Ahad

Gambar Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim

Selebriti Fizo Omar 28 tahun dan pemilik kepada Hot Burger ini hari ini telah selamat melansungkan majlis pernikahannya dengan pengurus kepada Tudung Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim 24 tahun di kediaman pihan perempuan di Country Heights, Kajang pagi tadi dengan sekali lafas dan mendapat siaran secara langsung oleh Tv9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O.


Secara ringkasnya Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun yang lalu dalam pertemuan pertama kali mereka di pejabat Fareeda di Bangi Selangor atas urusan kerja.Sejak pertemuan tersebut Fizo dan Mawar mula mengenali antara satu sama lain,namun khabarnya Fizo berjaya menawan hati dan mendapat nombor telifon Mawar setahun kemudian sejak pertemuan pertama mereka.


Fizo dan Mawar telah mengikat tali pertukangngan mereka sehari sebelum hari pernikahan mereka iaitu 9 November 2013 juga di kediaman sebelah Mawar manakala majlis berinai dilakukan malam tadi.Dalam majlis pernikahan mereka,pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00.Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.


Manakala pihak perempuan pula menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.Fizo dan Mawar memaklumkan bahawa mereka akan ke eropah untuk berbulan madu.Admin mendoakan semoga perkahwinan mereka berbahagia ke akhir hayat..TAHNIAH kepada Fizo dan Mawar.

















Tiada ulasan: