Jumaat

TIP PENGGUNAAN NURRAYSA GLOWING DD MOIST CAKE

Glowing DD Moist Cake

Tekapkan span pada muka kemudian baru ratakan seluruh muka untuk nampak kesan yang kemas. Pakai bedak secara nipis sahaja.

Kulit Normal :

Tekap bedak seperti biasa

Kulit Kering :

Guna Nurraysa UV Cream secara nipis dan tekapkan bedak dengan rata.

Kulit Berminyak :

Jangan guna UV Cream, selepas ratakan bedak, tekapkan menggunakan tisu.

Kulit Sensitif :

Guna bedak jangan lebih dari 4 jam
Guna selang sehari selama seminggu

Elakkan guna bedak ketika berpeluh kerana tona tidak sekata dan bercapuk. Jangan gunakan bedak lebih daripada 4 jam, selepas 4 jam kena cuci.

Penggunaan kali pertama mungkin akan naik jerawat, bedak ini merawat jadi ia adalah satu tindakbalas terhadap kulit. Selepas seminggu penggunaan dan serasi dengan kulit, kulit akan normal semula.

Jika selepas guna bedak ada tanda-tanda muka merah, berbahang dan jerawat, ia disebabkan tindak balas dari bedak kerana bedak ini bersifat merawat. Bagi kulit seperti ini disarankan guna secara nipis dahulu.

Jika kulit muka berminyak disebabkan guna bedak ini, ini kerana liang pori sebelum ini tersumbat. Jadi anda seharusnya cuci muka dengan betul sebelum menggunakan bedak.

#nurraysa
#nurraysabeauty
#nurraysaskincare
#mesrawuduk
#mudahcepatselamat

7 Kebaikkan Tidur Awal




Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat. Namun entah kenapa, sukar sekali melaksanakan kebiasaan tidur yang teratur. Padahal, cadangan ini diberikan bukan tanpa alasan. 

Bila mengetahui bahawa tidur lebih cepat menawarkan banyak keuntungan seperti menurunkan berat badan atau membuat anda lebih produktif di pejabat, masakan anda masih tidak mahu mengusahakannya? Bila tak percaya, cuba lihat beberapa keuntungan mengelakkan tidur larut malam ini :

1. Berat badan turun.

Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar, kata Evelyn Tribole, MS, RD. Ia memberi amaran bahawa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh. Di samping itu, apabila anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya anda akan melewatkan sarapan pada esok harinya. Akibatnya tenaga anda akan berkurangan dan cenderung akan makan berlebihan pada siang harinya, demikian menurut Rafael Pelayo, MD, seorang profesor dari Sleep Medicine di Stanford University.

2. Tidur lebih mudah.

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, anda juga menjadi lebih sukar tetap dalam keadaan tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika anda terbangun pada malam hari dan mengalami kesukaran untuk kembali tidur?

3. Lebih produktif pada pagi hari.

Anda boleh saja mengaku sudah biasa berjaga, namun tak seorang pun diprogramkan secara biologi untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, anda pun akan bangun dengan keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi. Keadaan ini tentu membuat anda mampu melakukan apa-apa aktiviti anda dengan lebih produktif.

4. Jantung yang lebih sihat.

Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu, Jepun, mengatakan bahawa sukarelawan dalam sebuah kajian yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui mempunyai pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal. Sekadar info, pengerasan pembuluh darah arteri merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung.

5. Lebih bertenaga.

“Mereka yang terpaksa baru boleh tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benar-benar biasa dengan kitaran hidupnya,” ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute. Kerapkali, menurut Gromer, para pekerja seperti ini hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukannya mengalami fasa tidur lelap yang panjang. Hal ini tentu akan membuat fizikal mereka tak pernah bugar seluruhnya.

6. Boleh sukan lebih baik.

Sebuah kajian yang diadakan oleh Stanford University meminta sekumpulan atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu. Hasilnya, prestasi mereka ketika latihan meningkat. Kalau sudah begini, anda tak perlu lagi personal trainer untuk mencapai tujuan latihan anda kan?

7. Tidak mengalami kesan kafein.

Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak boleh tidur nyenyak kerana kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan mengantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak. Kafein itu akan berlangsung 10 jam, bererti,ia akan hilang separuh selepas 10 jam anda meminumnya. Dengan tidur lebih awal anda akan membebaskan diri dari kitaran kopi yang tak menyenangkan ini.

#nurraysa
#nurraysabeauty
#nurraysaskincare
#mesrawuduk
#mudahcepatselamat

Khamis

Maksud Mesra Wuduk/Mesra Solat

Maksud mesra wuduk ialah mudah dicuci dan mudah ditanggalkan bukannya tidak perlu dicuci sebelum mengambil wuduk. Tanggalkan semua lapisan foundation, bedak , lipstik, eyeliner, blusher , eyebrow, eyeshadow dan mascara. Cuci sebersihnya sehingga tanggal habis.

Set makeup Nurraysa Beauty tidak mengandungi SILIKON dan mudah dicuci untuk berwuduk. Tidak bersifat ‘waterproof’ dan juga menggunakan bahan-bahan semulajadi sekaligus dapat merawat kulit.

Silikon adalah bersifat ‘waterproof’ ibarat lapisan plastik di atas kulit untuk makeup bertahan lebih lama di wajah dan susah di tanggalkan walaupun menggunakan sabun dan makeup remover. Perlu di cuci  banyak kali sebelum berwuduk. Wuduk boleh jadi tidak sempurna dan solat tidak sah jika tidak dicuci dengan betul-betul.

Cara cucian yang betul jika menggunakan set makeup Nurraysa Beauty sebelum berwuduk, guna Nurraysa Fast Clean Eye Makeup Remover, spray terus di muka, urut seluruh muka sehingga rata selama 1-2 minit. Bilas dengan air. Seterusnya boleh berwuduk tanpa was-was.

Pengenalan Nurraysa Beauty


Nurraysa Beauty sebuah syarikat produk kecantikan buatan muslimah yang diasaskan oleh Nur Aini Zolkepeli pada Julai 2012.Nurraysa Beauty mengeluarkan produk kecantikkan yang berasaskan bahan-bahan semulajadi dan membawa tema Mesra Wuduk.Semua produk keluaran NURRAYSA BEAUTY bebas daripada kimia merbahaya sesuai dengan temanya Mesra Wuduk.

Berikut adalah Kenapa Nurraysa Mesra Wuduk.

MESRA WUDHUK - tanpa silikon dan tanpa plumbum yang menghalang air sampai ke pori bila berwudhuk

BEBAS SLES - SLES digunakan untuk menggalakkan buih keluar lebih banyak tetapi tidak elok untuk kulit kerana untuk kulit sensitif boleh menyebabkan keradangan atau kulit menjadi kering..

BEBAS PARABEN - Bahan2 ini adalah mimik estrogen. Apabila digunakan pada kulit akan masuk ke dalam aliran darah dan berlaku ketidakseimbangan estrogen. Boleh menyebabkan baligh awal atau menyebabkan masalah pembiakan dalam kedua2 lelaki dan wanita..

BEBAS PLUMBUM - Bahan yang boleh menyebabkan bibir kita menjadi hitam apabila dipakai lama kerana ia terdiri daripada toksik logam yang boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser

Nama NURRAYSA merupakan gabungan dari 3 nama depan keluarga pengasas nurraysa iaitu :

NUR : Nur Aini Zolkepeli
RAY : Nama Anak Sulung RAYYAN
SA   : Nama Suami SAIFUL

Senarai Penuh Produk Nurraysa Beauty


Nurraysa menawarkan produk Nurraysa Beauty yang berasaskan BAHAN SEMULAJADI, SELAMAT dan semestinya MESRA WUDUK.

Ada 22 rangkaian produk :

Senarai Produk Nurraysa:
1. Collagen Soap
2. Collagen Powder
3. Set Skincare Trial Pack
4. Treatment Serum
5. Whitening Spray
6. UV Cream
7. Argan Whitening Moisturizer
8. Glowing DD Moist Cake
9. Pearl Magic Lipstick
10. Flawless Mineral Loose Powder
11. Shining Mineral Blusher
12. Miracle Eyeliner
13. Mascara Perfect Long Lash
14. Perfect Brow Shaping
15. Habbatus Sauda’ Hair Treatment
16. Organic Body Wash
17. Instant Pearl Glow Body Lotion
18. Stemcell Feminine Wash
19. Fast Clean Eye Makeup Remover
20. Japanese Sweet Cherry Eau de Parfum
21. Full Set Skincare
22. Softening Facial & Body Jelly Scrub

Pelanggan yang disayangi boleh tengok gambar-gambar produk di wall saya.
My Facebook 
Nak order boleh Whatsapp:

📲 012 3401104
📲 012 3401104
📲 012 3401104

Saya juga sedang mencari Dropship yang serius menambahkan pendapatan bersama Nurraysa. Bimbingan diberikan dalam Support Group di Whatsapp. So rugi kalau tak join sekarang.

Bertindak segeraaa!

#nurraysa
#nurraysabeauty
#nurraysaskincare
#mesrawuduk
#mudahcepatselamat