Pages - Menu

Isnin

Oliver Lahir Tanpa Darah

Oliver Morgan mengejutkan seluruh dunia apabila dia dilahirkan tanpa ada darah dalam badannya. Satu  keajaiban, saat Oliver dilahirkan, beliau seolah-olah mati, dia kelihatan pucat, dan pasukan perubatan mendapati Oliver tiada degupan jantung selama kira-kira 25 minit.

OliverKetika Dilahirkan

Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya menyelamatkan nyawa. Darah dipam melalui tali pusat yang tidak dipotong.Oliver mengalami keadaan kelahiran yang jarang berlaku yang dipanggil Vasa previa. 

Oliver Disamping keluarga

Sewaktu mengandungkan Oliver, Katy telah mengalami tumpah darah pada minggu ke 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone.Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan Oliver.

Oliver Ketika 15 Bulan

Setelah sebelas hari dalam jagaan rapi doktor,Oliver dibenarkan dibawa keluar hospital setelah doktor mengesahkan kesihatannya stabil.Kini Oliver berusia 15 bulan membesar tanpa sebarang masalah kesihatan, dan kelihantan ceria. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan