Pages - Menu

Selasa

Cara Detect Line Wifi Kita Dicuri

Salam pada anda semua,sedar tak anda semua bahawa saban hari mahupun tahun pengguna internet seluruh dunia telah mengalami peningkatan yang mendadak dari 250 juta pengguna internet di peringkat Dunia pada tahun 2000 meningkat kepada lebih 2 bilion pengguna Internet pada tahun 2010,manakala di Malaysia statistik pada tahun 2000 jumlah pengguna internet berjumlah dalam 3.7 juta,meningkat kepada 16.9 juta pengguna internet pada tahun 2010 mengikut Internet Worldstats dan ITU.

Kesan daripada peningkatan ini,banyak syarikat-syarikat telikomunikasi tempatan yang menawarkan pelbagai tawaran-tawaran menarik berkenaan penggunaan pekej jalur lebar ini.Apa yang saya perhatikan promosi keatas pekej-pekej yang ditawarkan bukan sahaja terhad dikaca tv dan surat khabar sahaja malah pembukaan gerai di jalanan lagi,fuh..macam menjual goreng pisang pulak.Contoh,yang pernah saya jumpa ialah Unifi,Celcom,Umobile dan P1 wimax.

Pekej-pekej internet ini semua berbeza cara penggunaannya mengikut jenis syarikat masing-masing,ada yang pakai broadband biasa contohnya yang pakai modem biasa seperti ZTe dan gelombang wifi seperti Unifi dan P1 wimax.Asasnya, apa yang saya nak terangkan pada anda semua di sini adalah cara bagaimana mengetahui "line Wifi" kita dicuri oleh si pengguna yang tak bertanggungjawab.

Bagi saya ada 2 cara yang biasa kita guna untuk mengetahui line Wifi kita daripada di curi.Satunya dengan cara manual iaitu dengan "Command Prompt" dan satu lagi menggunakan Sofware Khas yang kita Download free di internet.Untuk menggunakan Command Prompt tengok Step kat bawah ini :

Step 1 : Pergi kat Manu START dan klik,Pergi kat ruang SEARCH taip CMD dan akan keluar kotak cmd macam gambar kat bawah ini :


Step 2 : Taip NET VIEW pastu tekan ENTER.

Ha..mudahkan,lepas kita tekan Enter tadi keluarlah segala SENARAI PENGGUNA Line Wifi kita.

Bagi penggunaan Sofware pulak anda semua boleh menggunakan Sofware seperti ini Wireless network watcher dan Netcut yang bolen anda Download kat Watcher Kat Sini dan Netcut di sini.Apa yang anda perlu buat adalah Download dan Run,cara menggunakannya senang je jangan risau.Selamat Mencuba!

Contoh Wireless network watcher

Contoh Netcut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan