Isnin

Kraftangan Sarawak

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan.Sarawak misalnya menghasilkan kraftangan yang unik hasil daripada etnik yang berbilang suku kaum.Entry kali ini saya nak membawa anda kepada beberapa kraftangan dari sarawak.

Ini adalah beg untuk mengangkat bayi,biasanya dihasilkan oleh kaum kenyah/kayan yang merupakan pakar dalam seni berasaskan manik dan rotan,seni sebegini memerlukan ketelitian yang tinggi.













Beg ni dibuat daripada rotan sepenuhnya, rasanya ramai dah kenal beg ni kan..kat sarawak aje ada menda ni.Bag ni kraftangan daripada orang ulu sarawak yang digunakan untuk membawa bararang pribadi semasa ke ladang,hutan mahupun ke pekan.














Terendak merupakan salah satu alat yang digunakan sebagai pelindung seperti topi di Sarawak. Setiap suku kaum di Sarawak mempunyai kemahiran seni tersendiri termasuklah seni membuat terendak dalam kalangan masyarakat Melanau. Terendak dihasilkan dalam pelbagai corak dan warna. Pada masa kini, terendak bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga sebagai hiasan dinding.



Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm. Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.






Satu lagi kegilaan pengunjung yang datang ke Sarawak, terutamanya Kuching ialah Pasu Sarawak. Ini kerana pasu Sarawak ini unik dari segi bentuknya. Penghasilan pasu di Sarawak bermula seawal zaman Neolitik atau zaman purba lagi dan ini terbukti dengan penemuan bekas pasu di Gua Niah, Sarawak.

Pasu dan barang barang tembikar memang sinonim dengan masyarakat Sarawak. Pada peringkat permulaan, corak yang dihasilkan pada pasu pasu ini adalah lukisan yang menggambarkan kepercayaan. Walaubagaimanapun, kehadiran pedagang Cina ke Sarawak pada kurun ke-19 telah membawa perubahan dan pengaruh besar dalam menghasilkan corak pasu Sarawak yang kita lihat pada hari ini.



Sarawak memang senonim dengan kepopulariti tikar rotannya,mungkin disebabkan buatannya yang cantik mahupun hasil seni yang halus membuat ia menambat hati pencipta barang kraftangan tikar khasnya.Kalau dulu ia bertujuan untuk menjemur padi dan menjadi alas ruang tamu mahupun dapur.Kini ia menjadi kraftangan yang unik sebagai perhiasan ruang tamu pelengkap citarasa yang nampak mewah.










Sape adalah alat Muzik tradisional oleh Orang Ulu hulu yang tinggal di pendalaman Borneo. Sape diperbuat daripada sekeping  kayu, biasanya sekeping kayu lembut, seperti kayu Meranti. Manakala tali-tali dahulunya dibuat daripada pokok Sagu tetapi kini digantikan dengan tali nilon. Instrumen tersebut adalah  dibuat berbeza dari setiap lapisan, dan julat besar dari 60 cm hingga 150 cm.

Dahulu Sape dimainkan semasa Datun Julud dan Ngajat, ini adalah tarian perang tradisional daripada pemburu kepala.Kini Sape dimainkan dalam upacara perayaan mahupun pertunjukan biasa.
Terabai atau Perisai adalah lambang kepahlawanan kaum Iban dan orang ulu di Sarawak dahulu kala. Asalnya ia diperbuat daripada kayu keras dan dihiasi dengan ukiran pada permukaan depannya.Tujuan asalnya sebagai alat pertahannan semasa bertempur dengan musuh tapi kini ia menjadi perhiasan rumah yang cantik.

Parang Ilang atau mandau dalam masyarakat peribumi di Sarawak, bukan sahaja senjata tradisional bahkan ia salah satu budaya yang masih kekal hingga ke hari ini.Walaupun bentuk senjata lain yang lebih maju seperti senapang patah mula diperkenalkan sejak pemerintahan British di Kepulauan Borneo, namun parang ilang kekal sebagai senjata yang penting yang dibawa semasa peperangan pada masa itu.Parang Ilang atau Mandau, pernah digunakan untuk ngayau atau memenggal kepala

Pada zaman dahulu, parang ilang sering dikaitkan dengan tradisi memenggal kepala atau ‘ngayau’ di kalangan kaum Dayak, khususnya semasa dalam peperangan.Tradisi ini akhirnya melahirkan satu kepercayaan bahawa parang ilang yang sering digunakan untuk memenggal kepala adalah bertuah atau keramat.Manakala si pemilik parang ilang tersebut dianggap mempunyai sakral atau sakti dan ini secara tidak langsung meningkatkan status sosialnya.

Namun kini, dengan hilangnya tradisi memenggal kepala sejak awal abad ke-20, parang ilang tidak lagi dianggap keramat atau mempunyai kuasa sakral. Ia tidak lebih dari senjata biasa yang digunakan untuk berburu, menebang pohon, menebas dan melakukan kerja-kerja di kebun.

Invisible Men: Men's Inner Lives and the Consequences of Silence

Penyelidikan psikologi yang pernah memenangi anugerah, Michael E. Addis mengenal pasti dan menyediakan jawapan yang mengelilingi wabak jangka yangg tidak dikatakan berdiam diri dan kelemahan yang terdapat pada lelaki.

Berdasarkan pada penyelidikan saintifik, serta pengalaman peribadi dan klinikal sendiri, pernah memenangi anugerah penyelidikan psikologi Michael E. Addis menerangkan dalam buku ini satu wabak masalah peribadi, hubungan, dan masyarakat yang disebabkan oleh halimunan meluas kelemahan lelaki. Daripada peningkatan kadar bunuh diri di kalangan lelaki, penyalahgunaan alkohol, keganasan dan tembakan sekolah, penyelidikan beliau mendedahkan kos berterusan tinggal senyap apabila emosi, sakit fizikal, atau kerohanian memasuki kehidupan lelaki.

Dalam semangat bestsellers seperti Boys Tanah William Pollack , Addis mengenal pasti masalah-masalah tertentu hasil daripada kesenyapan dan halimunan lelaki, apa yang menyebabkan mereka, dan bagaimana mereka boleh berubah. Addis menyediakan pembaca dengan cerita memaksa punca dan akibat berdiam diri dan halimunan dalam kehidupan lelaki sebenarnya.Invisible Men  menunjukkan kedua-dua pembaca lelaki dan perempuan bagaimana mereka boleh memecahkan melalui sarung tangan panjang untuk melindungi lelaki, tetapi pada hakikatnya menyebabkan kemudaratan yang teruk kepada manusia, wanita, dan keluarga.

Mengenai penulis Michael E. Addis

Michael E. Addis, Lulusan Ph.D, telah menerbitkan lebih daripada 70 artikel dan buku-buku. Beliau adalah penerima Daud Anugerah Psikologi Amerika Persatuan Shakow dan Anugerah Penyelidik Baru dari Persatuan untuk Terapi Tingkah Laku dan Kognitif. Addis adalah seorang profesor psikologi di Clark Universiti di Worcester, Massachusetts, dan kehidupan di pusat Massachusetts.



Gambar Michael E.Addis

Ahad

Selena Gomez Dan Justin Bieber Di Mexico

Justin Bieber dan teman wanita Selena Gomez menikmati masa bersantai bersama-sama di Mexico pada 8 Disember tahun lalu. Pasangan itu melawat negara itu untuk majlis perkahwinan seorang rakan, tetapi mereka membuat perjalanan dengan bersantai di tepi kolam renang - Selena dalam bikini biru yang sangat sempit dan Justin topless.


Pengakuan Lelaki Burung


Smeets Jarno atau dikenali sebagai "lelaki-burung" yang merakamkan videonya sendiri "terbang" di rumahnya menggunakan sayap guaman di YouTube, telah mengakui bahawa ia adalah satu penipuan.Smeets Jarno telah memberitahu orang ramai bahawa dia telah mengilhamkan untuk membina sayap burung berdasarkan lukisan oleh datuknya iaitu basikal terbang.Smeets Jarno telah membuat pengakuan bahawa dia sebenarnya adalah seorang pelukis animasi dan pembuat filem yang dipanggil Floris Kaayk.Saksikan video Youtube dibawah ini.

Birdman Grounded: Man Admits Video of Him Flying A Hoax

Koleksi Mutiara Kata Part 4


Koleksi Mutiara Kata Pilihan

1.Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

2.Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.. 

3.Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan...

4.Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

5.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

6.Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.

7.Sekiranya cinta kamu tidak bersatu dengannya, jangan sesekali melukai perasaannya dengan kata-kata yang kasar, kenangilah saat-saat indah percintaan yang pernah dilalui kerana `tidak semua percintaan berakhir dengan perkahwinan’ itulah ketentuan takdir walaupun ianya pahit sebagai hambaNya harus kita terima dengan penuh keredhaan dan kesabaran… 

8.Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia, Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu.