Selasa

Resepi Pulut Mangga Thai Special


Pulut Mangga kalau dimakan waktu petang-petang memang sedap wei..sedapnya wow terangkat.Paling suka bila buat sendiri, pulut kasi masak betul2, jgn keras! Santan tu jgn cair sgt! Sedapppp sgt! Tryla.

Mari kita nak share serba sedikit cara-cara buat pulut mangga ala-ala thai special.

Bahan-bahannya :

● Bahan-bahan untuk pulut mangga

● 400 gram beras pulut, rendam semalaman

● 1 cawan santan pekat

● 1 cawan santan cair

● 2-3 sudu besar gula

● sedikit garam

● beberapa helai daun pandan, atau daun pisang

● 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan

● 3 biji mangga

Bahan untuk kuah santan :

● 1 cawan santan pekat

● 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air

● 1 helai daun pandan, carik dan simpul

● garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara Penyediaan Pulut: 

1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.

2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.

3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.

4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.

5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

Cara-cara untuk kuah santan :

1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.

2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.

Cara Buat Toner Merawat Jeragat Dengan 2 Bahan Mudah


Jeragat adalah perubahan warna kulit sementara menjadi kecoklatan, bintik-bintik hijau atau abu-abu pada dahi, bibir atas, dan pipi bahagian atas. Warna jeragat juga terkadang biru keabu-abuan. Masalah kulit ini kerap berlaku kepada kaum perempuan umur 35 tahun keatas. Wanita yang lagi hamil juga biasa dijumpai mempunyai perbezaan warna kulit akibat jeragat. Walaupun mungkin, tapi sangat jarang lelaki yang terkena jeragat.

Keadaan ini dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan sinar ultraviolet, hormon luaran seperti pil perancang keluarga, dan perubahan hormon dalaman pada saat hamil. Kebanyakan pesakit jeragat ialah mereka yang sentiasa terdedah kepada sinaran matahari.

Lebih dari 6 juta perempuan hidup di USA dengan jeragat dan 45 - 50 juta wanita di seluruh dunia mempunyai jeragat, termasuk Malaysia. Untuk menghilangkan jeragat memang tidak mudah, jadi anda boleh mencuba dua cara ini untuk membuat toner bagi merawat dan menghilangkan jeragat.

Bahan Bahan :


✔ Timun


✔ Limau Nipis


✔ Botol Spray

Cara Caranya :

Kisar timun biar menjadi lumat. Lepas tu tapis untuk dapatkan jus dan mengasingkan serbuk mentimun tadi dan perahkan limau nipis. Limau ninis ni berfungsi untuk merawat dan menghilangkan masalah jeragat. Bila dah selesai masukkan campuran tadi ke bekas botol spray dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak pakai cuma perlu spray spray je kat muka,mudah bukan. Selamat mencuba.

Isnin

5 Maanfaat Lengkuas Untuk Kesihatan


Selain dimanfaatkan sebagai masakkan, ternyata lengkuas bermanfaat untuk kesihatan kita.Dibawah ini ada 5 manfaat yang kita dapati daripada lengkuas.

1. Mampu mencegah dan merawat tumor. Kompaun transkoniferil disasetat di dalam lengkuas diketahui mampu menghambat kerja enzim xanthin yang merupakan salah satu punca tumor.

2. Lengkuas bersifat anti-inflamasi, mampu meredakan radang.

3. Jika anda mabuk laut, kunyahlah lengkuas dan permasalahan anda tersebut akan dapat diatasi.

4. Melancarkan peredaran darah serta menghalang radikal bebas dari dalam.

5. Hanya dengan beberapa kunyahan lengkuas, cirit-birit akan hilang dalam beberapa waktu.

NURRAYSA PERFECT LONG LASH MASCARA


HARGA ASAL
RM35.00
HARGA PROMOSI
RM29.90

POSTAGE : RM7sm/RM10ss

WHATSAPP : 012 3401104

Fungsi :

  • Tiada silikon
  • Mesra wudhuk
  • Mudah dipakai
  • Melentikkan bulu mata
  • Mudah dicuci
  • Warna hitam

Kandungan :

Collagen, Aqua, Beeswax (Carnuba), Glyceryl Stearate, Propylene Glycol, Tocopheryl Acetate.

Cara Penggunaan :

Selepas anda pakai Miracle Eyeliner, apply Perfect Long Lash Mascara secara keatas pada bulu mata sehingga bulu mata menjadi lentik.

NURRAYSA PERFECT BROW SHAPING


HARGA ASAL
RM35
HARGA PROMOSI
RM25

POSTAGE : RM7sm/RM10ss

WHATSAPP : 012 3401104

Fungsi :

  • Tiada Silikon
  • Mesra Wudhuk
  • Mudah Dipakai
  • Senang Membentuk
  • Mudah Dicuci
  • Warna Coklat

Kandungan :

White Bees Wax, Caprylic, Collagen , Yellow Iron Oxide, Black Iron Oxide, Red Iron Oxide.

Cara Penggunaan :

Lukis bentuk kening menggunakan Nurraysa Perfect Brow Shaping. Letakkan eyebrow di kawasan yang dilukis tadi. Ratakan kening dengan berus. Boleh gunakan concealer untuk tutupkan kening yang berlebihan.