Ahad

Adnan Sempit 2 Download Full Muvie


Adnan Sempit 2
Pengarah : Ismail bob Hashim
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi, Komedi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 23 Februari 2012
Durasi : 89 min
Audio : Dolby
Format : 35mm


Adnan Sempit 2 mengisahkan hubungan Adnan dan Nadia selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, Datuk Isnin tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya.


Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan Bobby untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.Hubungan diantara Bobby dan Wawa juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. 


Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar Fendi, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. 


Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?


Khabarnya kutipan selepas 7 hari tayangngan 4.5 juta,selepas 12 hari tayangan 6.5 juta

Trailer Adnan Sempit 2 

Download Links :
MKV (350MB)



Sabtu

Orang Kuat Malaysia

Koleksi gambar "orang kuat" malaysia






Semua gambar diatas adalah berlokasi di "Kapit"Sarawak.Di Kapit, pemandangan seumpama ini adalah pekara biasa bagi penduduk kapit.Situasi seperti ini berlaku hampir setiap hari di pekan kapit ekoran tak ada cara lain yang membolehkan mereka membawa kenderaan tersebut ke darat,jadi dengan cara memikul kenderaan tersebut  melalui beberapa buah bot expres adalah jalan penyelesaiannya.





Kubu Sylvia "Kapit"



Kubu Sylvia

Kubu Sylvia ini asalnya dibina ntuk menghalang perpindahan lanjut orang Iban ke hilir lembah sungai Rajang, yang telah menimbulkan pertelingkahan dengan Orang Ulu. Raja Charles Brooke membina Kubu Baleh di Nanga Balleh, perjumpaan sungai Rejang dan Baleh antara Kanowit dan Song pada akhir 1874. Raja Charles Brooke hampir lemas di sini pada tahun 1877 apabila botnya terbalik dalam arus deras. Dia meninggalkan kubu ini pada tahun 1878, dan menggantikannya dengan kubu baru yang terletak lebih di hilir sungai pada tahun 1880. Kubu Kapit yang baru dibina sepenuhnya daripada balak pokok ‘belian’ dengan dinding yang tebal bagi menahan serangan.


Pada 16 November 1924, satu upacara keamanan antara orang Iban, Kayan, Kenyah dan Kajang diadakan di sini dengan kehadiran Raja Charles Brooke. Pada tahun 1925, Kubu Kapit dinamakan semula sebagai Kubu Sylvia sempena Rani Sylvia Brooke (Maharani). Ketika 1960-an, kubu ini menempatkan Pegawai Daerah dan Bangunan Mahkamah Daerah, dan kemudiannya Pejabat Residen selepas pembentukan Bahagian Kapit pada tahun 1973.

Pada May 1997, kubu ini diistiharkan sebagai tapak sejarah dan kini dikendalikan oleh Yayasan Tun Jugah sebagai sebuah muzium. Ia memaparkan himpunan seni etnik dan kerja tangan dan dokumen berkait dengan sejarah Kapit, tembikar warisan, meriam gangsa, plak tembaga dan gambar pemimpin masyarakat lalu.

Petikan daripada : wikipedia.org

Renungngan Buat Pencinta Syurga "BUKU"



Tajuk : Renungngan Buat Pencinta Syurga

Penulis : Mohd Shahrizl Nasir

Penerbit : Karya Bestari Sdn Bhd

Cetakan : Pertama

Harga : Rm16 (Semenanjung Malaysia) Rm19 (Sarawak)

KANDUNGAN :

Buku ini mengupas perbagai topik berkaitan kehidupan manusia secara umum dan kehidupan seorang "Muslim" khususnya.

Ia dibahagikan kepada tiga perbincangngan utama meliputi akhlak,muamalat dan ibadah.Ia dikupas secara hikmah bagi membolehkan semua pihak mengambil pengajaran yang baik,tanpa perlu taksub kepada sesetengah pendapat serta meremehkan pendapat lain.

Gaya bahasa yang disampaikan dalam buku ini mudah difahami.Antara tajuk yang dibincangkan ialah pergaulan sesama manusia,menjaga tutur kata,redha ibu bapa,martabat guru,keutamaan ilmu,kesatuan umah,bahaya fitnah,mukjizat al-quran,tugas dakwah,budaya membaca dan isu semasa mengenai akidah umat Islam di Malaysia.

Allah berfirman yang bermaksud:"Dan Tetap Tekunlah Kamu Memberi Peringatan Kerana sesungguhnya Peringatan Itu Mendatangkan Faedah Kepada Orang Yang Beriman"(Surah al-Zariat,ayat 55)

Itulah pekara yang diusahakan penulis apabila membawa pembaca mencari penyelesaia terbaik terhadap sebarang isu berbangkit dan menjauhkan diri daripada sifat buruk yang merugikan umat islam.Buku ini amat sesuai dijadikan bacaan berkualiti untuk semua peringkat umur termasuk golongan yang bukan "Islam"supaya mereka mendapat faedah dunia dan akhirat.

Bagi anda yang minat membaca belikanlah buku ini untuk pengetahuan dan pedoman,atau anda boleh mengunjungi blog Karya Bestari klick link ni : 




Buah-Buahan "Pelik" Sarawak

Post kali ni saya nak bawa anda semua kepada beberapa buah-buahan sarawak yang mungkin tak ada kat tanah semenanjung "Malaysia"

Buah-Buhan "Pelik" Dari Sarawak


Durian Merah


Durian Kuning


Buah Bambangan


Bauh Pengalaban


Tuah Tampoi 


Buah Dabai


Buah Tarap

Nah,Ni Buah Yang Special Sikit

BUAH

Mata

Kucing


Buah Mata Kucing