Berapa kerapkah anda membuat post pada blog anda?Jika anda dalam kategori rajin ini bermakna blog archive anda akan terjuntai panjang ke bawah blog.Jika anda seorang yang suka akan kekemasan pada blog,pasti keadaan ini menjadi masalah untuk anda,kerana sedikit sebanyak mengganggu kesedapan mata memandang pada kecantikan mahupun kekemasan blog.
Contoh Scroll Box Blog Archive
Untuk mengatasi masalah ini,saya akan menunjukkan sedikit tutorial bagaimana untuk membuat Scroll Box pada Blog Archive anda bagi ia kelihatan lebih kemas dan mengelakkan blog archive kita daripada terjuntai panjang.Seperti biasa,mula-mula pergi kat Dashboard blog,pilih Template dan pilih Edit HTML dan Klik Proceed.Lepas tu klik kat Expand Widget Templates dan tekan Ctrl+F.
Kopy Kod ini <div id='ArchiveList'> dan Pastekan kat kotak Search sebelah kanan,atas blog dan tekan Enter.Lepas tu,anda akan jumpa Kod tadi seperti ini <div id='ArchiveList'> Di bahagian atas kod tadi terdapat kod seperti ini <div class='widget-content'>.Gantikan kod ini <div class='widget-content'> dengan kod kat bawah ini
<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:300px'>.Lepas itu Preview,kalau Ok klik kat Save Template.-selamat mencuba-
Nota : Nombor 300px tu anda boleh tukar mengikut selera anda sendiri.
bgus2.. nice sharing...
BalasPadamjom singgah http://adamnarzuan.blogspot.com