Jumaat

Hoang Bao Tran Le Model Termuda

Hai semua,kali ni saya nak poskan serba sedikit berkenaan si model cilik yang bakal meletup di pentas permodelan vietnam khususnya bahkan di internet.Ha..si gadis yang saya maksudkan itu ialah Hoang Bao Tran Le seorang gadis yang baru berusia 12 tahun dan bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 13 pada 17 Mac ni.


Hoang Bao Tran Le Semasa Di Vietnam Youth Model Competition

Hoang Bao Tran Le merupakan pemenang dalam Vietnam Youth Model Competition pada tahun 2009.Hoang Bao Tran Le dilahirkan di bandar Ho Chi Minh Vietnam pada 17 Mac 1998.Walaupun Hoang Bao Tran Le berumur 12 namun dia memiliki ketinggian 172cm.













Itu saja untuk post tentang Hoang Bao Tran Le ok.

Wang Jia Yun Si Gadis Comel Macam Anak Patung

Chupchup..opp sorry ni bukan iklan chupchup la,untuk entri kali ni saya nak bawa anda pada seorang gadis comel yang cun melecun,siapa lagi kalau bukan Wang Jia Yun si gadis yang top dengan wajahnya yang seakan akan anak patung la kiranya.Caya tak?Hahaha..tuggu ya.Tahu tak anda siapa sebenarnya wang jia yun ni?


Wang Jia Yun

Kalau anda nak tahu wang jia yun ni seorang gadis cina kelahiran Hong Kong tetapi kini dia menetap di Shenzhen of Guangdong China.Wang jia yun ni masih bersekolah lagi dan dia lahir pada 18 Jun 1993 di Kowloon of Hong Kong.


Wang Jia Yun

Wang Jia Yun ni memiliki susuk tubuh agak kurus tetapi mengancam,pipi yang halus,hidung mancung bak seludang dan berdagu tirus serta berwajah pucat sikit.Cik Wang ni juga memiliki sepasang kaki yang cantik macam banting padi la katakan.Wang Jia Yun memiliki ketinggian 164cm dan berat badan 42kg.Apa yang istimewanya pada Wang Jia Yun ni adalah sepasang matanya yang agak besar sikit membuatkan dia kelihatan tak ubah seperti anak patung comel yang bernyawa,mungkin inilah pakej yang membuatkan dia menjadi popular di internet.


Wang Jia Yun

Sebenarnya cik Wang ni tak terfikir pun nak jadi popular,tapi semuanya berubah sejak dia memasuki dunia blog.Tau tak kenapa? ini ekoran dia mengupload gambar-gambarnya yang cun-cun tu kat dalam blognya so dari situlah dia mula menjadi popular seperti hari ini.


Wang Jia Yun


Wang Jia Yun


Wang Jia Yun


Wang Jia Yun


Wang Jia Yun


Wang Jia Yun


Wang Jia Yun


Wang Jia Yun


Wang Jia Yun


Wang Jia Yun


Wang Jia Yun


Wang Jia Yun

Khamis

Mantera The Movie 2012


Poster Filem Mantera

Hai semua,apa cerita ok ke?Hari ni saya nak menulis sedikit maklumat berkenaan filem Mantera yang bakal menggegarkan pawagam tak lama lagi.Ok,filem Mantera ni adalah filem yang dihasilkan di atas kerjasama produksi malaysia dengan rusia di bawah terbitan Flare Studios Sdn.Bhd yang menelan kos pembikinan sebanyak lima juta ringgit malaysia.Filem yang berdurasi selama satu jam empat puluh minit ni diarah oleh Mohammad Aliyar.Filem ini juga berbentuk filem cereka sain fiksen dan aksi.Filem ini dijangka berada dipawagam pada 17 Mei 2012.

Trailer Mantera

Difahamkan filem Mantera ini dibarisi oleh gabungan artis malaysia dan juga rusia dimana heronya ialah pemenang one in a million,siapa lagi kalau bukan Tomok vokalis kumpulan Newboys yang membawa watak sebagai Azman.Manakala heroinnya pula ialah Faezah yang membawa watak sebagai lady x.Antara pelakon lainnya pula ialah Shiqin Kamal,Kamaliya,Wael Al-Masri,Said Dashuk-Nighmatulin,Mikhail Dorojkin,,Yank Kassim manakala pelakon dari russia pula ialah , pemenang ratu cantik Dunia 2008 dan juga penyanyi popular Ukraine , Natalya Shmarenkova@Kamaliya.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi apa kata kita baca sinopsis filem ni,agak panjang,tapi kalau anda ingin mengetahui kisahnya bacalah ;

Moscow, Russia

Sam Weston, pemilik Weston Technologies berang di atas pencerobohan di makmal penyelidikannya. Prototaip system senjata terbarunya ‘Mantera’ atau MAN-Transformable Exo- Robotic Armour telah disabotaj dan dimusnahkan.Ketua Saintis, yang mengetuai pasukan penyelidik telah hilang. Pembeli teknologi terbarunya berkeras supaya Sam segera menghantar prototaip tersebut atau uruniaga mereka akan dibatalkan. Lebih memburukkan keadaan apabila komponen serta bahagian-bahagian ‘Mantera’ yang telah dimusnahkan telah secara tidak sengaja dihantar ke bahagian lain dunia..kepada seorang remaja bernama Azman, di Malaysia.

Kuala Lumpur, Malaysia

Azman, atau lebih dikenali dan digeruni di alam siber sebagai Dark Robe, adalah seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan IT dengan pengkhususan dalam bidang Interaksi Komputer-Insan.Dia, yang merupakan seorang genius dalam bidangnya mendapati dirinya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan realiti. Azman seorang yang pendiam dan hanya mempunyai segelintir rakan di kolejnya. Teman baiknya, Kelvin,adalah seorang yang suka berjenaka, dan mempunyai personaliti yang sangat berbeza berbanding sikap Azman. Mereka berasal dari daerah yang sama dan pernah bersekolah di sekolah menengah yang sama. Dalam semester akhirnya, sesuatu yang indah akan berlaku dan bakal merubah kehidupan Azman buat selama-lamanya. Sesuatu yang istimewa tersebut adalah seorang gadis, bernama Deena. Buat pertama kalinya di dalam hidup Azman, dia merasakan dirinya tercabar oleh seorang perempuan.Deena adalah pelajar tahun akhir dalam bidang Robotics, dan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.

2 minggu yang lalu, Azman memesan satu set model kit ‘Gundam V’ melalui internet dan dia tidak sabar untuk memasang model kit tersebut untuk menambahkan koleksi Gundamnya. Azman terperanjat apabila menerima sebuah bungkusan kayu yang besar dan berat melalui pesanannya. Di dalam kotak tersebut terdapat logam dan besi yang tidak diketahuinya. Hatinya terdorong untuk memasang komponen-komponen logam tersebut yang kelihatan hampir menyamai boomerang. Komponen logam tersebut secara tiba-tiba berubah bentuk menjadi sebuah topi keledar. Dengan bantuan topi keledar tersebut,Azman berjaya melihat imbasan penuh skima pemasangan komponen-komponen logam tersebut yang pada akhirnya membentuk sebuah motorsikal. Azman meminta bantuan rakan baiknya,Kelvin untuk membantunya memasang semula komponen motorsikal tersebut. Motorsikal tersebut sebenarnya adalah merupakan satu sistem senjata teknologi maju yang diberi nama ‘Mantera’. Sistem senjata tersebut, sebagai sebuah motorsikal, akan memberikan pergerakan tambahan kepada penunggangnya, namun pada mode pejuang, motorsikal tersebut akan bertukar dan bergabung dengan penunggangnya untuk membentuk pelindung badan ‘exo-robotic’ dan memberikan penunggangnya perlindungan maksimum dan juga kuasa luar biasa.

Azman secara tidak sengaja telah mengaktifkan system Perlindungan ‘Mantera’ dan secara tidak langsung menyebabkan pegawai-pegawai di Weston Technologies menerima amaran pengaktifan system tersebut. Tanpa pengetahuan Azman, tindakannya menghidupkan Mantera telah mencetuskan rentetan peristiwa pada 3 benua yang berbeza dan mencetuskan pertelingkahan antara 2 pertubuhan rahsia: Alliance of Light dan Dark Legion of the Apocalypse untuk memiliki teknologi terbaru ini. Alliance of Light telah berjaya mendapatkan Mantera dan telah menghantar pulang Mantera ke pangkalan rahsia mereka di Dubai bagi tujuan keselamatan. Setelah mengetahui bahawa mereka telah dikalahkan musuh mereka,Dark Legion melepaskan 2 robot pemusnah iaitu Robot Vega ke Bandar Dubai.Maka di sana, bermulalah pertempuran bagi meraih kuasa tertinggi untuk menentukan masa depan umat manusia.

Link Facebook Filem Mantera : facebook Mantera-The-Movie

Rabu

Cinta Kura-Kura


Poster Filem Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura,apa dia cinta kura-kura?hahaha..cinta kura kura adalah judul terbaru filem melayu 2012 arahan Nizam Zakaria dibawah Syarikat Terbitan KRU Studios Sdn. Bhd.Selain daripada Tiz dan Aeril, filem ini turut dibintangi Zizan Razak (Raja Lawak), Shy8, Fizz Fairuz, Fara Fauzana, Munir, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.Mungkin anda ingat filem cinta kura-kura ni adalah kisah percintaan antara dua kura-kura bukan?Kalau nak tahu kisahnya teruskan membaca entri selanjutnya..


Heroin Filem Cinta Kura-Kura Tiz Zaqyah

Cinta Kura-Kura ni lebih kurang cinta muka buku lagu najwa tula.Ia mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.


Srenshot Nizam Zakaria Dan Tiz Zaqyah Dalam Filem Cinta Kura-Kura

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi (lawak) ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

Hero filem Cinta Kura-Kura Aeril Zafrel

Kalau anda seorang kaki filem jangan lupa saksikan filem Cinta Kura-Kura yang akan mula di tayangkan bermula 01 Mac 2012 ni,itu pun kalau anda minatla saya syorkan je,tapi nampak macam menarik je ceritanya.Ni link page facebook Cinta Kura-Kura facebook cintakura kura dan ni pulak link  trailer filem Cinta Kura-Kura : Cinta Kura-Kura

Siapa Neelofa

Kenalkah anda siapa sebenarnya neelofa,kalau dah kenal tak pe,mari sini saya nak kenalkan secara sedikit mengenai neelofa bagi yang belum tahu sape neelofa.Ok, Neelofa ni sebenarnya anak kacukkan melayu dan pakistan arab yang nama sebenarnya ialah Noor Neelofa Mohd Noor.


Gambar Neelofa

Neelofa  berasal dari pasir mas kelantan dan dilahirkan pada  10 februari 1989.Neelofa merupakan anak ketiga daripada sembilan adik beradik dimana ayah beliau berketurunan melayu manakala ibu Neelofa berdarah atau berketurunan pakistan arab.Neelofa sebenarnya masih menuntut tahun kedua di Sunway University College, dalam bidang  Ijazah Sarjana Muda, Perniagaan Antarabangsa & Pemasaran,Bandar Sunway, Selangor.


Gambar Neelofa

Neelofa mula terjun dalam dunia seni melalui pertandingan dewi remaja 2010.Kalau anda nak tahu pelakon Sacha Al-Yahya dan Rebecca Nur Islam pun melalui flatform yang sama untuk terjun dalam dunia seni ni.Kini neelofa berstatus sebagai seorang pelakon,pengecara dan dunia peragaan modella tu dan memiliki populariti sebaris dengan pelakon terkenal tanahair.


Gambar Neelofa

Neelofa juga pernah muncul dalam iklan-iklan antaranya iklan Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree.Neelofa pernah muncul dalam klip video Kau Bukan Aku nyanyian kumpulan Tilu.Neelofa pernah menjadi artis naungngan KRU Studios selama setahun.Neelofa juga pernah mengacara rancangan Paparazzi terbitan KRU Studios,dimana anda boleh menyaksikannya menerusi http://www.tonton.com.my/,


Gambar Neelofa  bersama adiknya ketika majlis Pelancaran Filem Azura 2012

Drama Kasih Najihah terbitan (TV9) merupakan drama sulungnya dan film Azura 2012 arahan Azis M Osman yang mula ditayangkan pada 2 Februari 2012 yang lalu  merupakan filem sulungnya bersama gandingannya Shah Jaszle.Khabarnya filem Azura 2012 ni tak sehebat filem asalnya.


Poster Filem Azura 2012