Game "Angry Birds" sudah tidak asing lagi dikalangan pengguna Adroid,malah game ini dengan mudah di muat turun melalui Adroid Ap Market secara percuma.Sungguh pun begitu,para pengguna Adroid dinasihatkan berhati-hati apabila memuat turun aplikasi game ini di laman web tidak rasmi kerana "Angry Birds" versi Angkasa atau "space" ada mengandungi virus mengikut pakar keselamatan dan Rovio, pencipta game asal "Angry Birds."
Menurut Graham Cluley, seorang penganalisis firma Sophos Naked Security, bahawa mereka telah menjumpai versi palsu permainan ini di kedai aplikasi tidak rasmi. Permainan palsu "Angry Birds" mengandungi virus "Trojan" dan pos di Blog Ravio pada hari Khamis yang lalu juga ada memberi amaran kepada peminat untuk yang mendownload versi palsu permainan tersebut, dan menyeru supaya memuat turun versi asal dari laman web rasmi mereka.
Menurut Sophos, Trojan, yang dikenal pasti di dalam fail yang dipanggil Andr / KongFu-L, muncul untuk menjadi versi permainan berfungsi sepenuhnya, tetapi sebaliknya memasang virus pada telefon pintar atau tablet pengguna.Dari situ, kod cuba untuk memasang malware yang asasnya meletakkan telefon atau komputer tablet di bawah kawalan penjenayah siber.
Pengguna Android khususnya mesti berhati-hati terhadap risiko malware ini, dan berhati-hati, terutamanya apabila memuat turun aplikasi daripada pasaran Android tidak rasmi.Jadi,kesimpulannya peminat game "Angry Birds" versi Adroid dinasihatkan supaya menggunakan Pasaran Rasmi Android jika anda mahu mengelakkan memuat turun aplikasi yang palsu dan program-program yang berpotensi membahayakan.-sumber-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan