Hampir setiap bulan kita dapat melihat Samsung mengeluarkan produck smartphonenya dipasaran.Selepas kita disajikan dengan Galaxy Note 3 pada keluarannya bulan lepas kini pihak Samsung maju selangkah lagi dengan yang terbaru memperkenalkan model terkini iaitu Samsung Galaxy Round.
Apa yang menariknya adalah samsung memperkenalkan Galaxy Round sebagai yang pertama di dunia telefon pintar memiliki paparan scren yang melengkung.Galaxy Round mula berada dipasaran Korea pada 10 Oktober yang lalu. Samsung telah menjadi paparan inovasi mudah alih dengan memperkenalkan warna tft-lcd, amoled, dan Super amoled paparan fleksibel untuk produk mudah alihnya ini.
Dengan perintis teknologi paparan melengkung, Galaxy Round menggabungkan inovasi skrin telefon pintar terbaru dengan ciri-ciri reka bentuk yang unik,Anggun dan nipis.Samsung Galaxy Round yang dilengkapi dengan scren bersaiz 5.7 "Full HD Super AMOLED dengan 7.9mm tebal dan berat 154g menawarkan genggaman tangan berasa selesa kepada pengguna, dan pengalaman eksklusif paparan melengkung.
Samsung Galaxy Round Unboxing
Pada keseluruhannya spesifikasi Samsung Galaxy Round ini tak jauh bezanya dengan Samsung Galaxy Note 3,cuma perbazaan ketara pada rekabentuk scrennya yang melengkung dan tidak memiliki pen sepertimana Galaxy Note 3.Untuk melihat secara terperici mengenai spesifikasi Galaxy Round ini Klick Sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan