Isnin

Perempuan Dan Cinta Ilahi

Jum Layan


Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, 
yang mencipta segalanya, 
yang menimpakan ujian, 
yang menimbulkan sakit hatimu, 
yang membuatkan keinginanmu terhalang, 
serta menyusahkan hidupmu, 
pasti akan damailah hatimu 
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan 
segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, 
bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu, 
retaknya hatimu, 
tapi mungkin itulah yang Dia mahu 
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah 
selalunya lebih hidup 
dan mudah untuk hampir dengannya.. 

Perempuan yang suci adalah 
perempuan yang dijaga oleh ALLAH, 
tidak sedikit pun ALLAH memnbenarkan 
mana-mana lelaki menyentuh dirinya mahupun hatinya, 
kerana ALLAH teramat mencintainya, 
tetapi.... 
andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, 
di mana kita hendak mencari redha ALLAH? 
bagaimana untuk kita merebut cinta Illahi? 
jangan biarkan hidup kita dikuasai 
cinta duniawi..cinta nafsu.. 
kerana cinta ALLAH melebihi cinta segala-galanya.... 
bersama kita merebut cinta ILLAHI..


Perempuan Adalah Sangat Indah Seindah Kasih Ilahi

Tiada ulasan: