Ahad

Senarai 40 Individu Terkaya Malaysia

Jum kita intai jumlah kekayaan 40 individu di Malaysia mencatatkan peningkatan lebih 30 peratus dengan nilai sebanyak RM206.27 bilion setakat 21 Januari 2011 berbanding RM156.7 bilion yang direkodkan pada tahun lalu.

Robert Kuok Hock 

Kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia ialah Robert Kuok Hock Nien mendahului pesaingnya T Ananda Krishnan dengan jumlah kekayaan masing-masing setakat ini bernilai RM50.04 bilion dan RM45.78 bilion.

Ananda Krishnan 

Menurut senarai 40 orang terkaya Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business, kekayaan Ananda Krishnan menunjukkan peningkatan dan menghampiri jumlah Robert Kuok.

Tan Sri Teh Hong Piow

Tokoh perbankan, Tan Sri Teh Hong Piow yang juga peneraju Public Bank Bhd berjaya menduduki tangga ketiga sebagai orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM12.77 bilion manakala Tan Sri Lee Shin Cheng daripada IOI Corporation Bhd berada ke senarai keempat dengan jumlah RM12.74 bilion.

Puan Sri Lee Kim Hua, balu pengasas kumpulan Genting kekal sebagai wanita terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan RM7.42 bilion untuk berada di senarai kelapan secara keseluruhan. 

Sementara itu, Pengerusi Yayasan AlBukhary, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary kekal mengungguli individu Bumiputera paling kaya untuk berada di tempat ketujuh keseluruhan dengan kekayaan RM8.84 bilion. 

Beliau diikuti tokoh perbankan yang juga peneraju kumpulan Arab-Malaysian Corp, Tan Sri Azman Hashim yang berada di tempat ke-11 keseluruhan dan Ketua Eksekutif Kumpulan Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir dengan nilai kekayaan masing-masing adalah sebanyak RM3.93 bilion dan RM1.66 bilion. 

Dalam senarai keseluruhan Mokhzani berada di tempat ke-19. Kaji selidik yang dibuat berasaskan nilai pegangan individu dalam syarikat tersenarai di pasaran saham itu turut menyenaraikan tiga muka baru dalam senarai 40 orang terkaya itu, iaitu Tan Sri Leong Hoy Kum dari Mah Sing Group Bhd, Datuk Seri Stanley Thai dari Supermax Corporation Bhd dan Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Holdings Bhd.

Nak Tengok Senarai Nama Mereka Tengok Kat Bawah Ni,emmm bilala kia boleh jadi macam diorang ni ye,usaha dah usaha dah tapi masih lagi kais pagi makan pagi. 

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2011 menurut Malaysian Business:

1. Robert Kuok RM 50.04 billion, 87 tahun, Kerry Group/ Kuok Group

2. Ananda Krishnan RM 45.78 billion, 73 tahun, Usaha Tegas

3. Teh Hong Piow RM 12.77 billion, 81 tahun, Public Bank

4. Lee Shin Cheng RM 12.74 billion, 72 tahun, IOI Group

5. Lim Kok Thay RM 10.89 billion, 59 tahun, Genting Group

6. Quek Leng Chan RM 10.75 billion, 70 tahun, Hong Leong Group

7. Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary

8. Lee Kim Hua RM 7.43 billion, 82 tahun, Genting Group

9. Tiong Hiew King RM 4.77 billion, 75 tahun, Rimbunan Hijau

10.Ong Bee Seng RM 3.98 billion, Hotel Properties Ltd

11.Azman Hashim RM 3.93 billion, 71 tahun, Amcorp

12.Vincent Tan RM 2.43 billion, 59 tahun, Berjaya Group

13.Lee Yeow Chor RM 1.998 billion, 45 tahun, IOI Group

14.Lee Yeow Seng RM 1.962 billion, 33 tahun, IOI Group

15.Lee Oi Hian RM 1.859 billion, 61 tahun, Batu Kawan

16.Lee Hau Hian RM 1.855 billion, 58 tahun, Batu Kawan

17.Yeoh Tiong Lay RM 1.811 billion, 81 tahun, YTL Group

18.Lau Cho Kun RM 1.775 billion, 75 tahun, Hap Seng Consolidated

19.Mokhzani Mahathir RM 1.665 billion, 49 tahun, Kencana Petroleum

20.Jeffrey Cheah Fook Ling RM 1.536 billion, 65 tahun, Sunway Group

21.Dr.Lim Wee Chai RM 1.244 billion, 53 tahun, Top Glove Corp

22.Francis Yeoh Sock Ping RM 1.229 billion, 57 tahun, YTL Group

23.Yeoh Seok Hong RM 1.129 billion, 52 tahun, YTL Group

24.Yeoh Seok Kian RM 1.098 billion, 54 tahun, YTL Group

25.Mark Yeoh Seok Kah RM 1.096 billion, 46 tahun, YTL Group

26.Michael Yeoh Sock Siong RM 1.092 billion, 51 tahun, YTL Group

27.Tony Fernandes RM 1.092 billion, 46 tahun, AirAsia

28.Kamarudin Meranun RM 0.856 billion, 49 tahun, AirAsia

29.Chong Chook Yew RM 0.813 billion, 88 tahun, Selangor Properties

30.Shahril Shamsuddin RM 0.804 billion, 50 tahun, Sapura Group

31.Shahriman Shamsuddin RM 0.791 billion, 42 tahun, Sapura Group

32.Liew Kee Sin RM 0.786 billion, 52 tahun, SP Setia

33.Yaw Teck Seng RM 0.699 billion, 73 tahun, Samling Group

34.Ong Leong Huat RM 0.621 billion, 67 tahun, OSK Holdings

35. Leong Hoy Kum RM 0.618 billion, 54 tahun, Mah Sing Group

36.Lee Swee Eng RM 0.570 billion, 56 tahun, KNM Group

37.Raja Eleena Raja Azlan Shah RM 0.568 billion, 50 tahun, Gamuda

38.Tan Heng Chew RM 0.557 billion, 65 tahun, Tan Chong Motors Holding

39.Stanley Thai Kim Sim RM 0.539 billion, 51 tahun, Supermax Corp

40.Tony Tiah Thee Kian RM 0.524 billion, 64 tahun, TA Enterprise

Diptik dari myMero :
Dan
Nukilan Jejari Azhad Blog

Kitab Injil Berusia 1,500 Tahun Ditemui


Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW

Post kali ini saya nak berkongsi mengenai senaskhah kitab Injil yang berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.



KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.


Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati. 

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata,Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta). 

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.

Artikle ni saya ambik daripada Berita Harian Online; bharian.com

Mengatasi Masalah PC Dan Labtop Menjadi Berat "Kenapa Dan Bagaimana"


Salam semua,kali ini saya nak memaparkan kenapa dan bagaimana pc dan labtop kita menjadi lembab.Pernah tak anda mengalaminya?Contohnya seperti gambar diatas.Saya pasti anda semua ni pernah mengalami masalah seperti ini.Tahukah anda apakah faktor yang menyebabkan komputer anda mengalami situasi seperti ini?Ok bagi yang dah tahu tak pe,bagi yang tak tahu terusa membaca.So,dibawah ini anda akan diberitahu akan beberapa fktor penyebab dan cara mengatasinya.


Faktor Penyebab Pc dan Labtop Jai Berat

1. Cakera keras (hard disk drive) anda tidak dipernah melakukan proses difragment. 

2. Terdapat banyak perisian (software) yang dipasang (install) pada cakera keras anda. 

3. Spyware / virus / trojan sedang beroperasi di komputer tanpa anda sedari. 

4. Kapasiti memori (RAM) komputer anda hanya sedikit dan tidak mampu menjalankan proses applikasi yang berat seperti Adobe Photoshop yang memerlukan RAM berkapasiti 512MB (recommended) 

5. Cakera keras anda tidak dibuat proses pembahagian (partition) 

6. Cakera keras anda mempunyai bad sector

Setelah meneliti faktor-faktor seperti diats,apakah jalan penyelesaian yang perlu anda ambil?Ok di bawah ini, disertakan antara langkah-langah penyelesaian yang berguna kepada anda.


Cara-Cara Mengatasinya

1. Lakukan proses difragment pada cakera keras (hard disk drive) anda sekurang-kurangnya sekali sahaja seminggu.Jika anda malas melakukan sekali seminggu,anda boleh jalankan proses ini sebulan sekali. 

2. Lakukan proses Disk cleanup setelah selesai melayari internet.Saya lebih suka menggunakan perisian ccleaner yang lebih efektif daripada utiliti windows iaitu Disk cleanup. Perisian ccleaner boleh didapati di laman http://www.ccleaner.com/

3. Anda juga boleh memindah turun (download) perisian seperti Microsoft Antispyware dan AVG Anti Virus Free Edition untuk mencegah serangan spyware dan juga virus. 

4. Buang (uninstall) perisian yang tidak digunakan atau yang jarang digunakan. 

5. Anda boleh melakukan proses pembahagian (partition) pada cakera keras jika kapasiti cakera keras adalah besar.Bagi Windows XP,digalakkan membuat pembahagian dalam format NTFS. 

6. Bagi cakera keras yang mempunyai bad sector,anda boleh melakukan prose Low Level Format.Kepada yang kurang arif dalam melakukan proses Low Level Format,sila dapatkan bantuan daripada rakan anda yang arif dalam hal ini.Jika cakera keras anda mempunyai banyak bad sector,anda dinasihatkan membeli cakera keras yang baru. 

7. Jika komputer anda mempunyai kapasiti memori (RAM) yang sedikit, anda boleh mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli memori yang lebih besar kapasitinya. 

8. Anda juga boleh mengurangkan bilangan proses startup.Anda boleh pergi ke Start Menu > Run dan kemudian taipkan msconfig dan diikuti dengan enter.Selepas itu pilih startup taskbar dan buang (uncheck) kotak applikasi yang tidak diingini.Klik Ok dan restart komputer anda. 

9. Anda boleh mengurangkan bilangan Font yang terdapat di komputer anda.

So macam mana,harap toturial di atas dapat mengatasi masalah anda,selamat mencuba.

Jumaat

Modenas Ace 115 baru 2012

Entri kali ni khas untuk para pengemar motosikal dan enjin Khususnya bagi peminat motosikal tempatan Modenas.Dimaklumkan syarikat Nasional Sdn Bhd (Modenas), anak syarikat DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom),telah melancarkan jentera baru mereka yang berkuasa 4 lejang dengan reka bentuk yang memenuhi citarasa segenap lapisan umur.


Gambar Modenas Ace 115 baru 2012

Modenas secara rasminya telah melancarkan motosikal terbaru gabungan moped dan skuter pada 1 Mac 2012,didatangi dengan 2 warna pilihan iaitu merah dan putih dan dikenali dengan nama Modenas Ace 115.Motosikal dengan tema ‘Evolusi Impian’ itu didatangi dengan reka bentuk segar dan sporty, dilengkapi enjin 120cc 4-lejang, 1 silinder dan SOHC.Harga yang ditawarkan sebanyak RM4,598.00 (dual starter) tidak termasuk insuran dan cukai jalan.


Gambar Modenas Ace 115 baru 2012

Dalam pada itu model yang berteknologi Kawasaki ini dilengkapi penyerap hentak tunggal, brek cakera hadapan dwipiston bagi memberikan kesan brek sempurna dan tangki minyak berukuran 5.3 liter yang mampu mencatatkan perjalanan sehingga 250 kilometer (km) pada kelajuan purata 80km sejam.


Gambar Modenas Ace 115 baru 2012

Antara ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada model ini ialah rim sport, transmisi empat kelajuan dengan sistem berputar, reka bentuk ekzos sporty serta lampu hadapan unik dengan nyalaan lebih terang dan lebar.


