Walaubagaimana pun lagu 150 Juta Kali ini cukup popular dan dinyanyikan oleh banyak versi seperti yang kita saksikan dibawah ini..Saksikan 150 Juta Versi 5 Awek Cun..

150 Juta Versi Asal "Fynn Jamal"

150 Juta Versi Hana Zatie

150 Juta Versi Ainan Tasneem

150 Juta Versi Najwa Latif

150 Juta Versi  Zzati

Lirik Lagu 150 Juta :

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Selasa

Michelle Phan Top Makeup Tutorial Youtube

Michelle Phan dilahirkan dan dibesarkan di Boston, Massachusetts pada 11 April, 1987,dimana kedua ibubapanya berketurunan Vietnam. Michelle tinggal di Massachusetts dan California, sebelum menetap di Tampa, Florida, selepas ibu bapanya bercerai ketika Phan masih lagi kanak-kanak. Kehidupan keluarganya sederhana tetapi pintar,dia menghadiri sekolah tinggi. Sebagai seorang remaja, Michelle Phan asalnya bertujuan untuk menjadi doktor pada permintaan ibunya.Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya menyakinkan ibunya untuk membenarkan beliau untuk mengambil dalam bidang ilustrasi. Beliau berkelulusan daripada Ringling College of Art and Design and the Massachusetts College of Art and Design.

Gambar Michelle Phan

Sebelum terkenal dilaman Youtube Michelle Phan pada asalnya hanyalah seorang pelajar dan bekerja sebagai pelayan sambilan di sebuah restoran sushi.Beliau kemudian menyertai YouTube pada 18 Julai, 2006 dan telah mencipta lebih 200 video.Sejak Januari 2013, beliau mempunyai lebih 2667000 pelanggan dan 706.950.000 tontonan video, menjadikan saluran itu antara yang paling popular di saluran di YouTube. Phan dikenali untuk gaya video beliau yang menggabungkan arahan suara beliau dengan judul muzik dan juga teks. Video beliau yang dicipta sepenuhnya menggunakan iMovie pada MacBook Pro. 

Gambar Michelle Phan

Tutorial kecantikan Popular yang dikeluarkan pada saluran Phan ini di YouTube termasuklah "Romantic Valentine Look," "Brighter Larger Looking Eyes," "Makeup for Glasses," and "Mysterious Masquerade Look." Video yang paling popular beliau termasuklah "Lady Gaga 'Poker Face' Tutorial" dengan lebih 33000000 views video,"Lady Gaga Bad Romance Look," dengan lebih 34000000 Tontonan, "Romantik Valentine Look" dengan lebih 8000000, dan "Seductive Vampire" dengan lebih 14000000. Pada bulan Januari, kesan khas telah digunakan dalam video Lady Gaga baru beliau "Bad Romance", pertama untuk pengajar solek. Buzzfeed berprofil Phan pada 23 Januari 2009, menjadikan ia ke dalam viral video.

Video Terkini Michelle Phan : Back to Basic Beauty

Profesion : Vlog, Makeup Artist
Tarikh Lahir : 11 April 1987 
Nama samaran : Ricebunny 
Etnik : Vietnam 
Country : Amerika Syarikat

Laman Sosial Michelle Phan :

1. Youtube
2. Bloog Official
3. Twitter
4. Facebook Official
5. Personal Facebook 
6. Instagram

Isnin

Lagu Terbaru Ainan Tasneem"Luka"

Salam pada para pembaca semua,sudah agak lama rasanya saya tak mengupdate blog lyick community ini so pada kesempatan ini saya ingin memberikan anda sedikit info berkenaan si penyanyi jelita Ainan Tasneem.Baru pagi tadi Ainan Telah mengumumkan lagu terbarunya di laman fun Facbook beliau yang berjudul "Luka".




Video Klip Dari Laman Youtube Ainan Tasneem

Dibawah ini lirik daripada lagu berkenaan..

Penyanyi Asal : Ainan Tasneem
Pencipta Lagu : Ainan Tasneem
Tajuk Lagu : Luka

Tidak pernahkah engkau rasa
Disirami luka yang sentiasa bersama
Mungkin engkau akan mengerti
Sekiranya engkau di sini berdiri di sini

Lihat ke dasar hati
Ia menangis sedih
Merenung ke langit mimpi
Bilalah kan berakhir?

Hanya aku yang rasa
Bukan aku yang pinta
Tidakkah engkau punya jiwa?

Biar aku merana
Jangan mereka yang kena
Dicemuh dan dihina.. hentikan saja

Walaupun ku berdiam
Menahan sebak di dada yang tidak terkira
Teruskan terus lagi
Aku yakin karma pasti akan menemani

Lihat ke dasar hati
Ia menangis sedih
Merenung ke langit mimpi
Bilalah kan berakhir?

Hanya aku yang rasa
Bukan aku yang pinta
Tidakkah engkau punya jiwa?

Walau batin meronta
Tersiksa sakit jiwa
Mendengar fitnah dusta

Tidakkah engkau sedar
Jika kau yang dihina
Rasa sakitnya luka

Biar aku merana
Jangan mereka yang kena
Dicemuh dan dihina.. hentikan saja

Nak info Lebih Kunjungi FB beliau Di Sini