Ahad

Mata Sotong Sebesar Bola Kerangjang


Kita selalu melihat sotong tapi kita tak sedar bahawa sotong sebenarnya memiliki sepasang mata yang agak besar berbanding makluk lain di bumi tapi bukan sotong yang selalu kita makan tapi Sotong Gergasi.Kerana sifat uniknya ini membuatkan para penyelidik kebingungngan dalam penyelidikkan terhadap mata sotong khasnya.Namun kini, penyelidik positing bahawa bola mata yang luar biasa besar ekoran daripada evolusi dari invertebrat musuhnya iaitu ikan paus sperma.


Untuk mengetahuan anda, mata sotong boleh membesar sehingga saiz bola kerangjang, lebih besar daripada mana-mana binatang yang ditemui dan makhluk itu sendiri boleh membesar sehingga 46 kaki panjang dan berat sebanyak lima lelaki dewasa.Hasil penyelidik yang disiarkan dalam Jurnal Biologi Semasa mendapati bahawa mata sotong gergasi mampu mengumpul lebih banyak cahaya daripada mata makhluk laut lain yang bersaiz besar.


Kenapa dan mengapa kerana Sotong Gergasi, kebiasaannya hidup dikedalamman yang kurang cahaya iaitu 2,000 kaki di bawah permukaan laut. Ikan paus sperma menggunakan sonar, untuk mencari mangsanya. Kerana sifat sotong yang pekak, peyelidik berpendapat bahawa sotong menggunakan matanya untuk menggumpul cahaya bagi mengesan bioluminescence dari plankton kecil yang terganggu oleh ikan paus yang menghampiri.


Dari tindak balas yang diterima membolehkannya melarikan diri dengan cepat disamping sotong memiliki tindak balas jet bila ketakutan.Kemungkinan memiliki mata yang bersaiz besar membolehkannya terus hidup dari generasi ke generasi sepertimana yang kita temui hari ini hasil dari revolusi.

Tiada ulasan: