Minyak argan dihasilkan dari buah Kacang Argan. Sejak dulu lagi minyak argan memang tidak asing pada dunia kecantikan. Popularitinya dalam bidang kosmetik semakin meningkat masa kini sehingga digelar sebagai "liquid gold" dikalangan wanita Eropah kerana khasiatnya yang menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat anti-aging semulajadi terbaik.
Minyak argan bermanfaat untuk rawatan masalah rambut gugur, pertumbuhan dan penjagaan rambut kerana khasiatnya mampu memberi nafas baru kepada rambut kering, beruban, kusut, bercabang, rapuh dan sebagainya. Minyak ini mempunyai ciri yang sama dengan minyak Jojoba tetapi khasiat dan keberkesanan minyak argan lebih luar biasa.
Hasil kajian oleh pakar kecantikan dan kesihatan dunia, minyak argan diperakui sebagai agen anti-penuaan semulajadi terbaik. Sedar akan khasiat minyak argan yang makin popular dalam bidang kecantikan ramai pengeluar kosmetik berlumba-lumba menawarkan produk minyak argan yang diyakini berfungsi sebagai anti-penuaan, namun ada produk yang ditawarkan sudah ditambah dengan bahan kimia dan tidak memberi hasil yang diharapkan. Hanya minyak argan asli yang mampu memberi hasil yang menakjubkan.
Minyak argan asli (100% tulen) tidak dicampur sebarang bahan lain mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia. Minyak argan adalah minyak yang jarang diperolehi kerana pokok argan hanya tumbuh di kawasan bercuaca seperti di negara Moroco, maka tidak hairanlah ia juga dikenali sebagai Moroccan Oil.
KELEBIHAN MINYAK ARGAN ASLI :
Manfaat Minyak Argan Kepada Kulit
- Anti-penuaan yang amat berkesan
- Menyelesaikan masalah kulit berjerawat
- Menghilangkan masalah parut
- Melindungi kulit daripada kedutan akibat penuaan pra-matang
- Mengurangkan kedutan dibawah mata
- Bertindak sebagai pelembap terbaik untuk kulit. Ia menyegar dan melembut kulit lebih mudah daripada penggunaan krim atau minyak yang lain
- Kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit yang berfungsi untuk menegangkan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih segar
- Mampu mengurangkan kegatalan kulit dan cepat menyembuhkan tanda-tanda yang disebabkan oleh menggaru pada kulit
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Mampu mencegah stretchmark pada kulit akibat proses kehamilan
Manfaat Minyak Argan Kepada Rambut
- Menghidrat rambut dengan cara semulajadi, mampu menstabilkan kelembapan pada rambut dan melembutkan rambut yang kasar dengan cepat
- Mampu menembusi hingga ke liang rambut serta meningkatkan keanjalan rambut.
- Berkhasiat untuk pertumbuhan rambut
- Anti oksidan semulajadi yang terdapat dalam minyak argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih membran sel rosak pada rambut
- Kehadiran Vitamin E menjadinya agen terbaik untuk rawatan rambut akibat kerosakan agen perosak
- Mengekalkan kelembapan rambut serta mengembalikan kilauan dan sinar rambut
- Merawat akar rambut yang rapuh dan meransang pertumbuhan rambut yang terurus
- Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega3 dan Omega9 yang mengukuhkan struktur akar rambut serta ikatan protein dalam rambut.
- Menguatkan struktur rambut dari akar hingga ke hujung rambut.
Manfaat Minyak Argan Kepada Kuku
- Menguatkan kuku yang lemah dan mudah pecah.
- Menguatkan kulit halus di akar kuku dan menjadikannya licin
- Kuku menjadi segar dan bersinar
- Meransang pertumbuhan kuku cantik berseri
- Manfaat Minyak Argan Kepada Sendi
- Amat berguna dalam rawatan penyakit radang kulit seperti jerawat, cacar air dan psoriasis.
- Tompok-tompok merah muncul pada kulit dalam penyakit-penyakit ini
- Dalam keadaan arthritis dan reumatik di mana sendi dan tisu badan yang rosak, minyak argan mampu melega dan mengurangkan kesakitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan