Ainan atau nama penuhnya Ainan Tasneem Redzuan,merupakan seorang artis youtube yang popular dengan lagu ciptaannya sendiri berjudul "Aku Suka Dia"Menurut Ainan menyanyi merupakan hanya sekadar hobi,dan buat masa ini Ainan tak tak terlalu serius dalam bakatnya itu ekoran ibu bapanya kurang menggalakkan kerana dalam proses pembelajaran namun ibu bapanya tak menghalang hobinya itu.
Mungkin segelintir masyarakat menganggap Ainan menjadikan YouTube untuk menampilkan bakat, namun ia sebenarnya hanya sebagai memenuhi permintaan teman rapat.Bermula dengan memuat naik rakaman ‘cover version’ di Facebook (FB), Ainan dicabar menghasilkan lagu sendiri, lalu terhasillah lagu Aku Suka Dia sebelum seorang teman FaceBooknya memuat naik rakaman itu di Youtube.
Video Clip Origenal Ainan
Video nyanyiannya itu ditontonan sebanyak lebih 850,000 kali, menyebabkan Ainan terus menggunakan medium itu untuk memuat naik rakaman lagu yang pernah dipopularkan penyanyi lain.Kini Ainan Tasneem bernaung di bawah syarikat rakaman Music Vally.
Biodata Ainan Tasneem
Nama manja: Ainan
Tarikh Lahir: 4 November (umur 20 tahun)
Pendidikan: Penuntut Kejuruteraan Bioproses,Universiti Malaysia Perlis
Kediaman: Bukit Jalil
Hobi: Menyanyi dan bermain gitar
Facebook: https://www.facebook.com/ainantasneemridzuan
Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba mengampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis 'Aku suka kamu'
C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan