Jumaat

Membuat Border Sidebar Blogspot


Salam pada semua,kali ini saya ingin berkongsi sedikit totorial macam mana nak membuat Border Sidebar pada theme Blogspot  khasnya.Kenapa saya nak berkongsi totorial ni sebab asas theme blogspot tak ada yang mempunyai Bonder Sidebar seperti kebanyakkan theme wordpress.Kepada blogger-blogger baru macam saya ni yang menggunakan theme blogspot yang asli tetapi ingin kewujudan Bonder Sidebar ni dalam blog,toturial ni memang berguna.


Mungkin anda tertanya tanya?kenapa tak download je theme yang free lagi comel-comel contohnya di web Twenty Eleven.Ya memang banyak theme-theme yang free kat kebanyakkan web,tapi tak semuanya menjadi pilihan yang sesuai lagipun agak susah nak di edit bagi yang tak tahu kod-kod css ni semua,jadi pekara yang paling senang adalah menggunakan Theme Blogspot yang disediakan.Kita nak edit pun senang cuma pergi Dashbord, pilih Themplate dan pilih Customize dan pilih Advance,kat situ anda boleh edit Theme Blog yang dipilih.Kalau Theme yang kita download,Pekara yang ada kat Advance tu tak wujud,jadi nak edit agak susah.

Opp..nampaknya saya dah melalut panjang lebar pulak, hampir terlupa tujuan sebenar entry ni,ok..nak memasukkan kod Bonder Sidebar tu,terlebih dahulu pergi kat Dashboard atau Desigh dan pilih Themplate dan klik kat Edit HTML klik Proses dan klik kat Expand Widget Templates.Lepas tu tekan CTRL + F pada keybord anda dan cari Kod Ni "h2 {",nak senang kopy kod tadi dan paste je kat kotak carian sebelah atas dan penjuru kanan dan tekan enter.

1 : Cari kod ini :

 h2 {

2 : Kopy kod dibawah ini dan paste dibawah kod atas tadi


margin: 1.6em 0 .5em;

 padding: 4px 5px;
background: #E6E6E6;
font-size: 100%;
color: #000000;
}

3 : Preview

Kalau ok Save Themplete
Ok Dah Siap
-Enjoy-

Nota: Yang Berwarna Tu Anda Boleh Tukar Ikut Cita Rasa Sendiri
Warna Background Bonder Sidebar : #F8B4BF;
Font Size : 100%; font size tu aku rasa 100% 
Font Color Kat Sidebar Title : #000000
Margin and Padding tu rasanya tak perlu ubah.

Rumah Mr Bean

Gambar Rumah Mr Bean







Khamis

Apa itu Link In Alexa

Entry kali ini saya nak berkongsi sedikit pengertian tentang Alexa.com yang mungkin anda sudah sediamaklum tahu mahupun belum tahu apa itu "Links in" pada Alexa.com.

Links in yang terdapat pada alexa.com adalah sebuah link pautan yang mengarah ke blog kita,semakin besar angka yang terdapat pada links in alexa.com , maka semakin bagus dan berkualiti blog tersebut,nampaknya tak ada kualiti lagilah blog saya ni dimana link innya baru 7.

Keadaan ini berbeza pulak dengan angka yang terdapat pada alexa ranking yang berada diatas setelah "Links In", semakin kecil angkanya maka semakin baiklah blog kita. Jadi  bagaimana caranya untuk meningkatkan alexa rank blog kita,yang ini susah sikit saya nak jelaskan, Bagi saya yang blog pun baru tak sampai 3 bulan ni apa yamg mampu saya buat adalah cukup sekadar mengupdate blog dengan lebih kerap,postingannya, minima satu hari sekali dan nampaknya berkesan untuk mengurangkan ranking alexa saya dari 2.6 juta ke 1.4 juta setakat ini


Daripada "Link In" yang ada pada alexa kekedang bukan berasal dari pertukaran link yang kita lakukan dengan blog-blog lain tapi hasil pantauan alexa dengan melihat berdasarkan sumber link yang mengarah ke blog kita.Ok cukup disini saja buat kali ini.Kepada rakan blogger yang masih baru tu sama-samalah kita meningkatkan "Link In" dan mengurangkan Ranking Alexa kita..selamat berblog pada semua.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Ukiran Kretif Dari Akar Kayu

-Semua gambar kat bawah adalah daripada gambar Arca kat atas ni yang di ukir daripada akar sebatang pokok-

Rabu

Buat Set Komputer Sendiri


Pernah tak anda terfikir untuk membuat set komputer sendiri kira pasang sendirila ye.Sebenarnya untuk membuat satu set komputer baru taklah sesusah mana, cuma kita perlu tahu asas kompenen yang wajib ada untuk membolehkannya ia berfungsi dengan sempurna.Bila kita dah kenal hardwarenya senanglah sikit kita nak memasangkannya.Laman sensawang Youtube bayak menyediakan vedio berkenaan cara memasang setiap komponen yang ada pada satu set komputer,jadi Youtube tempat yang bagus untuk belajar secara percuma.Kalau anda nak tahu,10 benda atau hardware asas yang perlu ada untuk kita membuat satu set komputer baru contohnya seperti di bawah ni.
  • Processor
  • Motherboard atau Mobo
  • Ram
  • Hardish
  • Dvd Writeter
  • Power Suply dan Kasing
  • Monitor
  • Keybord dan Mouse
  • Grafik Kad (tak wajib)
  • Windows
Kalau anda rasa ragu untuk memasangnya sendiri jangan risau kerana hampir kesemua kedai yang menjual barang barang komputer menyediakan perhidmatan pasang memasang benda ni semua cuma berbayar dan tak berbayar je.Apa yang penting ialah anda kene tahu barang asasnya saje sepertimana yang saya nyatakan tadi.Ini penting bagi mengelakkan kita ditipu dan kualiti barang yang kita beli.Sedikit sebanyak ia membantu kita memilih hardware mana dan jenama yang patut kita beli mengikut bajet yang kita ada.Sesetengah kedai komputer ada menyediakan list atau senarai harga set komputer yang ditawarkan mengikut spec masing masing.

Memang kekadang harga yang ditawarkan lebih murah berbanding bajet yang kita buat untuk spec yang sama.Dalam kes seumpama ini,pengetahuan tentang hardware komputer tadi amatlah penting kerana anda harus faham,apakah jenis hadware yang ditawarkan bermutu atau sebaliknya, baik dari segi jenama mahupun kualiti barang tersebut.Pekedai biasanya memenimumkan kos yang ada dalam menjual setiap barang yang dijualnya.Contohnya : Apa gunanya anda membeli Set Komputer i7 dengan harga yang sedikit  rendah kalau barang-brang yang di dalamnya tak berkualiti,pakai setahun jagung dah rosak.

Untuk mengelakkan kes seumpama diatas berlaku anda haruslah mengkaji terlebih dahulu barang barang yang kita nak belikan sepertimana yang tersenarai diatas,apa susahnya google je nama barang yang kita nak beli dan kaji kelebihan dan kelemahan setiap jenama yang ada, begitu juga dengan specnya.Kalau boleh bila dah dapat senarai nama dan model yang dipilih,rajin-rajinlah masuk forum bagi mengetahui kelebihan dan kelemahan setiap barang tersebut.Ini penting bagi mengelakkan anda kerugian semasa pembelian.

Kelebihan buat set komputer sendiri adalah ia menjimatkan kos pembelian sebanyak 30% daripada harga yang Origenal dari kilang,maksud saya pasang siap dari kilang mengikut Jenama masing-masing,contohnya Dell,Acer,Asus,HP dan banyak lagi di pasaran.Saya sendiri pun menulis entry blog ini menggunakan set komputer yang saya pasang sendiri 3 tahun yang lepas,kini masih berfungsi dengan baik walaupun dan 3 tahun di OverClock.Bagi saya kenapa kita kene bayar lebih dengan spec dan kuality yang hampir sama,walaubagaimanapun terpulanglah pada empunya diri,tepuk dada tanya selera.

Ni adalah Spec Komputer saya :
  • Running at window 7 ultimate 32 bit
  • Processor core 2 quad 2.3 overclok to 3.0..
  • Mothebord asus p5p43td pro
  • Ram kingston 8gb
  • Western digita hddl..500gb
  • Grafik card Ati xfx radeon hd 5770 1gb ddr5
  • Samsung Dvd writeter
  • Monitor samsung led syncmaster bx2350 full hd 23in
  • Kyebord microsoft wareless