Rabu

ELAK KETUMBUHAN FIBROID DALAM RAHIM DENGAN 6 CARA INI


Fibroid adalah pertumbuhan sel yang tidak normal pada rahim (uterus).  Tiga dari empat wanita didapati menderita kerana fibroid. Meskipun fibroid tidak berpotensi kanser, dan kemungkinan keadaan berkesudahan pada kanser (leiomiosarkoma) sangat kecil. Keadaan ini dapat menimbulkan banyak masalah seperti pembengkakan perut, nyilu pada saat datang bulan, masalah kencing, bahkan dapat mencegah kelahiran normal.

Fibroid berukuran sangat kecil hingga sukar untuk dilihat oleh mata kasar, atau berukuran sangat besar hingga dapat merosak bentuk uterus. Fibroid dapat membesar dan mengecil dengan cepat. Bahkan ada kemungkinan fibroid menghilang tanpa pengendalian dokter.

Terdapat empat jenis fibroid yang berbeza :

  1. Fibroid subserosa – Jenis ini tumbuh di luar dinding rahim
  2. Fibroid submukosa – Jenis ini tumbuh di bawah permukaan rahim namun dapat tumbuh menjalar hingga ke rahim
  3. Fibroid miometrial – Jenis ini dapat ditemukan pada dinding otot rahim
  4. Fibroid pedunkulata – Jenis ini tumbuh di luar rahim, namun menempel pada tangkai atau dasar rahim

Gejala Utama :
  • Konstipasi/Sembelit
  • Sering buang air kecil
  • Kesakitan pada saat datang bulan yang berlangsung selama tujuh hari atau lebih
  • Pendarahan yang banyak saat datang bulan
  • Kesakitan pada tulang pinggang
  • Sukar buang air kecil
  • Kesakitan pada kaki dan punggung
  • Tekanan pada dubur
  • Sukar buang air besar
  • Perut kembung
  • Kesakitan ketika berhubungan badan

Berikut adalah 6 pekara atau cara yang anda boleh lakukan untuk mengelak pembentukan fibroid.

1.Kajian mendapati semakin kerap melakukan aktiviti fizikal iaitu tujuh jam dan lebih dalam seminggu, lagi sukar peluang untuk terkena fibroid dalam jangka masa yang panjang.

2. Kekal berat badan. Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai masalah berat badan seperti overweight dan obese berpotensi mendapat fibroid berikutan paras hormon estrogen juga tinggi.
3. Teh hijau dapat mengelakkan daripada terkena fibroid kerana ia bersifat antioksidan.

4. Kurangkan pengambilan daging merah. Daging merah menggalakkan pertumbuhan fibroid.

5. Vitamin D berupaya mengecilkan saiz fibroid dan mengelakkan daripada terkena fibroid. Banyakkan makan ikan salmon, tuna dan ikan kembung untuk mendapatkan sumber vitamin D yang banyak.

6. Sayur-sayuran dapat mengurangkan risiko ketumbuhan fibroid kerana ia kaya dengan vitamin, mineral, fiber dan antioksidan. Selain itu, ia juga baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.

Tiada ulasan: