Cameron Highland dilanda banjir kilat awal pagi tadi akibat daripada pelepasan air dari ampangan Sultan Abu Bakar yang melimpah ke kampung berhampiran terutamanya Lembah Bertam.Difahamkan dalam kejadian dua orang disahkan mati iaitu Md Jahangir warga banglades dan Kesumat warga indonesia sementara seorang lagi juga warga indonesia iaitu Jarwati masih dalam pencarian.
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu,air dari empangan tersebut terpaksa dilepaskan bagi mengelakkan empangan tersebut pecah akibat lebihan bebannan ekoran hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam.Air dari empangan tersebut dilepaskan sebanyak tiga kali secara berperingkat iaitu pelepasan yang pertama dilakukan pada pukul 12 tengah malam diikuti pukul 1 pagi manakala pelepasan yang ketiga dilakukan pada pukul 2.45 awal pagi tadi.
Dibawah ini,beberapa gambar di tempat kejadian :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan