Selasa

NJOY TV Satelit Malaysia Percuma Dari Astro

Astro menawarkan TV Satelit Malaysia Percuma Pertama untuk dinikmati oleh penduduk malaysia iaitu ANJOI.Ia meliputi siri rancangan seperti pembelajaran,infomasi,hiburan serta sukan.Walaupun perkhidmatan tersebut ditawarkan secara percuma namun para pengguna perlu mendapatkan dekoder khas daripada Astro untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.




NJOI akan diperkenalkan melalui tiga fasa.Dalam fasa pertama, Astro merancang untuk mengagihkan 50,000 set dekoder NJOI dan piring satelit kepada penerima yang disenaraikan dalam pangkalan data program eKasih.Inisiatif ini membolehkan  komuniti berpendapatan rendah, badan-badan sosial serta kebajikan untuk menikmati secara percuma saluran NJOI.



Dalam fasa kedua, perkhidmatan NJOI akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2012, yang membolehkan para pelanggan membeli set dekoder dan piring satelit dengan hanya satu bayaran serta membuat pemasangan tanpa yuran langganan.

Dalam fasa ketiga pula,para pelanggan diberi pilihan untuk membeli program-program tambahan yang diminati dari senarai menu yang menarik melalui mekanisma pra-bayar yang boleh didapati pada pertengahan tahun 2012.


Saluran-saluran Astro yang termasuk dalam NJOI akan meliputi saluran pendidikan yang berkualiti seperti Astro Tutor TV UPSR, PMR dan SPM.Selain itu, saluran hiburan informasi yang boleh didapati dalam NJOI adalah sepertiAstro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Astro Xiao Tai Yang,Makkal TV, CCTV4, Bernama TV, iView, iMus, TVi, TV1, TV2 dan 19 stesen radio.


NJOI membolehkan orang ramai mengakses kepada kandungan yang memperkayakan informasi yang terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran.Astro akan terus melabur dalam melahirkan bakat-bakat, kreativiti dan teknologi dan berhasrat untuk menyediakan kandungan yang berkualiti.

Tiada ulasan: