Selasa

Ombak Rindu Dalam Bentuk Setem


Walalaupun filem Ombak Rindu dah berlalu di pawagam namun bahang kehangatannya masih lagi terasa.Impak daripada filem tersebut turut dirasai bintang utama filem bercorak romantis itu khususnya si pelakon jelita maya karin.Setiap kali keluar Maya sentiasa disapa dengan panggilan Izzah sempena nama wataknya dalam filem tersebut dan tak kurang juga yang memanggilnya dengan panggilan Ombak Rindu.


Belum lagi sejuk kehangatannya kini Filem Ombak Rindu kembali lagi menemui peminat setianya dalam bentuk SETEM Pos Malaysia.Pekej Setem itu diperkenalkan atas kerjasama Pos Malaysia dengan Tarantella Picture dan juga Astro Show Sdn.Bhd.Ia adalah kerjasama pertama Pos Malaysia dengan Industri filem tempatan.Ombak Rindu memang mempunyai aura yang kuat sehingga dapat menambat hati Pos Malaysia menabadikannya dalam bentuk setem.


Pekej seumpama ini memang bermakna bagi peminat atau penggumpul setem tanahair apatah lagi si penggumpul setem adalah peminat Ombak Rindu sendiri dan ia adalah cukup berharga baik sekarang mahupun masa depan kerana makin lama usia setem makin tinggilah nilai pasarannya apatah lagi peneluaran setem itu terhad seperti Setem Ombak Rindu dimana keluarannya hanya 1000 keping sahaja.


Selain boleh dibuat kenang kenangngan dan juga koleksi berharga buat pencinta Setem,ia juga boleh menjadi tarikkan kepada orang ramai khususnya peminat Ombak Rindu untuk menjadi penggumpul setem yang baru.Ia juga boleh dijadikan bahan untuk mempromosi Negara ke peringkat Antarabangsa.


Koleksi Stem edisi terhat Ombak Rindu terdiri daripada album setem dan set folder berbentuk album setem 24 muka surat yang mengandungi 6 helai setem pribadi berjumlah 48 keping,poskad babak-babak dari filem Ombak Rindu bersamaan DVD filem berkenaan dengan nilai sebanyak RM199.Manakala set folder pula berharga RM59.90 memuatkan gambar daripada babak filem tersebut dan kedua-duanya dicetak sebanyak 1000 keping sahaja.


Para peminat boleh mendapatkan koleksi set Setem berkenaan bermula hari ini di 14 cawangan Pos Malaysia yang terpilih sahaja serta melalui portal talian PostMe di http://www.postme.com.my.Jadi jika anda ingin memiliki set Setem Ombak Rindu ini cepat-cepatlah sebelum ia kehabisan,ingat ia edisi terhad!

Tiada ulasan: