Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Sabtu

10 Khasiat Air Kelapa Untuk Kesihatan


1. Bersifat Anti Penuaan

Sitokinin yang terdapat dalam air kelapa bertindak sebagai anti penuaan.

2. Meningkatkan Peredaran Darah

Air kelapa adalah tonik jantung yang palaing baik.Ia meningkatkan peredaran darah dan membantu oksigen ke sel sel dalam darah.Ia juga membantu melawan kolesterol dan menghalang pembekuan darah dalam badan.

3. Meningkatkan Imuniti Badan

Air kelapa meningkatkan imuniti dalam badan.Ia membantu melawan jangkitan biasa.Kehadiran asid laurik dalam air kelapa bertindak sebagai anti virus,anti kulat dan anti bakteria dalam badan.

4. Baik Untuk Jantung Dan Saluran Kencing

Kandungan kalium didalam air kelapa membantu mengekalkan jantung yang sihat dan kuat.Air kelapa juga membantu mencegah jangkitan saluran kencing dan kehadiran diuretik sangat baik untuk mencegah penyakit kencing manis yang kronik.

5. Merangsangkan Otak Dan Otot

Kehadiran kandungan kalium dalam air kelapa membantu mengawal degupan jantung dan menguatkan fungsi otot.Ia juga baik untuk meremajakan sel sel otak.

6. Agen Alkali Yang Sempurna

Air kelapa adalah agen alkali yang yang sangat baik untuk membantu mengekalkan nilai Ph cecair dalam badan.Ia membantu tubuh kurang berasid dan membantu heartburn.

7. Mengelak Kekurangan Air

Minum air kelapa membantu mengelak dihidrasi.Ia mengandungi elektrolit semulajadi yang selamat tanpa kesan sampingan.

8. Mengandungi Vitamin,Enzim Dan Asid Amino

Air kelapa mengandungi vitamin B dan beberapa mineral yang baik untuk kesihatan.Kehadiran sulful,zink dan iodin dalam air kelapa membantu melawan radikal.

9. Rendah Klori

Air kelapa adalah sangat baik kerana kandungan klori yang rendah iaitu 46 klori bagi setiap cawan air kelapa.

10. Membantu Pencernaan Dalam Badan

Kehadiran enzim bioaktif dalam air kelapa membantu penghadaman,mencegah sembelit dan disentri serta membantu penyerapan zat makanan yang baik.

Jumaat

Kecutkan Jerawat Menggunakan 4 Bahan Semulajadi.


1. Madu

Madu merupakan antibiotik natural yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Madu juga boleh melembapkan serta menjadikan kulit lebih sihat.

2. Aloe Vera

Aloe vera ni banyak khasiatnya. Ia juga memilik kandungan anti-bakteria dan juga anti-radang yang mengurangkan kemerahan serta iritasi kulit.

3. Ais

Ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain lembut. Tekap pada bahagian berjerawat selema 2-3 minit. Untuk pengetahuan anda, ais boleh mengurangkan bengkak serta mengecutkan jerawat.

4. Bawang Putih

Bawang putih mengandungi anti-bakteria yang boleh melawan jerawat. Hancurkan seulas bawang putih dan tambah sedikit air. Kemudian, sapu pada kawasan berjerawat selama 10 minit. 

#nurraysa
#nurraysabeauty
#nurraysaskincare
#mesrawuduk
#mudahcepatselamat

Jika Seorang Isteri Menangis


Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat.”Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,hanya jika dia sangat menyayangimu.Dia akan menurunkan rasa egonya .

Wahai Para Suami!

Jika seorang isteri pernah menangis keranamu,tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai Para suami!

jika seorang isteri menangis keranamu,tolong jangan menyia-nyiakannya.Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu,Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini?

Dibalik kelembutan dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.Tutur katanya merupakan kebenaran.Senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya.

Pelukan dan Ciumannya bisa memberi kehangatan bagi anak-anak.Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa.Dia terharu,menangis bila melihat kesengsaraan pada orang-orang yg dikasihinya.

Dia mampu tersenyum dibalik kesedihannya…
Dia sangat gembira melihat kelahiran…
Dia begitu sedih melihat kematian..
Titisan air matanya bisa membawa perdamaian.Tapi dia sering dilupakan oleh suami kerana satu hal.Bahawa “betapa berharganya dia”.


Sabtu

Koleksi Perjalanan Balik Kampung

Assalamualaikun,dikesempatan ini saya akan membawa saudara saudari menikmati sedikit koleksi panorama ketika perjalanan saya sekeluarga balik Kampung Sekapan Panjang Long Dungan Belaga Sarawak pada 21-28 Mac 2015.

Perjalanan Dari KL-Sibu Sarawak
Sampai Di Jeti Kapit Dari Sibu-Kapit
Pandangan Dari Atas Bot Express Di Sebuah Kampung Hulu Pelagus
Keadaan Dalam Bot Express Kapit-Belaga
Tanbang Bot Express Kapit-Belaga
Sebuah Pulau Di Kawasan Pelagus Sungai Rejang
Mak Dan Ayah Serta Pok Di Beranda Rumah Panjang
Keadaan Beranda Rumah Panjang (ruang tamu)
Keadaan Beranda Rumah Panjang (ruang tamu)
Pintu Rumah Panjang
Sebahagian Dari Rumah Bantuan Kerajaan
Pandangan Rumah Panjang
Pokok Buah Pinang
Kucing Belaan Orang Tua Kat Kampung
Bunga Raya
Pandangan Dari Belakang Rumah Yang Menghadap Sungai Rejang
Pandangan Sungai Rejang Dari Tebing Kampung
Pandangan Sungai Rejang Dari Tebing Kampung
Pandangan Dari Kampung Dari Perahu Panjang
Pandangan Sekolah Srk Airport Dari Perahu Panjang
Pandangan Kawasan Perkuburan Tradisional Kampung
Pandangan Menuju ke Pekan Belaga
Salah Satu Ubat Tradisional
Kraftangan Orang Kampung Hasih Tangan Sepupu
Bag Tangan Hasil Kerja Mak
Kek Lapis Sarawak
Pandangan Dari Atas Bot Express
Pandangan Dari Atas Bot Express
Pandangan Dari Atas Bot Express
Pandangan Dari Atas Bot Express Dari Belaga-Kapit
Pandangan Dari Atas Bot Express Dari Belaga-Kapit
Pandangan Dari Jeti Bot Kapit-Belaga
Bandar Sibu
Jeti Bot Express Sibu
Pandangan Senja Dari Dermaga Sibu
Jeti Bot Express Sibu
Tebing Sungai Rejang Sibu Sarawak
Bot Express Di Jeti Sibu
Pandangan Di Tebing Sibu
Bandar Sibu
Bandar Sibu
Bandar Sibu
Bandar Sibu Depan Market
Bandar Sibu

Market Sibu
Bandar Sibu
Bandar Sibu
Bandar Sibu
Selesai Sudah..