Selasa

Nurin Najwa "Cerekarama TV3" Full Download


Tajuk : Nurin Najwa
Year : 2012
Genre : Drama
Masa Tayanggan : 81 min
Para Pelakon : Sari Yanti, Nisha Dirr, Zahiril Adzim, Zamarul Hisyam, Betty Benafe.


Synopsis :
Mengenai Nurin Najwa yang merupakan anak tunggal kepada Tuan Mahdi dan Puan Zahra yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM. Bapanya seorang pakar motivasi manakala ibunya pegawai diplomatik yang sentiasa ke luar negara atas urusan kerja. Semenjak dari kecil lagi, Nurin Najwa telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah. Manakala Irfan, seorang pelajar lelaki yang datang daripada keluarga sederhana. Bapanya telah meninggal dunia manakala ibunya pula mengambil upah menjahit pakaian dan membuat kuih sebagai pendapatan sampingan. Umum telah mengetahui, bapa Irfan ialah bekas banduan yang mati di tali gantung akibat dadah. Oleh itu, Irfan sering diejek. Tika yang menaruh harapan terhadap Irfan sering membelanya dari dibuli. Dia merupakan gadis kampung yang liar dan bersosial. Di sekolah, Tika sering mempunyai masalah disiplin kerana sikapnya yang suka bergaduh dengan rakan-rakan sekolah. Tika sangat meminati Irfan tetapi Irfan tidak melayannya, sekadar bertegur sapa sebagai kawan sahaja. 

Secara kebetulan kelas tambahan yang dihadiri oleh Irfan juga dihadiri oleh Nurin Najwa. Secara tidak langsung, ini telah membuka kepada awal perkenalan di antara mereka secara lebih rapat. Ternyata Tika cemburukan hubungan di antara mereka.Namun hubungan rapat mereka dicemburui Tika yang menaruh hati pada Irfan.Dia menuduh Irfan seorang penagih dadah sama seperti bapanya kepada mama Najwa.Sejak itu,Najwa tidak lagi berhubungan dengan Irfan dan Najwa berhenti dari pusat tusyen.Ini menimbulkan tanda tanya kepada Irfan,lalu dia pergi ke rumah Najwa dan merasakan ada sesuati berlaku antara Najwa dengan Cikgu Fikri.Hingga satu ketika Najwa mengandung,namun kandungannya gugur. Najwa dihantui dengan rasa bersalah.Irfan cuba membantu Najwa namun terperangkap dan dituduh bertanggungjawab di atas kematian anak Najwa.Apa yang bakal terjadi seterusnya?Siapakah bapa anak kepada Nurin Najwa sebenarnya?Jangan lupa download untuk mengetahui kesudahannya.

Promo Nurin Najwa
Download Link : 
(mkv 556.6mb)


Tiada ulasan: