Mei ini TV9 akan memperkenalkan 2 rancangan barunya yang bakal menemui penonton bermula bulan mei ini.2 rancangan tersebut adalah Remedi dan Sos,masing masing mempunyai kelainan yang berbeza.Remedi merupakan sebuah rancangan berbentuk dokumentari yang memaparkan rawatan alternatif terkini tetapi masih mengekalkan resipi tulen dulu kala? Semuanya ada dalam Remedi, sebuah program dokumentari terbaru TV9 yang bakal ke udara pada 1 Mei ini.
Pengecara Remedi Muhd Fakrul
Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin yang memikul tanggungjawab pengacara program ini. Juara program realiti Akademi Al-Quran musim kedua ini bertuah kerana berpeluang merasai sebahagian rawatan alternatif yang bakal disiarkan nanti. Pengalaman itulah yang akan dikongsi bersama penonton melalui rancangan tv dekat di hati tv9. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rancangan Remedi, jangan ketinggalan menonton Remedi yang akan bersiaran selama 13 minggu pada setiap Selasa, jam 9.30 malam bermula 1 Mei ini.
Pengacara Rancangan SOS Tv9 Aidid Marcello
Sementara program SOS pula, merupakan rancangan yang berbentuk dokumentari juga tapi lebih kepada ikthiar hidup dan di hoskan oleh pengacara popular Aidid Marcello.SOS memaparkan cara-cara dalam situasi yang mencemaskan dan apakah penyelesaian yang patut diambil. Bayangkan anda terperangkap dalam hutan belantara seorang diri. Mampukah anda mencari jalan keluar? Disinilah SOS memainkan peranannya kemahiran ikhtiar hidup bagi memastikan dirinya terus bernyawa.Mungkin juga anda mampu mengharungi hutan belantara, tetapi bagaimana pula jika tersesat di dalam gua atau pulau? Kebarangkalian bantuan tiba mungkin ada tetapi persoalannya, adakah anda mampu bertahan sehingga bantuan tiba?
Selain itu, SOS juga memaparkan situasi bahaya di bandar seperti terperangkap dalam bangunan terbakar atau mungkin di dalam lif. Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang ada, akan ada peluang untuk selamat. Nantikan debaran SOS yang bersiaran setiap Selasa, jam 10 malam bermula 1 Mei ini hanya menerusi TV9 dekat dihati.-sumber-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan