Sarawak, atau juga dikenali sebagai "Bumi Kenyalang", merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dan terletak Northwest Pulau Borneo.Sarawak mempunyai keluasan sebanyak 124,449 km persegi yang dibahagikan kepada 11 bahagian iaitu Kapit ,Miri ,Bintulu ,Sibu ,Limbang ,Mukah ,Sri Aman ,Samarahan ,Kuching ,Sarikei dan Betong.Sarawak juga berkongsi sempadan dengan wilayah Kalimantan Indonesia di Selatan dan Brunei serta Sabah di Timur Laut.
Sarawak mempunyai sejarah yang panjang dan menarik. Tarikh sejarah awal Sarawak agak lama dimana fosil manusia yang telah ditemui berhampiran Gua Niah wujud sejak 45.000 SM.Sarawak merupakan bekas naungan Kesultanan Brunei. Walau bagaimanapun, pada tahun 1841, Sultan Brunei melepaskan kawalan negeri kepada British di bawah arahan Sir James Brooke.Kemudian, Sir James Brooke mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Sarawak dengan gelaran "Rajah Sarawak" dimana"Rajah putih" pula, merupakan gelaran dipanggil, untuk memerintah negeri.
Semasa Perang Dunia 2, Sarawak diduduki oleh Jepun, dan apabila Jepun menyerah kalah pada tahun 1946, kawalan British yang kembali ke atas Sabah dan Sarawak kemudiannya menjadi sebahagian daripada tanah jajahan British. Pada tahun 1963, Sarawak, bersama-sama dengan Sabah, Singapura dan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia tetapi Singapura telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965.
Hari ini, Sarawak sedang membangunkan negeri dengan jumlah penduduk 2.3 juta orang yang terdiri daripada 27 kumpulan etnik. Kumpulan utama pribumi di sini adalah "Dayak".Suku kaum Dayak ini pula terbahagi kepada 2,iaitu "Dayak Laut" merujuk kepada orang Iban dan "Dayak Darat" merujuk kepada suku kaum Bidayuh. Kumpulan etnik-etnik yang lain pula adalah Kenyah, Kayan, Punan, Sekapan, Penan, Melanau dan banyak lagi. Setiap kumpulan etnik ini mempunyai budaya yang unik dan warisan mereka yang tersendiri.
hurm..cantiknya bumi SARAWAK ;-)
BalasPadam