Sabtu

Kapal Jepun Dihanyutkan Tsunami Setahun Lalu Dijumpai


Kapal pukat tunda menangkap ikan yang dihanyutkan lebih daripada setahun yang lalu oleh tsunami di pantai timur Jepun telah dikesan terapung berhampiran British Columbia,pada hari Jumaat semalam.Ia dijumpai dalam keadaan baik,meskipun keadaan luarannya kelihatan berkarat.Ia pertama kali ditemui oleh peronda udara tentera Kanada, sejak ia di hanyut tanpa anak kapal sejak 11 Mac, 2011 tahun lalu.

Pengawal Pantai Jepun mengenal pasti pemilik kapal tersebut setelah dihubungi Jumaat lalu selepas pegawai Kanada, memaklumkan penemuan kapal berkenaan kepada jepun.Kapal, yang telah digunakan untuk memancing sotong itu, telah berlabuh di Hachinohe di wilayah Aomori sebelum ia dihanyutkan tsunami yang melanda Jepun Mac tahun lalu.

Menurut Jabatan Pertahanan Negara Kanada.Kapal Pukat tunda tersebut dianggap sebagai halangan navigasi untuk kapal di kawasan tersebut.Agensi Kanada memantau kapal tersebut untuk kemungkinan pencemaran marin, walaupun tiada laporan kebocoran daripada kapal berkenaan.

Tiada ulasan: