Pages - Menu

Ahad

Senarai 40 Individu Terkaya Malaysia

Jum kita intai jumlah kekayaan 40 individu di Malaysia mencatatkan peningkatan lebih 30 peratus dengan nilai sebanyak RM206.27 bilion setakat 21 Januari 2011 berbanding RM156.7 bilion yang direkodkan pada tahun lalu.

Robert Kuok Hock 

Kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia ialah Robert Kuok Hock Nien mendahului pesaingnya T Ananda Krishnan dengan jumlah kekayaan masing-masing setakat ini bernilai RM50.04 bilion dan RM45.78 bilion.

Ananda Krishnan 

Menurut senarai 40 orang terkaya Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business, kekayaan Ananda Krishnan menunjukkan peningkatan dan menghampiri jumlah Robert Kuok.

Tan Sri Teh Hong Piow

Tokoh perbankan, Tan Sri Teh Hong Piow yang juga peneraju Public Bank Bhd berjaya menduduki tangga ketiga sebagai orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM12.77 bilion manakala Tan Sri Lee Shin Cheng daripada IOI Corporation Bhd berada ke senarai keempat dengan jumlah RM12.74 bilion.

Puan Sri Lee Kim Hua, balu pengasas kumpulan Genting kekal sebagai wanita terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan RM7.42 bilion untuk berada di senarai kelapan secara keseluruhan. 

Sementara itu, Pengerusi Yayasan AlBukhary, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary kekal mengungguli individu Bumiputera paling kaya untuk berada di tempat ketujuh keseluruhan dengan kekayaan RM8.84 bilion. 

Beliau diikuti tokoh perbankan yang juga peneraju kumpulan Arab-Malaysian Corp, Tan Sri Azman Hashim yang berada di tempat ke-11 keseluruhan dan Ketua Eksekutif Kumpulan Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir dengan nilai kekayaan masing-masing adalah sebanyak RM3.93 bilion dan RM1.66 bilion. 

Dalam senarai keseluruhan Mokhzani berada di tempat ke-19. Kaji selidik yang dibuat berasaskan nilai pegangan individu dalam syarikat tersenarai di pasaran saham itu turut menyenaraikan tiga muka baru dalam senarai 40 orang terkaya itu, iaitu Tan Sri Leong Hoy Kum dari Mah Sing Group Bhd, Datuk Seri Stanley Thai dari Supermax Corporation Bhd dan Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Holdings Bhd.

Nak Tengok Senarai Nama Mereka Tengok Kat Bawah Ni,emmm bilala kia boleh jadi macam diorang ni ye,usaha dah usaha dah tapi masih lagi kais pagi makan pagi. 

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2011 menurut Malaysian Business:

1. Robert Kuok RM 50.04 billion, 87 tahun, Kerry Group/ Kuok Group

2. Ananda Krishnan RM 45.78 billion, 73 tahun, Usaha Tegas

3. Teh Hong Piow RM 12.77 billion, 81 tahun, Public Bank

4. Lee Shin Cheng RM 12.74 billion, 72 tahun, IOI Group

5. Lim Kok Thay RM 10.89 billion, 59 tahun, Genting Group

6. Quek Leng Chan RM 10.75 billion, 70 tahun, Hong Leong Group

7. Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary

8. Lee Kim Hua RM 7.43 billion, 82 tahun, Genting Group

9. Tiong Hiew King RM 4.77 billion, 75 tahun, Rimbunan Hijau

10.Ong Bee Seng RM 3.98 billion, Hotel Properties Ltd

11.Azman Hashim RM 3.93 billion, 71 tahun, Amcorp

12.Vincent Tan RM 2.43 billion, 59 tahun, Berjaya Group

13.Lee Yeow Chor RM 1.998 billion, 45 tahun, IOI Group

14.Lee Yeow Seng RM 1.962 billion, 33 tahun, IOI Group

15.Lee Oi Hian RM 1.859 billion, 61 tahun, Batu Kawan

16.Lee Hau Hian RM 1.855 billion, 58 tahun, Batu Kawan

17.Yeoh Tiong Lay RM 1.811 billion, 81 tahun, YTL Group

18.Lau Cho Kun RM 1.775 billion, 75 tahun, Hap Seng Consolidated

19.Mokhzani Mahathir RM 1.665 billion, 49 tahun, Kencana Petroleum

20.Jeffrey Cheah Fook Ling RM 1.536 billion, 65 tahun, Sunway Group

21.Dr.Lim Wee Chai RM 1.244 billion, 53 tahun, Top Glove Corp

22.Francis Yeoh Sock Ping RM 1.229 billion, 57 tahun, YTL Group

23.Yeoh Seok Hong RM 1.129 billion, 52 tahun, YTL Group

24.Yeoh Seok Kian RM 1.098 billion, 54 tahun, YTL Group

25.Mark Yeoh Seok Kah RM 1.096 billion, 46 tahun, YTL Group

26.Michael Yeoh Sock Siong RM 1.092 billion, 51 tahun, YTL Group

27.Tony Fernandes RM 1.092 billion, 46 tahun, AirAsia

28.Kamarudin Meranun RM 0.856 billion, 49 tahun, AirAsia

29.Chong Chook Yew RM 0.813 billion, 88 tahun, Selangor Properties

30.Shahril Shamsuddin RM 0.804 billion, 50 tahun, Sapura Group

31.Shahriman Shamsuddin RM 0.791 billion, 42 tahun, Sapura Group

32.Liew Kee Sin RM 0.786 billion, 52 tahun, SP Setia

33.Yaw Teck Seng RM 0.699 billion, 73 tahun, Samling Group

34.Ong Leong Huat RM 0.621 billion, 67 tahun, OSK Holdings

35. Leong Hoy Kum RM 0.618 billion, 54 tahun, Mah Sing Group

36.Lee Swee Eng RM 0.570 billion, 56 tahun, KNM Group

37.Raja Eleena Raja Azlan Shah RM 0.568 billion, 50 tahun, Gamuda

38.Tan Heng Chew RM 0.557 billion, 65 tahun, Tan Chong Motors Holding

39.Stanley Thai Kim Sim RM 0.539 billion, 51 tahun, Supermax Corp

40.Tony Tiah Thee Kian RM 0.524 billion, 64 tahun, TA Enterprise

Diptik dari myMero :
Dan
Nukilan Jejari Azhad Blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan