Pages - Menu

Rabu

Revolusi Film Dan Industri Filem Tempatan


Thanks kerana singgah sebentar,sorryla ya sebab page kali ni agak panjang sikit, so sabar jela ye.Ok film adalah gambar-hidup, juga sering disebut movie. Film, secara kolektif, sering disebut sinema. Sinema itu sendiri bersumber dari kata kinematik atau gerak. Film juga sebenarnya merupakan lapisan-lapisan cairan selulosa, biasa di kenal di dunia para sineas sebagai seluloid. Pengertian secara harafiah film (sinema) adalah Cinemathographie yang berasal dari Cinema + tho = phytos (cahaya) + graphie = grhap (tulisan = gambar = citra), jadi pengertiannya adalah melukis gerak dengan cahaya. Agar kita dapat melukis gerak dengan cahaya, kita harus menggunakan alat khusus, yang biasa kita sebut dengan kamera.Film dihasilkan dengan rekaman dari orang dan benda (termasuk fantasi dan figur palsu) dengan kamera, dan/atau oleh animasi. Kamera film menggunakan pita seluloid (atau sejenisnya, sesuai perkembangan teknologi). Butiran silver halida yang menempel pada pita ini sangat sensitif terhadap cahaya. Saat proses cuci film, silver halida yang telah terekspos cahaya dengan ukuran yang tepat akan menghitam, sedangkan yang kurang atau sama sekali tidak terekspos akan tanggal dan larut bersama cairan pengembang (developer).

Contoh  Film Avatar

Definisi Film Menurut UU 8/1992, adalah karya cipta seni dan budaya yang merupakan media komunikasi massa pandang-dengar yang dibuat berdasarkan asas sinematografi dengan direkam pada pita seluloid, pita video, piringan video, dan/atau bahan hasil penemuan teknologi lainnya dalam segala bentuk, jenis, dan ukuran melalui proses kimiawi, proses elektronik, atau proses lainnya, dengan atau tanpa suara, yang dapat dipertunjukkan dan/atau ditayangkan dengan sistem Proyeksi mekanik, eletronik, dan/atau lainnya;Istilah film pada mulanya mengacu pada suatu media sejenis plastik yang dilapisi dengan zat peka cahaya. Media peka cahaya ini sering disebut selluloid. Dalam bidang fotografi film ini menjadi media yang dominan digunakan untuk menyimpan pantulan cahaya yang tertangkap lensa. Pada generasi berikutnya fotografi bergeser padapenggunaan media digital elektronik sebagai penyimpan gambar.

Contoh Camera Jenis Lama

Dalam bidang sinematografi perihal media penyimpan ini telah mengalami perkembangan yang pesat. Berturut-turut dikenal media penyimpan selluloid (film), pita analog, dan yang terakhir media digital (pita, cakram, memori chip). Bertolak dari pengertian ini maka film pada awalnya adalah karya sinematografi yang memanfaatkan media selluloid sebagai penyimpannya.Sejalan dengan perkembangan media penyimpan dalam bidang sinematografi, maka pengertian film telah bergeser. Sebuah film cerita dapat diproduksi tanpa menggunakan selluloid (media film). Bahkan saat ini sudah semakin sedikit film yang menggunakan media selluloid pada tahap pengambilan gambar. Pada tahap pasca produksi gambar yang telah diedit dari media analog maupun digital dapat disimpan pada media yang fleksibel. Hasil akhir karya sinematografi dapat disimpan Pada media selluloid, analog maupun digital.

Contoh Camera Jenis Moden Dan Terkini

Perkembangan teknologi media penyimpan ini telah mengubah pengertian film dari istilah yang mengacu pada bahan ke istilah yang mengacu pada bentuk karya seniaudio-visual. Singkatnya film kini diartikan sebagai suatu genre (cabang) seni yang menggunakan audio (suara) dan visual (gambar) sebagai medianya.Istilah film pada mulanya mengacu pada suatu media sejenis plastik yang dilapisi dengan zat peka cahaya. Media peka cahaya ini sering disebut selluloid. Dalam bidang fotografi film ini menjadi media yang dominan digunakan untuk menyimpan pantulan cahaya yang tertangkap lensa.

Contoh Pita Film

Pada generasi berikutnya fotografi bergeser pada penggunaan media digital elektronik sebagai penyimpan gambar. Dalam bidang sinematografi perihal media penyimpan ini telah mengalami perkembangan yang pesat. Berturut-turut dikenal media penyimpan selluloid (film), pita analog, dan yang terakhir media digital (pita, cakram, memori chip). Bertolak dari pengertian ini maka film pada awalnya adalah karya sinematografi yang memanfaatkan media selluloid sebagai penyimpannya.Sejalan dengan perkembangan media penyimpan dalam bidang sinematografi, maka pengertian film telah bergeser. Sebuah filmcerita dapat diproduksi tanpa menggunakan selluloid (media film). Bahkan saat ini sudah semakin sedikit film yang menggunakan media selluloid pada tahap pengambilan gambar. Pada tahap pasca produksi gambar yang telah diedit dari media analog maupun digital dapat disimpan pada media yang fleksibel. Hasil akhir karya sinematografi dapat disimpan Pada media selluloid, analog maupun digital.Perkembangan teknologi media penyimpan ini telah mengubah pengertian film dari istilah yang mengacu pada bahan ke istilah yeng mengacu pada bentuk karya seniaudio-visual. Singkatnya film kini diartikan sebagai suatu genre (cabang) seni yang menggunakan audio (suara) dan visual (gambar) sebagai medianya.

Contoh Film Dan Memory Card

Film juga terbahagi kepada empat kategori iaitu film cereka,film pendek,dokumentari dan telefilm.Bagi film cereka (cerita rekaan) lazimnya mengambil masa tayangan lebih kurang 90 minit dan kebanyakannya ditayangkan di pawagam atau dewan tertentu yang dapat memuatkan ramai penonton. Sejarah filem Malaysia (dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya) bermula seawal tahun 1920 di mana beberapa buah filem dokumentari telah diterbitkan. Namun sejarah filem cereka hanya bermula pada tahun 1933 di mana filem Laila Majnun berjaya diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical. Filem arahan pengarah dari India, BS Rajhans itu berdasarkan hikayat cinta dari timur tengah di mana pelakon bangsawan M. Suki memegang peranan sebagai Majnun. Sejak itu pembikinan filem cereka telah berkembang pesat dengan kemasukan penerbit bersaudara Shaw dari China. Kegiatan perfileman ketika itu berpusat di Singapura..

Contoh Dvd


Filem pendek pula lazimnya mengambil masa tayangan yang lebih singkat berbanding filem cereka. Kebanyakan filem pendek mengambil masa tayangan kurang daripada 60 minit. Tiada jangka masa minimum yang ditetapkan untuk jenis filem sebegini. Ada yang mencapai 30 minit, 10 minit, malah 1 minit. Oleh kerana had masa tayangan yang singkat, isi kandungan filem pendek juga terbatas. Filem pendek berkait rapat dengan elemen eksperimen dan ia tidak mementingkan penceritaan yang padat. Terdapat juga filem pendek yang bersifat seperti filem cereka namun aspek penceritaannya tidak merumitkan dan agak ringkas. Biasanya filem pendek tidak ditayangkan di pawagam kerana selain masa tayangan yang singkat, format filem pendek juga tidak sesuai untuk tayangan di layar perak (bersesuaian juga dengan kos pembikinannya yang sedikit). Biasanya filem pendek dihasilkan oleh penuntut jurusan seni filem dan individu yang berminat untukmengembangkan bakat seni filem mereka.

Conoh Film Documentari Home
                                        
Dokumentari merupakan jenis filem terawal dihasilkan di Malaysia iaitu sekitar tahun 1920-an. Selain filem pendek, dokumentari juga biasanya mengambil masa tayangan yang singkat berbanding filem cereka dan ia juga biasanya tidak dihasilkan untuk tayangan di pawagam. Dokumentari bersifat merakamkan sesuatu peristiwa atau tajuk-tajuk khusus yang dilihat penting dan bakal menjadi bahan sejarah sesebuah negara. Dokumentari juga menjadi bahan kajian ilmiah dan sumber rujukan alternatif selain bahan-bahan bacaan yang sering menjadi rujukan utama. Selain itu dokumentari juga sering dijadikan bahan propaganda pihak tertentu dan selalu juga berjaya mempromosikan sektor pelancongan dan budaya sesebuah negara. Oleh kerana matlamatnya bukan untuk hiburan atau bereksperimen, maka dokumentari lebih cenderung dihasilkan oleh agensi kerajaan dan syarikat korporat umumnya.


Contoh Filem Pendek Tenggelam

Telefilem merupakan sejenis karya cereka seperti filem juga tetapi ia khusus untuk tayangan di televisyen sahaja. Medium penggambaran telefilem pula biasanya menggunakan format video yang kemudiannya boleh dipindahkan ke bentuk filem sekiranya perlu ditayangkan di pawagam. Dari aspek penceritaan pula, telefilem kadang kala mengatasi filem cereka hanya kerana satu kelebihan iaitu kurangnya halangan dalam penceritaan di mana kepelbagaian skrip boleh dilhasilkan hasil daripada kurangnya tekanan untuk menarik penonton mengunjungi pawagam. Antara kelebihan lain telefilem berbanding filem cereka adalah kos pembikinannya yang sedikit serta kurangnya bebanan tugas disebabkan saiz penerbitan yang kecil.

Contoh Tele Film Lost

Seni filem dikatakan sudah berhenti perkembangannya selepas berakhirnya gelombang generasi baru pembikin filem Peranchis pada lewat tahun 1960-an dahulu. Filem menemui kesempurnaan krafnya ditangan D.W Griffith yang menghasilkan The Birth of A Nation dan ditangan Sergei Eiseinstein yang menghasilkan The Battleship Potemkin, filem sempurna sebagai sebuah karya seni.Tetapi di kalangan pembikin filem dan pemikir seni di Perancis, filem adalah karya seni yang ditanggap secara serius dan mereka bertanggungjawab membawa revolusi baru terhadap filem sebagai sebuah karya seni.Dari mereka juga lahirnya teori auteur yang melihat pengarah filem adalah seorang pengarang dalam konteks filem. Gelombang pengarah baru Perancis bertanggungjawab menghasilkan filem-filem yang merevolusi dan mendefinasikan semula gaya dan pendekatan dalam pembikinan filem yang terkeluar dari tradisi popular filem-filem Holywood.Selepas gelombang ini, dunia hanya mengeluarkan filem seni yang baik atau buruk sahaja. Tetapi apakah benar revolusi terhadap seni filem sudah lama kaku?

Contoh Filem Battleship

Perkembangan pemikiran dan ideologi seni filem mungkin sudah lama beku dan kaku, tetapi filem yang mengabungkan teknologi dan seni kreatif semakin berkembang dahsyat bersama majunya teknologi komputer digital. Perkembangan teknologi digital telah membawa cara baru pembikinan seni filem, malah turut mempengaruhi citarasa serta pemikiran penonton. Dengan teknologi imej penjanaan komputer (CGI), hanya sempadan imaginasi karyawan yang mampu membatasi kemampuan teknologi komputer untuk menjadikannya sebuah realiti.Bayangkan jika Jaws atau Star Wars dihasilkan ketika teknologi CGI seperti hari ini? Bagaimanapun teknologi digital dalam industri pembikinan filem hari ini adalah bermula dari pembikin filem genius seperti George Lucas dan Steven Spielberg. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab membawakan teknologi untuk mencapai taraf seni yang tinggi, tetapi turut sama bertanggungjawab merevolusikan pembikinan dan cara tontonan filem hari ini.

Contoh Filem Star Wars

Hari ini teknologi digital bukan lagi sekadar menghasilkan dinosaur atau patung permainan, tetapi mereka telah melangkah untuk menghasilkan aktor manusia yang real dari komputer sepenuhnya. Bayangan ini bukan lagi sekadar impian tetapi akan menjadi real dengan terhasilnya filem Final Fantasy, sebuah filem fiksyen sains yang mengisahkan bagaimana manusia di bumi memberikan tindak balas terhadap serangan makhluk asing ke dunia pada tahun 2065.Filem terbitan Columbia Pictures dengan belanja melebihi AS$70 juta akan menjadi filem digital pertama menggunakan aktor digital sepertimana dinasour dalam filem Jurassic Park arahan Steven Spielberg. Filem arahan Hironobu Sakaguchi ini menggabungkan 200 animator dan artis dan mereka telah bekerja lebih dari dua tahun untuk menrealisisasikan filem ini. Bersama mereka adalah pakar efek dan digital yang pernah turut sama menghasilkan efek khas filem Titanic dan The Matrix.

Contoh Film Matrix

Apakah kesempurnaan realisme yang dicapai dengan lahirnya The Final Fantasy, maka masa depan manusia sebagai pelakon akan turut terancam? Secara sinis mereka melihat idea untuk menghasilkan aktor digital ini akan mampu membuatkan pelakon semahal Mel Gibson akan berfikir dua kali untuk meletakkan harganya. Ini kerana harga untuk melahirkan "seorang" aktor digital lebih murah berbanding dengan harga Mel Gibson sebanyak AS$25 juta untuk sebuah filem.Barangkali dengan lahirnya The Final Fantasy cukup juga untuk Spielberg menilai semula kata-katanya bahawa tidak mungkin teknologi digital mampu menyaingi keupayaan emosi dan desah nafas seorang pelakon manusia yang berdarah berdaging. The Final Fantasi barangkali masih mempunyai beberapa kelemahan untuk dia mencapai tahap kesempurnaan realistik, tetapi sepertimana juga dinasaur yang dihasilkan oleh Spielberg dalam The Jurassic Park (1993), ia akan terus diperbaiki dan dimantapkan.

Contoh Film Fantasy

Perkembangan teknologi perfileman yang berkembang hebat dengan memanfaatkan kecanggihan perkembangan teknologi komputer digital mungkin juga akan turut berkembang di Malaysia dengan siapnya E-Village projek yang diusahakan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC). Dengan mengesampingkan aspek hiburan yang digembar-gemburkan oleh banyak pihak (hiburan juga perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas dan tidak hanya disinonimkan dengan hiburan murahan), E-Village barangkali akan menjanjikan sesuatu yang cukup bermakna kepada industri perfileman negara ini.E-Village menjanjikan kecanggihan teknologi digital kepada pembikin filem dinegara ini dan pada masa yang sama kecanggihan teknologi yang disediakan sudah pasti akan membawa lebih banyak pembikin filem luar ke negara ini.

Pandangan Perlukis Tentang E- Vellage

Hal seumpama ini sedang berlaku di Australia, di mana pembikin filem Hollywood sedang berlumba-lumba menghasilkan filem-filem berteknologi tinggi di Australia.Filem-filem seperti M:1-2, Soft Fruit, The Matrix, Babe II dan yang sedang disiapkan Star Wars: Episod II adalah filem-filem yang bergantung kepada efek digital sepenuhnya.Australia atau secara tepatnya Sydney berupaya menyediakan tenaga kreatif yang mampu menghasilkan efek khas yang diperlukan dan disamping menyediakan kelengkapan pada harga yang berpatutan. Bagaimanapun Australia tidak muncul mudah dengan memperaga dan menjual kemudahan dan keupayaan kelengkapan serta tenaga kreatifnya sahaja. Mereka terlebih dahulu telah menjual nama mereka dipersada antarabangsa dengan penghasilan filem-filem yang bermutu tinggi secara konsisten sejak sekian lama.Industri filem mereka juga berkembang hebat dan Sydney sedang meletakkan dirinya bersama Hollywood, Bollywood dan Hong Kong sebagai kotaraya filem dunia.

Pandangan Perlukis Tentang E- Vellage

Maka, untuk E-Village yang telah beroperasi sepenuhnya ketika ini, menjadi pusat perhatian industri filem dunia, harus juga dilihat bagaimana keadaan industri filem tempatan.Sejauh mana kemampuan industri filem tempatan di persada filem antarabangsa? Cukuplah, industri filem tempatan kita dengan segala riuh-rendahnya yang kosong. Lihat tahun ini, berapa jumlah filem yang telah dihasilkan dan dari jumlah itu atau dari filem yang dihasilkan bolehkan kita berbangga dengan kualiti seninya? Kemantapan industri filem tempatan akan dengan sendirinya menjayakan E-Village nanti.Untuk itu sudah bersediakah para pembikin filem tempatan dengan filem-filem berkualiti dan dihormati dipersada antarabangsa? Jawapannya mungkin panjang dengan pelbagai permasalahan yang sukar difahami atau pendek dengan "tidak". Jika tidak, pembikin filem kita akan hanya menjadi pemerhati karyawan luar berkarya dan menggunakan kelengkapan canggih di E-Village.

Pandangan Perlukis Tentang E- Vellage

Sungguh pun begitu sejak kehadiran E-Village secara lansung menaikkan jumlah penerbitan film negara saban tahun disamping kualiti yg dihasilkan bertambah semakin baik.Ekoran itu Industri filem tempatan merekodkan pulangan menggalakkan."Kutipan kasar filem Malaysia meningkat dari RM29.6 juta pada 2007 kepada RM43.2 juta tahun berikutnya dan tahun lepas industri itu mencatatkan kutipan sebanyak RM50.8 juta,"Untuk rekod sepanjang 2008, sebanyak 48.85 juta orang menonton filem di pawagam dan angka itu meningkat sebanyak 30.7 peratus berbanding 2007 dengan 33.55 juta penonton.Seiring dengan pertambahan penonton dan bilangan skrin di pawagam, jumlah penerbitan filem tempatan ketika ini juga turut meningkat iaitu sekitar 23 hingga 30 buah filem setahun.Pelbagai inisiatif Finas seperti membuat penyelidikan, pemasaran, pembangunan tenaga industri sehinggalah penyediaan kemudahan perfileman, kementerian berharap filem tempatan dapat menjadi sebahagian daripada penyumbang perkembangan ekonomi negara."Kementerian ingin melihat industri filem Malaysia benar-benar menjadi sebuah industri yang mampu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), seterusnya muncul sebagai jaguh di kalangan negara-negara Asia dengan pencapaian lebih maju daripada Thailand dan Vietnam.

Pandangan Perlukis Tentang E- Vellage

Selari dengan pembukaan kemudahan produksi dan pasca-produksi bertaraf dunia, KRU Studios bertindak melantik Epic Pictures sebagai ejen jualannya bagi tujuan pengedaran pada peringkat global bagi filem bertaraf antarabangsa terbitan mereka yang mana secara tidak lansung mampu meningkatkan kualiti dan nilai pasaran film terbitan anak tempatan di persada antarabangsa.KRU Studios mempunyai enam judul filem antarabangsa yang bakal diumumkan secara berperingkat-peringkat. Filem terbabit menelan belanja kira-kira AS$30 juta, bakal dihasilkan dalam masa tiga tahun akan datang dan dibintangi pelakon kelas A.Berpangkalan di Hollywood, Epic Pictures ialah sebuah pertubuhan jualan bagi filem, televisyen dan video di seluruh dunia yang mengkhususkan diri dalam penerbitan serta pengedaran judul cereka unik dan inovatif daripada pembikin bebas.Kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Global KRU Studios, Norman Abdul Halim, pelantikan Epic Pictures dilakukan berikutan kejayaan syarikat itu menutup pra-jualan filem mereka, Deadline (dibintangi Brittany Murphy dan Thora Birch) di kira-kira 30 negara sehingga kini termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Australia dan Jerman.Justeru dia percaya Epic mampu menyediakan usaha terbaik bagi memaksimumkan peluang kepada filem antarabangsa KRU Studios yang akan diterbitkan nanti.

Cotoh KRU Studio

Bagi mencapai aspirasi antarabangsanya, KRU sudah pun mengadakan kerjasama penerbitan filem antarabangsa seperti Deadline dengan kerja penerbitannya dilakukan di AS, manakala kesan visualnya diusahakan di Kuala Lumpur di bawah pengawasan Yusry Abdul Halim sebagai Pengarah Kesan Visual.Pada ketika ini, KRU dalam proses menyiapkan filem epik berjudul Hikayat Merong Mahawangsa (The Malay Chronicles). Dengan perbandingan visual dan produksi yang dikatakan hampir menyerupai filem epik dari Barat, 300 dan The Lord of The Rings, Hikayat Merong Mahawangsa menjanjikan pengalaman menonton filem yang hebat bagi kedua-dua penonton, tempatan mahupun antarabangsa.

Contoh KRU Studio

KRU amat teruja untuk menjadikan studio mereka sebagai ‘one-stop solution’ bagi produk dalam bentuk filem, program televisyen mahupun produk muzik. Begitu juga KRU menyediakan perkhidmatan bagi kesan visual, animasi 3D dan perkhidmatan pasca audio."Kesemuanya akan menguatkan lagi percubaan KRU untuk ke peringkat antarabangsa seperti penghasilan album kumpulan dari Sweden, Ladylike; serta penghasilan filem Deadline. KRU Studios bermatlamat menjadi rumah kepada filem antarabangsa yang akan diterbitkan nanti, yang bukan saja dapat dinikmati oleh penonton tempatan bahkan luar negara.Kemudahan pasca-produksi terkini KRU Studios akan dilengkapi dengan peralatan definisi tinggi secara keseluruhan. Studio suntingan videonya direka untuk kemudahan pelbagai produksi, daripada filem iklan hinggalah filem cereka, manakala bilik pengkelasan warnanya pula akan menghasilkan produk akhir yang bertaraf tinggi.Ia turut dilengkapkan lagi dengan kemudahan animasi 3D dan kesan visual, yang disertai dengan studio produksi audio termasuk adunan bunyi keliling, studio rakaman, studio programming, rakaman pasca audio dan bunyi khas, yang menjanjikan hasil terbaik bagi produk untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Contoh KRU Studio

KRU Studios juga menyediakan dua Pentas Bunyi dengan pentas yang lebih besar (kira-kira 10,000 kaki persegi) dan lengkap dengan kemudahan bilik pelbagai guna sesuai untuk tujuan rakaman dan produksi siaran langsung bersama penonton, begitu juga dengan produksi filem dan televisyen.Manakala pentas lebih kecil (2,500 kaki persegi) yang turut dilengkap bilik pelbagai guna pula sesuai untuk rakaman televisyen serta penggambaran filem.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan