Pernah tak anda terfikir untuk membuat set komputer sendiri kira pasang sendirila ye.Sebenarnya untuk membuat satu set komputer baru taklah sesusah mana, cuma kita perlu tahu asas kompenen yang wajib ada untuk membolehkannya ia berfungsi dengan sempurna.Bila kita dah kenal hardwarenya senanglah sikit kita nak memasangkannya.Laman sensawang Youtube bayak menyediakan vedio berkenaan cara memasang setiap komponen yang ada pada satu set komputer,jadi Youtube tempat yang bagus untuk belajar secara percuma.Kalau anda nak tahu,10 benda atau hardware asas yang perlu ada untuk kita membuat satu set komputer baru contohnya seperti di bawah ni.
- Processor
- Motherboard atau Mobo
- Ram
- Hardish
- Dvd Writeter
- Power Suply dan Kasing
- Monitor
- Keybord dan Mouse
- Grafik Kad (tak wajib)
- Windows
Kalau anda rasa ragu untuk memasangnya sendiri jangan risau kerana hampir kesemua kedai yang menjual barang barang komputer menyediakan perhidmatan pasang memasang benda ni semua cuma berbayar dan tak berbayar je.Apa yang penting ialah anda kene tahu barang asasnya saje sepertimana yang saya nyatakan tadi.Ini penting bagi mengelakkan kita ditipu dan kualiti barang yang kita beli.Sedikit sebanyak ia membantu kita memilih hardware mana dan jenama yang patut kita beli mengikut bajet yang kita ada.Sesetengah kedai komputer ada menyediakan list atau senarai harga set komputer yang ditawarkan mengikut spec masing masing.
Memang kekadang harga yang ditawarkan lebih murah berbanding bajet yang kita buat untuk spec yang sama.Dalam kes seumpama ini,pengetahuan tentang hardware komputer tadi amatlah penting kerana anda harus faham,apakah jenis hadware yang ditawarkan bermutu atau sebaliknya, baik dari segi jenama mahupun kualiti barang tersebut.Pekedai biasanya memenimumkan kos yang ada dalam menjual setiap barang yang dijualnya.Contohnya : Apa gunanya anda membeli Set Komputer i7 dengan harga yang sedikit rendah kalau barang-brang yang di dalamnya tak berkualiti,pakai setahun jagung dah rosak.
Untuk mengelakkan kes seumpama diatas berlaku anda haruslah mengkaji terlebih dahulu barang barang yang kita nak belikan sepertimana yang tersenarai diatas,apa susahnya google je nama barang yang kita nak beli dan kaji kelebihan dan kelemahan setiap jenama yang ada, begitu juga dengan specnya.Kalau boleh bila dah dapat senarai nama dan model yang dipilih,rajin-rajinlah masuk forum bagi mengetahui kelebihan dan kelemahan setiap barang tersebut.Ini penting bagi mengelakkan anda kerugian semasa pembelian.
Kelebihan buat set komputer sendiri adalah ia menjimatkan kos pembelian sebanyak 30% daripada harga yang Origenal dari kilang,maksud saya pasang siap dari kilang mengikut Jenama masing-masing,contohnya Dell,Acer,Asus,HP dan banyak lagi di pasaran.Saya sendiri pun menulis entry blog ini menggunakan set komputer yang saya pasang sendiri 3 tahun yang lepas,kini masih berfungsi dengan baik walaupun dan 3 tahun di OverClock.Bagi saya kenapa kita kene bayar lebih dengan spec dan kuality yang hampir sama,walaubagaimanapun terpulanglah pada empunya diri,tepuk dada tanya selera.
Ni adalah Spec Komputer saya :
- Running at window 7 ultimate 32 bit
- Processor core 2 quad 2.3 overclok to 3.0..
- Mothebord asus p5p43td pro
- Ram kingston 8gb
- Western digita hddl..500gb
- Grafik card Ati xfx radeon hd 5770 1gb ddr5
- Samsung Dvd writeter
- Monitor samsung led syncmaster bx2350 full hd 23in
- Kyebord microsoft wareless
rugi je ram 8gb tu sbb pki window 32bit so window still detect 3.5gb je better tukar ke 64bit for sure sume 8gb fully utilise
BalasPadamhahha..sekarang memang pakai 64 bit,tapi macam berat je rasanya,Ram fully function,rase nak tukar 32 balik.
BalasPadam