Sabtu

Iklan Nuffnang : Cara Letak Iklan Atas Header Blogspot!

Kembali lagi kita pada tutorial berkenaan macam mana nak letak iklan Nuffnang kat bahagian atas Header Blog khususnya pada para pengguna Theme Blogspot.Sejak saya mula berblogging saya tertarik dengan kedudukan Iklan Nuffnang kat celah Atas Header Blog kebanyakkan Blog yang saya lewati.Kerana ingin juga kedudukan Iklan saya berkedudukan serupa saya pun google untuk mencari tutorial yang berkenaan.Banyak yang saya jumpa tak sesuai untuk them Blogspot,kedudukan iklan memang kat atas tapi ade sesuatu yang tak kene,mungkin untuk Theme Wordpress ianya sesuai tapi bukan pada blogspot.

Sekadar Contoh

Contohnya : Kebanyakkan Tutorial banyak menyarankan kita mencari cari Kod  seperti ini <div id='header'> mahupun yang ini <div id='header-wrapper'> dan banyak lagi,sebelum Pastekan Iklan Nuffnang kat sebelah atas Kod tadi.Sebenarnya Kod-Kod seumpama ini tak ngam atau sesuai dengan Blogspot kekadang langsung tak jumpa pun,jadi nak yang betul-betul sesuai ikut tutorial kat bawah ini.

TUTORIAL BERMULA

Mula-mula, pergi kat Dashboard --> Design --> Edit Html --> Expand Widget Templates lepas tu tekan Ctrl dan F serentak cari keyword "<header>" dan tekan Enter pada keybord.

Bila Dah Jumpa "<header>" pastekan Kod Iklan Nuffnang yang nak di letakkan kat atas Kod tadi.Bila dah paste,jangan terus save Tolong Preview dulu,bila dah OK baru tekan SAVE Template.

OPP..kalau anda nak letakkan iklan Nuffnang anda kat celah bawah Header pun boleh cuma search keyword ini </header> dan pastekan Nuffnang code di bawah keyword tersebut.Ok semoga tutorial ini membantu anda Njoy.

-TUTORIAL TAMAT-

Tiada ulasan: