Jumaat

Hilangnya Nilai Kesopanan Masyarakat Kini

HAKIKAT yang berlaku dalam sistem komunikasi masyarakat Malaysia menampakkan semakin lunturnya budaya kesantunan yang merangkumi nilai kesopanan, keluhuran, ketertiban, hormat, merendah diri serta penggunaan lagu suara yang baik dan menyenangkan. Kini, nilai kesantunan ketika berbahasa tidak lagi dipelihara dan semakin kurang diberi perhatian.

Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek, melecehkan orang lain dan sebagainya kini mengambil tempat yang akhirnya menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif. Lebih malang ialah kini indahnya sesebuah bangsa bukan lagi kerana bahasa yang digunakan.

Sedang suatu ketika dulu bangsa Melayu terkenal dengan ciri-ciri ketimuran yang sarat teguh dengan nilai-nilai mulia dan budi pekerti tinggi. Bahasa diangkat sebagai medium yang berperanan menggabung jalin segala aspek pemikiran, kesopanan, keintelektualan dengan budaya masyarakat Melayu ketika itu.

Gambaran yang dilakukan secara realistik oleh tokoh-tokoh bahasa dan kesusasteraan Melayu seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Hamzah Fansuri, Nuruddin Al-Raniri, Syeikh ’Abd Al-Samad dan sebagainya melalui karya-karya mereka ini dengan gahnya mengaspirasi segala semangat, keadaan masyarakat, cara hidup, nilai budaya, cita rasa dan pemikiran masyarakat Melayu kepada dunia luar.

Bangsa Melayu khususnya sedang berhadapan dengan satu fasa kebejatan budi yang memperlihatkan betapa mudahnya keperibadian bangsa dipengaruhi oleh unsur-unsur luar. Keadaan ini berlaku sealiran pula dengan berkembang dan memuncaknya nilai pembangunan material, teknologi yang bercirikan budaya luar.

Secara tidak langsung keadaan ini telah menghakis sedikit demi sedikit nilai-nilai berbudi dan santun yang selama ini menjadi pasak kemegahan budaya dan bangsa. Krisis ini berlaku tidak mengira peringkat umur, status dan pangkat sama ada golongan kanak-kanak, remaja, dewasa bahkan sektor awam yang seharusnya menjunjung etika berbahasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat semakin kurang ditekankan.

Apa yang berlaku ialah masyarakat sekadar menyampaikan idea yang ada dalam fikiran sehingga lupa mematuhi norma budaya dan tatacara komunikasi verbal yang baik dan sopan. Kesannya, segala nilai negatif seperti sombong, angkuh, bersikap tidak acuh, ego, tidak beradat bahkan kurang ajar berlaku yang boleh membantutkan kelancaran komunikasi.

Begitu juga halnya dengan bahasa yang digunakan oleh media khususnya saluran radio masih menampakkan kegagalan untuk mempraktikkan unsur kesopanan berbahasa dengan baik. Menerusi agenda mempromosikan produk khususnya, media masih gagal mengenal pasti penggunaan kata ganti diri yang tepat. Terdapat iklan mempromosi pakaian yang menggunakan kata ganti diri ‘kamu’ bagi merujuk kepada pendengar sedangkan sudah sedia jelas bahawa pendengar dan media ada jurang yang harus diambil kira, iaitu dari aspek usia, taraf pendidikan dan status gelaran yang secara harfiahnya tidak mempunyai hubungan yang akrab dengan media.

Meskipun kesan kesantunan berbeza-beza mengikut jenis sapaan yang digunakan namun layakkah jika sebahagian pendengar yang terdiri daripada warga emas di‘kamu-kamu’kan sahaja? Kepelbagaian sistem sapaan dalam bahasa Melayu dengan mudah telah menggariskan kepelbagaian fungsi bentuk sapaan yang lebih sesuai dan sopan untuk digunakan bagi menggantikan bentuk sapaan ‘kamu’, iaitu ‘anda’.

Dalam konteks komunikasi verbal dua hala, berlaku juga trend pengucapan yang tanpa disedari sebenarnya boleh menyinggung hati dan perasaan orang lain terutamanya apabila berlaku antara dua peringkat umur yang berbeza. Tentu sekali kita biasa mendengar ungkapan ‘tau tak pe’ yang kini dilihat menjadi kebiasaan pengucapan golongan remaja. Lebih mengecewakan ialah mereka langsung tidak mengetahui negatifnya ungkapan tersebut walaupun bertujuan untuk mengiyakan atau bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan. Tingkah laku komunikasi tersebut sebenarnya secara tidak langsung menggambarkan sikap sombong, berlagak, membangga diri serta memperlihatkan penutur lebih tahu akan perkara yang sedang dibincangkan walaupun melibatkan dua peringkat umur yang berbeza.

Untuk menggantikan ungkapan tersebut, difikirkan wajar menggunakan ungkapan persetujuan yang menunjukkan kerendahan diri, berbudi dan hormat seperti ‘ye, betul tu’, ‘saya setuju’ dan sebagainya. Kelemahan dan ketidakarifan ini akhirnya akan memperlihatkan kurang pekanya masyarakat kita untuk menghalusi nilai kesopanan berbahasa dengan baik.

Selain untuk menggambarkan sahsiah bangsa, kesantunan berbahasa bertujuan untuk melancarkan komunikasi sosial. Akan tetapi, berlakunya krisis kesantunan berbahasa ini sebenarnya tiada lain akibat pengaruh persekitaran, lakonan masyarakat kita sendiri selain pengaruh media yang dilihat amat mudah mempengaruhi perilaku berbahasa anak-anak muda.

Bahasa orang Melayu terus menerus menjadi layu. Tidak kira sama ada dituturkan kepada sesama rakan sebaya atau yang lebih berusia, penggunaan kata ganti nama diri yang sopan dan lebih manis seperti awak, anda, saudara, encik, tuan dan sebagainya telah digantikan dengan panggilan ringkas seperti ‘lu’, ‘gua’, ‘bro’, ‘beb’ dan banyak lagi. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa penerimaan masyarakat secara membabi buta ini secara halusnya telah menidakkan keupayaan bahasa ibunda sebagai kayu ukur yang menentukan tingginya martabat bangsa. Ditakuti apabila bahasa ibunda dicacamarbakan maka budaya, nilai dan corak pemikiran tidak lagi mampu dicorakkan oleh bangsanya sendiri.

Seringkali juga kita berhadapan dengan situasi tiadanya kesedaran mengutamakan soal hormat dan ketertiban terutamanya dalam kalangan remaja dengan cara mengucapkan salam sapaan tanda hormat sebelum memulakan bicara khususnya dalam situasi tidak formal.

Tidak dinafikan bahawa komunikasi tidak formal tidak terikat kepada peraturan linguistik, yang dipentingkan ialah keselesaan dan kesalingfahaman (cooperative principle) pendengar. Akan tetapi, dalam konteks berbahasa tentu sekali menyakitkan hati apabila ada remaja yang berhajatkan sesuatu kepada kita tidak langsung mengucapkan salam terlebih dahulu. Di mana silapnya sedangkan di peringkat sekolah rendah lagi pendedahan sivik dan pengetahuan sosiolinguistik telah diterapkan agar memberi manfaat kepada pelajar untuk disesuaikan dengan masyarakat luar kelak.

Oleh yang demikian, gelombang perubahan untuk menjunjung kembali nilai kesopanan berbahasa perlu dilaksanakan segera. Tibalah masanya untuk semua pihak terutamanya ibu bapa dan institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah atau universiti memberikan penekanan yang total terhadap aspek kesantunan dalam proses belajar dan mengajarkan bahasa yang seharusnya dilakukan secara bersepadu dan kolektif.

Penekanan terhadap beberapa aspek seperti apa yang sebaiknya dikatakan pada waktu dan dalam keadaan tertentu, penggunaan ragam Bahasa yang bersesuaian dengan situasi, mengambil kira bagaimana dan bila kita harus menunggu giliran untuk bercakap atau mencelah, mengetahui kenyaringan suara yang sesuai digunakan ketika berbicara, mengetahui bagaimana sikap dan gerak geri badan yang bersesuaian ketika berbicara dan akhir sekali ialah bila masanya kita harus diam dan mengakhiri sesuatu perbicaraan juga menjadi komponen yang tidak kurang pentingnya dalam objektif kita mewujudkan gaya hidup yang sempurna dan penuh dengan nilai kesantunan agar keperibadian bangsa yang luhur, dihormati dan disegani dapat dikekalkan.


Menangis Dalam Islam


Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan. Di sebalik kenikmatan yang dilihat, terkadang itu manusia tidak dapat lari dari memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata.

Namun, menangis itu merupakan anugerah dan terapi yang berkesan menurut agama Islam dan kajian perubatan.

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Menangis itu merupakan pelajaran terpenting dalam Islam sebagai Muslim untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan diri dengan segala seksaan yang Allah turunkan. Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis. Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis.

Dalam islam ia tidak dinafikan, para Nabi dan Rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka kerana takutkan kepada Allah SWT.

Telah diriwayatkan dalam hadis, ”Barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah sehingga berlinangan air matanya dan air matanya membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.”

Dari segi amalan perubatan, menangis itu dapat menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan. Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

Menangis juga akan meningkatkan kadar degupan jantung. Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

Selain itu, tangisan akan menghalang penyakit menyerang tubuh badan kita. Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat.

Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

Tidak ramai yang mengetahui, air mata mengandungi 25% protein. Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ia dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

Oleh itu, tidak salah untuk manusia menggunakan tangisan sebagai salah satu cara untuk menghadapi sesuatu perkara tidak kiralah perkara yang sedih mahu pun gembira. Seharusnya kita menggunakan anugerah yang Tuhan berikan supaya dapat memberikan kebaikan kepada diri kita. Insyallah,islam itu indah.

Sumber : mynewshub.my

Khamis

Jasa Bonda (download lagu)



Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Taylor Swift-Penyanyi Pendapatan paling Tinggi 2011


Bintang berusia 22 tahun Taylor Swift telah menduduki bahagian atas senarai 40 billboard"pembuat wang " dalam muzik tahun lepas.Taylor Swift membawa masuk wang tunai lebih tahun lepas berbanding penyanyi rakannya Adele, Britney Spears dan Katy Perry.

Billboard menganggarkan bahawa pemenang Anugerah Grammy sebanyak enam kali itu memperolehi $ 35,7 juta (RM108.44 juta) pada tahun 2011, Pendapatan tunai sebanyak itu datang dari jualan album yang lebih daripada-quadruple-platinum serta konsert jelajahnya.Apa yang menariknya kutipan di Amerika sahaja sebanyak $ 88,5 juta.

Tahun lepas juga amat baik untuk legenda rock band U2. Mereka  berada ditempat No 2  dalam senarai itu, dilaporkan mengaut keuntungan sebanyak $32,1 juta ihsan Tour 360 jualan jelajah mereka. Jelajah itu menghasilkan perolehan mencecah $736 juta sepanjang tempoh dua tahun, termasuk $50 juta dalam jualan barangan dan lebih daripada $1.4 juta dalam jualan lagu digital.

Bintang Kenny Chesney jam di No 3 dengan perolehan sebanyak $ 29,8 juta, diikuti oleh Lady Gaga di No 4 dengan $ 25,3 juta, yang terdiri daripada jualan dari Monster Ball Tour sangat popular, yang membawa masuk lebih daripada $ 51 juta.

Wayne rap bintang Lil 'terkeluar daripada pusingan lima teratas dengan perolehan sebanyak $ 23,1 juta. Dia membuat $ 44,7 juta pada grosses pelancongan dan $ 12.3 juta dalam jualan lagu digital, tak termasuk wang off projek daripada artis Wang Hiburan muda seperti Drake dan Lagu.

Seniman lain yang menduduki di tangga sepuluh teratas ialah: Sade (No. 6, $ 16.3 juta), Bon Jovi (No. 7, $ 15.8), Celine Dion (No. 8, $ 14.2 juta), Jason Aldean (No. 9, $ 13.4 juta) dan Adele dengan $ 13 juta.

Belian Merah Jambu Terbesar



Belian merah jambu 12,76 karat  telah ditemui di lombong Australia,merupakan terbesar pernah dijumpai di negara tersebut setelah 26 tahun penggalian dan mungkin tidak di temui lagi seumpamanya.Berlian tersebut ditemui di "Argyle" perlombongan gergasi Rio Tinto lombong berlian di rantau Timur Kimberly di Australia Barat. Lombong Argyle adalah pengeluar terbesar di dunia berlian merah jambu, dengan menjana lebih daripada 90% daripada bekalan pasaran global.

Rio Tinto menjangka bahawa selepas dua bulan penilaian dan perancangan, ia akan mengambil masa 10 hari untuk memotong dan menggilap berlian menjadi satu batu. Setelah selesai Belian tersebut akan ditawarkan untuk jualan semasa tahunan syarikat Argyle Pink Berlian Tender lewat tahun ini.


Menurut kepada Ahd Herald Australia, berlian tersebut bernilai sekurang-kurangnya AS $ 1,07 juta.Walau bagaimanapun, adalah terlalu awal untuk menilai kepentingan batu tersebut buat ketika ini, menurut Asia Sotheby jabatan perhiasan, Chin Yeow Quek."Adalah sukar untuk menghakimi batu secara kasar. Ia benar-benar bergantung kepada berapa besar batu selepas digilap," katanya, menjelaskan bahawa berlian cenderung untuk kehilangan sekurang-kurangnya 50% daripada berat badannya semasa proses penggilap. "Ia juga bergantung kepada keamatan warna dan kejelasan," katanya.


Secara semulajadi berlian merah jambu yang dianggap sebagai salah satu jenis berlian yang paling berharga, dan biasanya dijumpai dalam muzium, rumah lelong halus, dan pada tangan royalti. Kata syarikat itu Argyle Pink Jubli adalah dalam warna cahaya merah jambu serupa dengan Belian 24-karat Williamson Pink  Britain, Ratu Elizabeth II yang diterima sebagai hadiah perkahwinan.