Ahad

Gambar Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim

Selebriti Fizo Omar 28 tahun dan pemilik kepada Hot Burger ini hari ini telah selamat melansungkan majlis pernikahannya dengan pengurus kepada Tudung Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim 24 tahun di kediaman pihan perempuan di Country Heights, Kajang pagi tadi dengan sekali lafas dan mendapat siaran secara langsung oleh Tv9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O.


Secara ringkasnya Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun yang lalu dalam pertemuan pertama kali mereka di pejabat Fareeda di Bangi Selangor atas urusan kerja.Sejak pertemuan tersebut Fizo dan Mawar mula mengenali antara satu sama lain,namun khabarnya Fizo berjaya menawan hati dan mendapat nombor telifon Mawar setahun kemudian sejak pertemuan pertama mereka.


Fizo dan Mawar telah mengikat tali pertukangngan mereka sehari sebelum hari pernikahan mereka iaitu 9 November 2013 juga di kediaman sebelah Mawar manakala majlis berinai dilakukan malam tadi.Dalam majlis pernikahan mereka,pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00.Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.


Manakala pihak perempuan pula menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.Fizo dan Mawar memaklumkan bahawa mereka akan ke eropah untuk berbulan madu.Admin mendoakan semoga perkahwinan mereka berbahagia ke akhir hayat..TAHNIAH kepada Fizo dan Mawar.

















Sabtu

Dua Awek Cun Hacker China

Secara fomal kita tak menyangka dua gadis cun,manis berasal dari China ini sebenarnya adalah Hacker yang cukup dikenali di China malah seluruh Dunia.

1 . Xiao Tian




Xiao Tian, dikenali sejak berumur 19 tahun,pernah melakukan serangngan terhadap search engine nombor satu dunia iaitu Google bersama dengan China Girl Security Team.Xiao Tian dan teamnya melakukan serangan canggih terhadap sistem infrastruktur Google di China. Disebabkan tidak tahan dengan serangan Team Xiao Tian, Google telah bertindak menutup smua operasinya di China.China-Girl-Security-Team.

2 . Ying Kracker





Ying Kracker, memiliki wajahnya yang manis dan cantik membuat ramai yang tak menyangka bahawa beliau adalah seorang hacker. Berkerja sebagai seorang guru di Shanghai, China.Ying mengajar langkah-langkah awal sebagai proses hacking, seperti manipulasikan IP Address dan bagaimana manipulasikan password. Ying juga merupakan seorang ahli dalam membuat software khususnya mengenai dunia hacking.

4k Smartphone Display Diperkenalkan.

Baru-baru ini Japan Display Inc (JDI), merupakan sebuah syarikat teknologi paparan mudah alih, telah membangunkan skrin beresolusi tinggi 4k bersaiz 5.4 inci WQHD (1,440 x 2,560 piksel) TFT LCD modul direka khas untuk kegunaan telefon pintar.

Selepas kejayaan resolusi HD 1020 x 720 dan full HD 1920 x 1080 yang terdapat pada skrin smartphone ketika ini,kita tak lama lagi bakal menikmati smartphone yang menyokong resolusi sebesar 4k dipasaran.4K resolusi ini membolehkan kita menikmati sudut pandang yang luas lagi padat.


Paparan ini membolehkan pengguna untuk menikmati imej yang tepat dan dinamik memaparkan kepadatan resolusi tertinggi di dunia iaitu 543ppi perinchi. Suhu rendah poli silikon teknologi paparan (LTPS) bukan sahaja membolehkan penggunaan kuasa yang rendah disebabkan oleh panel meningkat berterusan, malah modul ini juga agak nipis dan padat, sememangnya sesuai dengan peranti mudah alih seperti penggunaan telefon pintar hari ini.

Di samping itu, JDI juga telah membangunkan satu lagi berkepadatan tinggi aitu (473ppi) untuk 6.2-inci TFT WQHD modul LCD dan untuk skrin bersaiz tablet diperkenakkan  saiz 12.1 inchi 4K dengan paparan piksel 3840 x 2160 dan kepadatan 365ppi perinchi.

Rabu

Gambar Banjir Di Cameron Highlands

Cameron Highland dilanda banjir kilat awal pagi tadi akibat daripada pelepasan air dari ampangan Sultan Abu Bakar yang melimpah ke kampung berhampiran terutamanya Lembah Bertam.Difahamkan dalam kejadian dua orang disahkan mati iaitu Md Jahangir warga banglades dan Kesumat warga indonesia sementara seorang lagi juga warga indonesia iaitu Jarwati masih dalam pencarian.

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu,air dari empangan tersebut terpaksa dilepaskan bagi mengelakkan empangan tersebut pecah akibat lebihan bebannan ekoran hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam.Air dari empangan tersebut dilepaskan sebanyak tiga kali secara berperingkat iaitu pelepasan yang pertama dilakukan pada pukul 12 tengah malam diikuti pukul 1 pagi manakala pelepasan yang ketiga dilakukan pada pukul 2.45 awal pagi tadi.

Dibawah ini,beberapa gambar di tempat kejadian : 
















Samsung Galaxy Round Kini Di Pasaran

Hampir setiap bulan kita dapat melihat Samsung mengeluarkan produck smartphonenya dipasaran.Selepas kita disajikan dengan Galaxy Note 3 pada keluarannya bulan lepas kini pihak Samsung maju selangkah lagi dengan yang terbaru memperkenalkan model terkini iaitu Samsung Galaxy Round.


Apa yang menariknya adalah samsung memperkenalkan Galaxy Round sebagai yang pertama di dunia telefon pintar memiliki paparan scren yang melengkung.Galaxy Round mula berada dipasaran Korea pada 10 Oktober yang lalu. Samsung telah menjadi paparan inovasi mudah alih dengan memperkenalkan warna tft-lcd, amoled, dan Super amoled paparan fleksibel untuk produk mudah alihnya ini.



Dengan perintis teknologi paparan melengkung, Galaxy Round menggabungkan inovasi skrin telefon pintar terbaru dengan ciri-ciri reka bentuk yang unik,Anggun dan nipis.Samsung Galaxy Round yang dilengkapi dengan scren bersaiz 5.7 "Full HD Super AMOLED dengan 7.9mm tebal dan berat 154g menawarkan genggaman tangan berasa selesa kepada pengguna, dan pengalaman eksklusif paparan melengkung.

Samsung Galaxy Round Unboxing

Pada keseluruhannya spesifikasi Samsung Galaxy Round ini tak jauh bezanya dengan Samsung Galaxy Note 3,cuma perbazaan ketara pada rekabentuk scrennya yang melengkung dan tidak memiliki pen sepertimana Galaxy Note 3.Untuk melihat secara terperici mengenai spesifikasi Galaxy Round ini Klick Sini.