Reka Bentuk Ekzos Sporty,Brek Cakera Hadapan Dwipiston Dan Tangki Minyak Berukuran 5.3 Liter

Dibawah ini adalah Spesifikasi Modenas Ace 115 baru 2012

Engine
Type: 4 stroke, SOHC, 1 cyclinder
Bore X Stroke: 55.0 x 50.6 mm
Displacement: 120 cc
Compression Ratio: 9.8
Carburetor: SPACO AV20
Ignition System: Magneto – CDI
Starting System: Electric Starter
Cooling System: Air Cooled
Fuel Tank Capacity: 5.3 litre
Fuel Consumption: 46.1 km/litre @ 80km/hour


Transmission

Type: 4-speed rotary
Clutch: Centrifugal and wet mutiple disc
Primary Reduction Ratio: 3.048 (64/21)
Final Reduction Ratio: 2.786 (39/14)
Driving System: Chain 


Chassis

Type: Square Pipe Backbone
Front Suspension: Telescopic Fork
Rear Suspension: Trailing Swing
Front Brake: Disc (220 mm)
Rear Brake: Drum (110 mm)


Electrical System

Battery: 12 V 5 Ah

Nak Jelas Lagi Tengok Gambar Bawah Ni




Gambar Pernikahan Lisa Surihani Dengan Yusri KRU

Salam semua,Tahniah saya ucapkan kepada pasangan pengantin baru Lisa Surihani dengan Yusri KRU yang berlansung pada 23 Februari 2012.Upacara pernikahan dibuat di Masjid Tuanku Mizan,manakala persandingan kedua pula dilangsungkan pada 26 Februari 2012 di PICC yang lepas.


Gambar Pelamin  Lisa Surihani dengan Yusri 

Segala persoalan tentang hubungan mereka dah pun terjawab,kini tiada lagi teka-teki bila Yusry dan Lisa akan menjadi suami isteri.Majlis perkahwinan mereka berlansung secara sederhana sahaja.Kini mereka telah bergelar suami isteri yang sah,apa yang kita harapkan semoga perkahwinan mereka kekal buat selamanya,insyaallah,amin.


 Lisa Surihani dengan Yusri 

Ok,tak perlu rasanya saya nak jelaskan dengan panjang lebar mengenai perkahwinan merekakan,mari kita saksikan beberapa gambar persandingan yang telah saya ambil dari page Facebook David Teo,sorry ya David Teo kerana coppy u punya gambar.


 Lisa Surihani dengan Yusri 


 Lisa Surihani dengan Yusri 


 Lisa Surihani dengan Yusri 


 Lisa Surihani dengan Yusri 


 Lisa Surihani dengan Yusri 


 Lisa Surihani dengan Yusri 


 Lisa Surihani dengan Yusri 


 Lisa Surihani 


 Yusri  KRU


Antara Artis Yang Hadir Di Majlis Perkahwinan  Lisa Surihani dengan Yusri 


Antara Artis Yang Hadir Di Majlis Perkahwinan  Lisa Surihani dengan Yusri 


Antara Artis Yang Hadir Di Majlis Perkahwinan  Lisa Surihani dengan Yusri 


Antara Artis Yang Hadir Di Majlis Perkahwinan  Lisa Surihani dengan Yusri 


Antara Artis Yang Hadir Di Majlis Perkahwinan  Lisa Surihani dengan Yusri 


Antara Artis Yang Hadir Di Majlis Perkahwinan  Lisa Surihani dengan Yusri 


Antara Artis Yang Hadir Di Majlis Perkahwinan  Lisa Surihani dengan Yusri 


Antara Artis Yang Hadir Di Majlis Perkahwinan  Lisa Surihani dengan Yusri 


Antara Artis Yang Hadir Di Majlis Perkahwinan  Lisa Surihani dengan Yusri 


Antara Artis Yang Hadir Di Majlis Perkahwinan  Lisa Surihani dengan Yusri 

Ni link Page Facebook Devid Teo : facebook-davidteo