Khamis

Titanic Kembali Dalam Bentuk 3D


Tajuk "Titanic 3D" merujuk kepada 2012 pelepasan semula  tahun 1997 filem Titanic, ditukar kepada 3D format.Filem ini ialah akaun fiksyen pelayaran pertama Titanic dan tenggelam kapal, pada April 1912.

Titanic versi 3D stereoskopik telah diwujudkan di bawah bimbingan pengarah, filem asal James Cameron. Beliau juga pernah membuat filem dokumentari 3D melawat kapal karam di bawah air, jurang maut, difilemkan pada tahun 2001 dan dibebaskan pada tahun 2003. Pada tahun 2009, Cameron mengeluarkan filem 3D Avatar , yang sengaja direka untuk tontonan 3D.

Titanic dalam 3D telah dijana semula menerusi filem asal sebagai resolusi 4K dan selepas memeluk 3D stereoskopik format. Titanic versi 3D mengambil 60 minggu dan $ 18 juta untuk menghasilkan, termasuk pemulihan dari 4K. Pada yang 2009 San Diego Comic-Con , James Cameron telah mengumumkan bahawa Titanic adalah dalam proses yang ditukarkan ke 3D teater, dia menganggarkan ia akan mengambil masa enam bulan hingga setahun untuk disiapkan. 

Pada bulan Mac 2010, beliau menetapkan tarikh pelepasan bagi Titanic 3D pada musim bunga 2012, yang kemudiannya disahkan melalui Paramount Pictures Mei 2011, studio berkata filem tersebut ditetapkan untuk dilepaskan semula pada 6 April, 2012, empat hari selepas 100 tahun selepas pelayaran sulungnya.Walaubagaimanapun pada 8 Februari, 2012 lalu, pelepasan semula telah ditetapkan pada 4 April, 2012.

Titanic 3D Trailer
Maklumat Lanjut :

Keunikan Inai India "Mehndi"


Mehndi merupakan inai sebagai bentuk sementara hiasan kulit di Benua India, dan juga oleh masyarakat ekspatriat dari kawasan berkenaan malah negara kita sendiri Malaysia. Mehendi merupakan kesenian tradisional mereka yang biasanya dilakukan pada tangan dan kaki adalah merupakan sebahagian daripada adat istiadat di India. Mehndi biasanya digunakan semasa majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan dan perayaan-perayaan seperti Diwali, Bhaidooj, Teej dan Hari Raya. Dalam beberapa perayaan-perayaan Hindu, setiap wanita cuba untuk mempunyai mehndi dilakukan pada tangan dan kakinya. Ia biasanya dilukis di tapak tangan dan kaki, di mana warna akan menjadi gelap kerana kulit mengandungi tahap yang lebih tinggi daripada keratin yang mengikat sementara kepada lawsone, pewarna inai. Mehndi pada asalnya digunakan sebagai satu bentuk hiasan terutamanya untuk bakal pengantin. 

Dibawah ini, saya membawa anda kepada Designer Mehndi yang menakjubkan :
















Rabu

Rumah Panjang Sarawak

Pernah tak anda mendengar "Rumah Panjang"?Di sini saya ingin memberikan anda gambaran tentang Rumah Panjang ini.Dalam bidang arkeologi dan antropologi,  Rumah Panjang merupakan sejenis bangunan kediaman yang terdiri daripada satu bilik yang panjang. Beberapa keluarga akan tinggal bersama di Rumah Panjang ini. Kebanyakannya dibuat dari kayu dan merupakan bentuk binaan tetap yang awal dalam banyak budaya,tapi kini Rumah Panjang sudah mencapai tahap revolusi dimana Rumah Panjang Kini di bina dengan bahan binaan seperti kongkrit dan batu bata.

Rumah Panjang Tradisional

Jenis Rumah Panjang orang asli Malaysia Timur biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.Rumah Panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah banjir. Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu.

Rumah Panjang Moden

Pada 9 Oktober 2009, kerajaan negeri Sarawak berhasrat memberi nilai dan gaya baru kepada rumah panjang Sarawak tanpa mengorbankan ciri-ciri unik rumah panjang.Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyatakan seminar rumah panjang diadakan bagi mendapatkan pelbagai input daripada pemimpin masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu .

Koleksi Rumah Panjang

Hak milik strata bagi setiap bilik akan dikeluarkan dan dengan itu dapat digunakan sebagai cagaran apabila memohon pinjaman. Insuran rumah juga dapat dikeluarkan demi keselamatan rumah. Biasanya rumah panjang mempunyai 10 dan 30 bilik. Setiap rumah panjang mempunyai "ruai" iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah itu di mana kebanyakkkan aktiviti diadakan di tempat itu.

Ruang Dalam Rumah Panjang

Arkitek daripada kaum Iban akan memastikan tidak menghapuskan hak "tuai rumah" yang menjadi ketua bagi setiap rumah panjang. Hak pentadbiran mereka akan dikekalkan. Di kampung tradisional Melayu, ketua kampung menjadi penghulu bagi kampung berkenaan.Reka bentuk baru itu mungkin sama seperti konsep sebuah lot kedai dengan kaki limanya tetapi masih mengekalkan reka bentuk rumah panjang

Jenna Talackova Tersingkir Miss Universe

Gara-gara kisah silamnya peserta Miss Universe Kanada iaitu Jenna Talackova disingkirkan daripada meneruskan sesi pertandingan Miss Universe yang akan diadakan di Toronto Mei ini.Jenna Talackova hilang kelayakkannya ekoran pihak juri mengetahui bahawa beliau dilahirkan bukan sebagai perempuan tulen sebaliknya beliau menjalani pembedahan jantina pada umur 19 tahun,sedangkan syarat utama kelayakkan pada Miss Universe adalah peserta mesti lahir sebagai perempuan sejati.Jenna 23 tahun berjaya menyertai Miss Universe Kanada selepas dia berjaya memenangi pertandingan Miss Vancouver

Dibawah ini ada beberapa gambar Miss Vancouver itu Jenna Talackova






Video Pengakuan Jenna Talackova

Samsung U5 Pemain Mp3


Samsung U5 adalah pemain mp3 yang sesuai untuk di bawa berjalan-jalan dan berjoging.Ia mempunyai rekabentuk yang kecil tetapi  mempunyai kapasiti storan sebanyak dua gigabite dan dilengkapi skrin sebesar satu inci.Saiz U5 hanyalah berukuran 3.5 inci panjang,0.9 inci lebar dan 0.5 inci tebal.


Samsung U5 sesuai sebagai pemain mp3 sekunder kepada iphone mahupun telefon mudah alih anda.Ruangan storannya sebanyak 2gb cukup untuk memuatkan 500 buah lagu dalam satu masa.Semasa anda menggunakan U5 ini dalam aktiviti sukan seperti berjoging,mood sukan akan muncul di skrin kecilnya dimana animasi muncul dengan aksi berlari dan berpeluh.


Samsung U5 juga menyokong format lagu seperti mp3,wma,ogg dan flac.Ia mengunakan sistem enjin bunyi DNS 3.0 iaitu teknologi kesan bunyi Samsung yang boleh membuatkan bunyi lebih lunak dan fungsi bunyi sekeliling.Ia juga mempunyai 6 tetapan EQ.Satu tetapan EQ pengguna,port usb,fon telinga dan ia juga serasi dengan sokongan windows xp,vista dan windows 7.Paparan OLED satu incinya dengan resolusion 128x64 pixel,paparan kelajuan main muzik,paparan lirik,paparan jam dan paparan radio dengan tetapan 30 stesyen radio FM.


Samsung U5 juga berfungsi merakam suara menerusi mikrofon dalaman dengan kadar 128kbps bit.U5 mempunyai kuasa bateri yang agak tahan lama kira-kira 15 hingga 20 jam main muzik berterusan.Jika anda melakukan rakaman mungkin jangka hayat beterinya turun ke 10 jam sahaja.Samsung U5 didatangi dengan 5 warna iaitu merah,hitam,merah jambu,biru dan putih.Jika anda pencinta gajet U5 memang berbaloi untuk dimiliki sebagai koleksi.