Salam pada semua,adakah anda terfikir untuk memiliki atau membeli sesuatu barang yang berharga seperti laptop atau masih dalam perancangan.Ok page kali ini saya ingin kongsikan sedikit tip dalam membeli sebuah laptop,dibawah ini ada beberapa perkara yang anda harus tahu semasa membeli sebuah laptop impian anda.
Contoh Jenama Laptop Yang Ada Dipasaran
Jnis Penggunaan
Tanya pada diri sendiri,apakah tujuan utama membeli laptop?Jika untuk kegunaan menaip,berinternet dan menonton cerita, laptop pada tahap sederhana sudah memadai. Harganya juga lebih murah.Tetapi, jika untuk tujuan membuat grafik, mengedit video dan programming, perlu sebuah laptop yang mempunyai spesifikasi tinggi. Contohnya, processor,ram dan hard disk yang lebih baik.
Contoh Jenama Laptop Yang Ada Dipasaran
Badget
Tentukan berapa wang yang sanggup dilaburkan untuk membeli sebuah laptop.Oleh kerana ia barangan yang mahal,perlu ada perancangan yang baik dan teliti.Semakin tinggi budget,semakin canggih dan berkualiti laptop yang mampu dimiliki.
Contoh Jenama Laptop Yang Ada Dipasaran
Jenis Model
Kat negara kita Malaysia Banyak jenis model laptop ada di pasaran.Kebiasaannya adalah sama antara satu sama lain.Bezanya mungkin pada rekabentuk sahaja. Pilih model yang biasa digunakan orang kerana alat gantinya juga mudah diperolehi.Antara jenis model yang ada dipasran adalah;Acer,Dell,Asus,Sonny dan banyak lagi.
Contoh Jenama Laptop Yang Ada Dipasaran
Jaminan
Penting untuk jaminan jika berlaku sesuatu perkara buruk pada laptop.Contohnya berlaku kerosakan pada skrin, bateri dan motherboard.Kos membaiki komponen-komponen ini adalah tinggi tetapi dengan adanya jaminan, anda tidak perlu membayar walau sesen pun.Lebih lama jaminan pada sesuatu laptop,lebih mahal anda perlu membayar kepada penyedia jaminan tersebut.
Contoh Jenama Laptop Yang Ada Dipasaran
Bertanya
Kalau boleh bertanyalah rakan-rakan yang ada miliki laptop.Pengalaman orang yang telah menggunakan laptop adalah paling berharga untukruukkan.Mereka lebih bijak dan tahu mana yang baik dan buruk mengenai sesuatu laptop.Sesetengah mungkin dapat menyarankan model yang mana terbaik untuk anda belikan.
Contoh Jenama Laptop Yang Ada Dipasaran
Permehatian
Kalau boleh jangan terburu-buru semasa membuat pembelian.Jika perlu, lakukan pemerhatian di setiap kedai. Ambil masa kerana anda bakal membuat pembelian bernilai beribu-ribu ringgit.Tanya setiap soalan yang dirasakan perlu untuk kepastian.Dapatkan senarai harga dan bandingkan dengan pemikiran yang rasional.
Harap tip yang saya kongsikan ini memberi manfaat pada anda ok enjoy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan