Ahad

Khasiat Minyak Argan Dalam Kecantikkan


Minyak argan dihasilkan dari buah Kacang Argan. Sejak dulu lagi minyak argan memang tidak asing pada dunia kecantikan. Popularitinya dalam bidang kosmetik semakin meningkat masa kini sehingga digelar sebagai "liquid gold" dikalangan wanita Eropah kerana khasiatnya yang menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat anti-aging semulajadi terbaik.

Minyak argan bermanfaat untuk rawatan masalah rambut gugur, pertumbuhan dan penjagaan rambut kerana khasiatnya mampu memberi nafas baru kepada rambut kering, beruban, kusut, bercabang, rapuh dan sebagainya. Minyak ini mempunyai ciri yang sama dengan minyak Jojoba tetapi khasiat dan keberkesanan minyak argan lebih luar biasa.

Hasil kajian oleh pakar kecantikan dan kesihatan dunia, minyak argan diperakui sebagai agen anti-penuaan semulajadi terbaik. Sedar akan khasiat minyak argan yang makin popular dalam bidang kecantikan ramai pengeluar kosmetik berlumba-lumba menawarkan produk minyak argan yang diyakini berfungsi sebagai anti-penuaan, namun ada produk yang ditawarkan sudah ditambah dengan bahan kimia dan tidak memberi hasil yang diharapkan. Hanya minyak argan asli yang mampu memberi hasil yang menakjubkan.

Minyak argan asli (100% tulen) tidak dicampur sebarang bahan lain mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia. Minyak argan adalah minyak yang jarang diperolehi kerana pokok argan hanya tumbuh di kawasan bercuaca seperti di negara Moroco, maka tidak hairanlah ia juga dikenali sebagai Moroccan Oil.

KELEBIHAN MINYAK ARGAN ASLI :

Manfaat Minyak Argan Kepada Kulit 
  • Anti-penuaan yang amat berkesan
  • Menyelesaikan masalah kulit berjerawat
  • Menghilangkan masalah parut
  • Melindungi kulit daripada kedutan akibat penuaan pra-matang
  • Mengurangkan kedutan dibawah mata
  • Bertindak sebagai pelembap terbaik untuk kulit. Ia menyegar dan melembut kulit lebih mudah daripada penggunaan krim atau minyak yang lain
  • Kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit yang berfungsi untuk menegangkan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih segar
  • Mampu mengurangkan kegatalan kulit dan cepat menyembuhkan tanda-tanda yang disebabkan oleh menggaru pada kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mampu mencegah stretchmark pada kulit akibat proses kehamilan
Manfaat Minyak Argan Kepada Rambut
  • Menghidrat rambut dengan cara semulajadi, mampu menstabilkan kelembapan pada rambut dan melembutkan rambut yang kasar dengan cepat
  • Mampu menembusi hingga ke liang rambut serta meningkatkan keanjalan rambut. 
  • Berkhasiat untuk pertumbuhan rambut
  • Anti oksidan semulajadi yang terdapat dalam minyak argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih membran sel rosak pada rambut
  • Kehadiran Vitamin E menjadinya agen terbaik untuk rawatan rambut akibat kerosakan agen perosak
  • Mengekalkan kelembapan rambut serta mengembalikan kilauan dan sinar rambut
  • Merawat akar rambut yang rapuh dan meransang pertumbuhan rambut yang terurus
  • Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega3 dan Omega9 yang mengukuhkan struktur akar rambut serta ikatan protein dalam rambut. 
  • Menguatkan struktur rambut dari akar hingga ke hujung rambut.
Manfaat Minyak Argan Kepada Kuku
  • Menguatkan kuku yang lemah dan mudah pecah. 
  • Menguatkan kulit halus di akar kuku dan menjadikannya licin
  • Kuku menjadi segar dan bersinar
  • Meransang pertumbuhan kuku cantik berseri
  • Manfaat Minyak Argan Kepada Sendi
  • Amat berguna dalam rawatan penyakit radang kulit seperti jerawat, cacar air dan psoriasis. 
  • Tompok-tompok merah muncul pada kulit dalam penyakit-penyakit ini
  • Dalam keadaan arthritis dan reumatik di mana sendi dan tisu badan yang rosak, minyak argan mampu melega dan mengurangkan kesakitan.

Nurraysa Softening facial & Body Jelly Scrub


Wangiii sangat macam gula2 strawberry. Garam dia halus je. Sesuai sangat untuk kulit muka.

Cara guna :

Ambil scrub tu sikit campur dengan sedikit air. Ratakan pada kulit muka atau badan dan gosok perlahan lahan. 

Untuk kawasan kulit yang ada jerawat akan terasa pedih sedikit. 

Lepas pakai? 
  • Muka rasa licin sangat
  • Lembut dan gebu!
  • Lepas tu muka pun bau wangi strawberry
Untuk yang ada whitehead tu. Gosok lame sikit bahagian hidung.

Sabtu

5 Tip Ringkas Berkesan Untuk Hidup Sihat


Apabila kita terlalu terburu-buru dalam melakukan satu program diet yang intensif, kita biasanya akan mencuba terlalu banyak perkara yang kita tidak tahu lagi yang mana satu yang benar-benar menolong kita dalam menghapuskan beberapa kilo berat badan dan meningkatkan kekuatan badan. Maka itu jum ketahui 5 tip ringkas dan berkesan untuk hidup sihat.

Jalan-jalan di pagi hari

Berjalan bukan hanya akan memberi semangat untuk mengharungi hari kita, bahkan akan membakar banyak kalori, yang pastinya berbaloi untuk kita korbankan waktu tidur untuknya.

Kurangkan Pengambilan Kanji

Mengurangkan pengambilan kanji daripada ubi dan nasi. Kanji adalah satu karbohidrat complex dan sangat susah untuk dicerna dalam tubuh badan.

Minum air yang banyak

Sentiasa ingatkan diri sendiri untuk meminum sekurang-kurangnya 8 cawan air bersamaan 2 liter setiap hari. Air adalah satu-satunya bahan yang mengandungi 0 kalori. Dia membantu segala proses dalam badan nak menjamin kesihatan. Pengambilannya juga mengurankan rasa lapar.

Jus segar itu penting

Jus organik! Daripada jus yang diproses dan dipatenkan dengan pelbagai cara yang didapati lebih mempunyai banyak gula tiruan daripada kebaikan semulajadi. Anda boleh membuatkan jus segar dari buah-buahan dan salad sendiri yang khasiatnya lebih terjamin. Memasukkan buah-buahan dalam diet kita sentiasa baik untuk kesihatan.

Jumaat

MASKER PUTIH TELUR


Selain digunakan dalam masakan, tetapi jangan lupa fungsinya untuk menjadikan anda cantik! Putih telur boleh disapukan ke wajah untuk mengurangkan kedutan dan berpotensi untuk menegangkang kulit yang kendur.

Bahan yang murah ini amat sesuai dijadikan masker untuk kulit yang lebih segar dan tegang:

1. Asingkan putih dari kuning telur

2. Pukul putih telur dengan garfu selama 10 saat

3. Sapukan pada wajah dengan hujung jari

4. Biarkan selama 30 minit, atau sehingga kering sepenuhnya

5. Cuci putih telur dari wajah sehingga bersih

Khamis

NURRAYSA SET SKINCARE TRIAL PACK



HARGA ASAL
RM150 / RM155 SS
HARGA PROMOSI
RM75 / RM80 SS

Postage : RM7SM/RM10SS

WHATSAPP : 012 23401104

Fungsi :

  • Mencerahkan kulit wajah
  • Melembapkan kulit
  • Membuang sel-sel kulit mati
  • Merawat jerawat, parut dan jeragat
  • Mengecilkan liang pori pada wajah
  • Merawat kulit wajah yang berminyak
  • Menganjalkan dan menegangkan kulit wajah
  • Memperbaiki struktur kulit muka dari dalaman
  • Mengurangkan whitehead dan blackhead
  • Merawat bekas jerawat berlubang
  • Sesuai untuk semua golongan

Kandungan :





Cara Penggunaan :

Collagen Soap

Cuci 3 kali sehari, gosokkan buih-buih sabun ke muka sehingga rata, biarkan 1 minit, bilas dengan air biasa atau air suam.

Treatment Serum

Picit dan sapukan ke seluruh permukaan wajah dengan gerakan memutar.

Miracle Whitening Spray

Selepas Treatmenr Serum, semburkan Whitening Spray ke wajah, ratakan ke seluruh permukaan wajah.

UV Cream

Selepas menggunakan Treatment Serum dan Whitening Spray, sapu UV Cream ke seluruh permukaan dengan urutan secara memutar.

CARA MEMBUAT MASKER MADU


Masker madu merupakan salah satu cara perawatan wajah secara alami. Benar sekali masyarakat lebih memilih menggunakan bahan alami untuk merawat kecantikan mereka berbanding dengan produk kimia yang memberi banyak efek samping. 

Manfaat dari masker madu ini sangat banyak, bergantung dengan campuran bahan yang digunakannya. Namun secara umum, manfaatnya sama dengan manfaat madu murni untuk kecantikan.

Manfaat masker madu diantaranya dapat mengatasi jerawat, memutihkan kulit wajah, mengatasi kulit kering, berminyak, hinggalah kulit sensitif. Madu juga berkesan untuk menghilangkan noda hitam (flek), serta menghilangkan bekas jerawat. 

Untuk membuat maskr madu, caranya tidaklah susah. Yang diperlukan sebenarnya hanyalah kemauan dan kesabaran. Karana perawatan dengan bahan alami hasilnya tidak instant seperti menggunakan produk kimia. Namun, bahan alami ini hampir tidak mempunyai efek samping jika digunakan sewajarnya. Madu boleh dikombinasikan dengan bahan alami lainnya untuk mendapatkan hasil maksimal seperti yang diharapkan. Berikut adalah tutorial mengenai cara membuat masker madu untuk perawatan kecantikan.

Masker Madu Murni

Untuk tahap pertama, kita gunakan madu murni atau aski tanpa campuran apapun sebagai masker wajah. Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit, jadi tidak perlu bimbang. Untuk persiapan awal, sebaiknya anda cuci muka dengan menggunakan air suam agar pori-pori terbuka dan nutrisi dalam madu terserap sempurna.

Untuk pengaplikasiannya, ratakan madu ke seluruh wajah anda, tipis saja. Rehatkan selama 10 minit, kemudian bilas wajah dengan air suam dan keringkan dengan tuala lembut. Jangan lupa gunakan pelembab wajah untuk hasil lebih maksimal.

Masker Madu untuk Jerawat

Khusus untuk menghilangkan jerawat, kita akan mengkombinasikan madu dengan lidah buaya. Selain bermanfaat untuk rambut, lidah buaya juga bermanfaat untuk menghilangkan jerawat.

Caranya, campurkan satu sudu makan madu dengan dua sudu makan gel (getah daun lidah buaya berupa lendir) lidah buaya. Aplikasikan ramuan tersebut ke seluruh wajah secara merata dan biarkan selama 10 menit. Setelah itu bilas dengan air suam.

Selain ramuan tersebut, Anda juga bisa menggunakan campuran antara madu, yogurt dan tea tree oil untuk mengatasi wajah berjerawat. Sementara untuk kulit sensitif, gunakan campuran madu murni dengan air mawar.

Masker Madu dan Putih Telur

Kombinasi antara madu dan putih telur sebagai masker wajah, dapat membantu menjaga kelembaban kulit. Jadi masker ini sangat sesuai digunakan oleh pemilik kulit kering.

Bahan yang diperlukan adalah 1 butir telur, ambil bagian putihnya saja dan 1 sudu makan madu. Campurkan kedua bahan tersebut secara merata. Oleskan pada wajah dan biarkan selama beberapa minit sampai mengering dengan sendirinya. Terakhir, bersihkan wajah dengan air suam dan keringkan dengan handuk.

Masker Madu dan Lemon

Adunan madu dan lemon sangat berkhasiat untuk kecantikan kulit wajah. Kandungan ph alami dalam lemon membuatnya mampu mencerahkan warna kulit tanpa membuatnya kering. Warna kulit lebih merata dan menyamarkan noda hitam sehingga kulit tampak lebih putih.

Bahan yang diperlukan adalah 2 sudu makan madu dan 1 sudu makan perasan air jeruk lemon. Campurkan kedua bahan tersebut hingga membentuk adonan. Aplikasikan pada wajah, hindari bagian bibir dan mata. Diamkan selama 20 menit, lalu bilas dengan air dingin. Lakukan perawatan ini 2 kali seminggu dan jangan terlalu sering.

Masker Madu dan Kayu Manis

Mungkin campuran antara madu dan kayu manis terdengar agak pelik. Namun ramuan ini sangat berkhasiat untuk merawat jerawat. Anda juga boleh menambahkan serbuk kunyit dan tepung beras untuk hasil lebih maksimal.

Caranya, campurkan 1 sudu makan madu, 3 sudu kecil tepung beras, 2 sudu kecil serbuk kayu manis dan 1 sudu kecil serbuk kunyit, aduk sehingga rata. Oleskan ramuan tersebut ke seluruh wajah dan leher, tapi jangan pada bagian mata dan mulut. Biarkan selama 15 menit atau sampai masker terasa kering. Setelah itu, bilas dengan air hingga bersih dan keringkan dengan tuala lembut. Jangan lupa gunakan pelembab wajah setelah selesai.

Masker Madu dan Garam

Salahsatu masker yang boleh digunakan untuk merawat jerawat, adalah kombinasi madu dan garam. Masker ini hanya sesuai untuk pemilik jenis kulit berminyak dan berjerawat. Bagi yang mempunyai kulit kering jangan menggunakan masker ini kerana hanya akan membuat kulit bertambah kering.

Langkah pertama, cairkan 1 sudu teh garam dengan menggunakan 3 sudu makan air suam. Setelah benar-benar larut, campurkan 3 sudu teh madu. Kemudian, oleskan campuran dua bahan tadi pada wajah secara merata. Diamkan selama 15 minit dan bersihkan dengan handuk yang dicelup (dibasahi) dengan air suam. Cuci muka dengan sabun untuk menghilangkan sisa masker. Jangan gunakan pada daerah yang luka dan lakukan perawatan ini maksimal 2 kali seminggu, jangan terlalu sering.

Masker Madu dan Beras

Kombinasi antara madu dan beras ditambah minyak zaitun merupakan perpaduan yang sesuai untuk memutihkan kulit wajah. Yang harus dipersiapkan adalah rendam beras waktu petang sehingga pagi hari. Tumbuk beras tersebut hingga halus lalu dijemur hingga benar-benar kering. Kita sebut saja sebagai tepung beras.

Ambil 2 sudu makan tepung beras, campurkan dengan 2 sudu makan madu hingga membentuk adonan mirip pasta. Tambahkan sedikit minyak zaitun agar tidak terlalu likat. Oleskan ramuan ini pada wajah hingga leher, namun jauhkan dari area mata dan bibir. Biarkan selama 30 menit, lalu bilas dengan air bersih dan keringkan dengan handuk lembut. Ingat jangan digosok!

Sekian sahaja 7 tip diatas agar bermanfaat buat anda yang mementingkan penjagaan kecantikan maksimal.

Rabu

NURRAYSA MEMAHAMI MASALAH WANITA


Nurraysa memahami keperluan dan masalah wanita dari hujung rambut ke hujung kaki. Dari penjagaan rambut nurraysa ada habbatus sauda hair treatment mengatasi masalah keguguran rambut,kegatalan kulit kepala malah meningkatkan pertumbuhan rambut.

Untuk penjagaan muka nurraysa menawarkan sabun collagen,argan whitening moisturizer,miracle whitening spray dan treatment serum. Semuanya merangkumi penjagaan muka dari memutih hingga merawat masalah kulit seperti muka berminyak,jerawat,jeragat dan menegangkan kulit muka. Adanya nurraysa pearl magic lipstik  bibir anda terjaga lembap dan bebas dari kehitaman agar sentiasa tampak pinkiss.

Bagi penjagaan badan dan mis v nurraysa menyajikan organic body wash,instant pearl glow body lotion dan steamcell feminine wash.  Organic body wash mengekalkan kelembapan kulit danmengawal Ph kulit. Instant pearl glow body lotion Memutihkan bahagian badan yang diingini dan membuat kulit tampak glowing dan flawless. Steamcell feminine wash menyegarkan Miss V ,mencegah dan merawat keputihan,merawat gatal-gatal,menghindari dari jangkitan kuman dan yang paling penting merapatkan hubungan suami isteri.

Nurraysa bukan sahaja menjaga kecantikan luaran malah nurraysa juga turut menawarkan rawatan dari dalam badan. Nurraysa collagen powder hadir untuk penjagaan dari dalaman. Ia bertindak menganjalkan kulit dan menjadikan kulit seluruh badan lebih cerah, gebu dan awet muda. Formula Anti penuaan dan awet muda mengurangkan kedutan dan garis halus serta membuang toksik dalam badan. Nurraysa collagen powder turut mencuci dan membina usus dan mengatasi masalah sakit lutut.

Untuk aktiviti sosial nurraysa turut melengkapkan anda dengan adanya set makup nurraysa yang dicipta khas mesra wuduk atau mesra solat seperti glowing dd moist cake,shining mineral blusher dan flowless mineral loose powder. Bukan itu sahaja nurraysa turut melengkapan penjagaan bulu mata agar sentiasa tampak lentik dan cantik dipandang. Bila bersosial pasti anda terdedah kepada sinar mataharikan, jangan risau nurraysa juga turut memelihara anda dari sinaran uv merbahaya dengan nurraysa uv cream.

Kesimpulannya nurraysa memenuhi keperluan dan kehendak anda dalam menjaga espek kecantikan tubuh anda baik dari dalam mahupun dari luar, apa yang paling utama adalah semua produk nurraysa adalah mesra solat serta bahan-bahan dari alami yang pasti selamat dan bebas dari kimia merbahaya. Salam dari nurraysa..apa sha nurraysa.

Hasil nukilan lyickherry


ELAK KETUMBUHAN FIBROID DALAM RAHIM DENGAN 6 CARA INI


Fibroid adalah pertumbuhan sel yang tidak normal pada rahim (uterus).  Tiga dari empat wanita didapati menderita kerana fibroid. Meskipun fibroid tidak berpotensi kanser, dan kemungkinan keadaan berkesudahan pada kanser (leiomiosarkoma) sangat kecil. Keadaan ini dapat menimbulkan banyak masalah seperti pembengkakan perut, nyilu pada saat datang bulan, masalah kencing, bahkan dapat mencegah kelahiran normal.

Fibroid berukuran sangat kecil hingga sukar untuk dilihat oleh mata kasar, atau berukuran sangat besar hingga dapat merosak bentuk uterus. Fibroid dapat membesar dan mengecil dengan cepat. Bahkan ada kemungkinan fibroid menghilang tanpa pengendalian dokter.

Terdapat empat jenis fibroid yang berbeza :

  1. Fibroid subserosa – Jenis ini tumbuh di luar dinding rahim
  2. Fibroid submukosa – Jenis ini tumbuh di bawah permukaan rahim namun dapat tumbuh menjalar hingga ke rahim
  3. Fibroid miometrial – Jenis ini dapat ditemukan pada dinding otot rahim
  4. Fibroid pedunkulata – Jenis ini tumbuh di luar rahim, namun menempel pada tangkai atau dasar rahim

Gejala Utama :
  • Konstipasi/Sembelit
  • Sering buang air kecil
  • Kesakitan pada saat datang bulan yang berlangsung selama tujuh hari atau lebih
  • Pendarahan yang banyak saat datang bulan
  • Kesakitan pada tulang pinggang
  • Sukar buang air kecil
  • Kesakitan pada kaki dan punggung
  • Tekanan pada dubur
  • Sukar buang air besar
  • Perut kembung
  • Kesakitan ketika berhubungan badan

Berikut adalah 6 pekara atau cara yang anda boleh lakukan untuk mengelak pembentukan fibroid.

1.Kajian mendapati semakin kerap melakukan aktiviti fizikal iaitu tujuh jam dan lebih dalam seminggu, lagi sukar peluang untuk terkena fibroid dalam jangka masa yang panjang.

2. Kekal berat badan. Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai masalah berat badan seperti overweight dan obese berpotensi mendapat fibroid berikutan paras hormon estrogen juga tinggi.
3. Teh hijau dapat mengelakkan daripada terkena fibroid kerana ia bersifat antioksidan.

4. Kurangkan pengambilan daging merah. Daging merah menggalakkan pertumbuhan fibroid.

5. Vitamin D berupaya mengecilkan saiz fibroid dan mengelakkan daripada terkena fibroid. Banyakkan makan ikan salmon, tuna dan ikan kembung untuk mendapatkan sumber vitamin D yang banyak.

6. Sayur-sayuran dapat mengurangkan risiko ketumbuhan fibroid kerana ia kaya dengan vitamin, mineral, fiber dan antioksidan. Selain itu, ia juga baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.